Jika mengikut trip biasa atau dalam group, kebiasaannya travel agency akan tawarkan pakej 1 hari untuk Mekong Cruise dan setengah hari untuk Cu Chi Tunnels. Kedudukan Sungai Mekong agak jauh daripada bandar Ho Chi Minh City.
Survey Pakej
Saya pun cuba survey harga pakej yang ditawarkan di sekitar Pasar Ben Thanh. Kebetulan group kami adalah terdiri daripada 12 orang, maka banyak travel agency yang suggest untuk penggunaan van 16 seaters, dan private group trip ke Mekong dan juga Cu Chi Tunnels dalam satu hari sahaja.
Banyak agency yang tawarkan dengan jumlah keseluruhan bagi 12 orang dengan harga USD350 (RM1430) ke atas. Lebih kurang RM120 bagi seorang. Pakej yang ditawarkan dengan keistimewaan yang hampir serupa; iaitu dengan van yang selesa, tourist guide berbahasa Inggeris, halal lunch, yuran masuk ke semua tempat, air kelapa di Mekong River dan buah-buahan. Tempahan mesti dibuat awal, terutamanya jika pada hari Ahad, cuti.
VN Lotus Travel Co. Ltd
Ketika kami hampir menempah, beberapa rakan mencadangkan kami menggunakan pakej lebih menarik daripada VN Lotus Travel Co. Ltd. Bossnya, Mrs Khanh memang selalu berurusan dengan pelancong dari Malaysia.
Ternyata pakej yang ditawarkan oleh Mrs Khanh adalah jauh lebih murah dan menarik. Untuk pakej yang serupa dengan yang di atas, bagi private group tour (9 dewasa dan 3 kanak-kanak) kami hanya dapat dalam USD300 sahaja! Jimat weyh
Yang berminat dengan pakej Mrs Khanh ni, sila hubungi beliau di whatsapp +84 90 59 58 514. Rasanya untuk pakej kumpulan kecil 2-4 orang pun beliau boleh atur. Maklumkan bahawa anda dari Malaysia ya untuk harga special!
Tempahan adalah sehari awal, dengan deposit sebanyak 30% daripada jumlah keseluruhan. Baki selebihnya bayar pada hari kejadian.
Biasanya trip bermula jam 7.00 pagi. Tetapi kerana kami buat private group trip, dengan 12 orang, maka kami buat keputusan bertolak lewat sedikit, iaitu pada jam 8.00 pagi.
Kami seterusnya dijemput oleh Eric, pemandu pelancong kami. Boleh tahan juga perjalanan dari Ho Chi Minh ni nak ke Cu Chi Tunnel, ambil masa dalam sejam jugak.
Cu Chi Tunnel
Sampai saja sini, kami terus melihat kawasan sekitar. Eric membantu kami membeli tiket. Tak tahu pula saya berapa tiketnya. Di sini pula kami dibantu oleh tour guide rasmi Cu Chi Tunnel. Dalam kumpulan kami, ada juga pelancong dari Slovenia dan Malaysia.
Tempat pertama sekali kami dibawa menonton video sejarah Cu Chi Tunnel dan bagaimana orang Vietnam melalui zaman perang dulu.
Kemudian kami bergerak ke kawasan sekitar. Terdapat lubang perangkap yang dihasilkan oleh mereka bagi menawan musuh. Ada perangkap yang nampak sangat mengerikan.
Dari sana bergerak melihat lubang kecil yang digunakan untuk mereka menyusup masuk ke dalam terowong. Huhu, memang muat-muat penuh badan saja.
Dia punya penyamaran untuk lubang dan jerangkap samar tu memang hebat. Kagum betul tengok kesungguhan dan kelicikan mereka menyelamatkan diri. Terowong yang sepanjang 250km itu disiapkan dalam tempoh 20 tahun. Patut ler Amerika kalah teruk dulu.
Mekong River Cruise
Selesai di Cu Chi Tunnels, kami bergerak ke Mekong Cruise. Oleh sebab private group tour maka satu kapal kecil tu, kami yang punya. Memang happening.
Dibawa merentas Sungai Mekong, nadi utama Vietnam. Oleh sebab dah jam 1 petang, maka kami terus dibawa makan ke kedai halal yang terletak di seberang sungai. Makanannya ok, sedikit manis seperti makanan Vietnam yang lain.
Kemudian kami bergerak ke kedai buah-buahan dan menjual kraftangan. Bestnya sebab siap ada sepasukan band tradisional Vietnam. Lagi best sebab, lagu Melayu pun diorang pandai nyanyi.
Dari sana kami bergerak ke pelabuhan sampan di celah-celah pokok nipah. Tempat nih lah yang paling sinonim dengan Mekong Cruise. Nak lagi feel, sila beli juga topi Vietnam tu.
Pengalaman lalu kat celah-celah pokok nipah dengan pengayuh sampan yang gigih mengayuh, menunjukkan betapa bersungguhnya mereka mencari rezeki. Makcik-makcik tua pun ada mengayuh. Kesian pulak tengok.
Kami juga dibawa melawat kedai menjual gula-gula kelapa, madu lebah dan juga buah buahan. Dalam perjalanan balik, kami diberikan air kelapa bagi menghilangkan rasa haus penat berjalan hari nih.
Reunion APTE
Sampai di Ho Chi Minh City, saya terus bersiap untuk bertemu dengan sahabat yang dikenali semasa program pertukaran di Korea pada tahun 2015, iaitu Lan Anh.
Beliau merupakan guru Bahasa Inggeris di sini, dan juga mewakili Vietnam bagi program pertukaran guru di bawah anjuran APCEIU UNESCO.
Selesai bertemu beliau saya meluangkan sedikit masa ke pasar malam sekitar Ben Thanh untuk mencari sedikit souvenir. Penat. Terus balik dan tidur.
1 Ulasan
Hi nak tanya berapa bayaran naik sampan di sungai mekong tu ya?
BalasPadam