Murid dimahirkan dengan kemahiran 4C |
1. Pelbagaikan Strategi PdPc
Sebagai guru, kita perlu kreatif dalam mempelbagaikan strategi PdPc. Ini adalah bertujuan memberi murid kemahiran yang diperlukan untuk mereka menjadi kreatif, berfikiran kritis, belajar untuk berkolaborasi dan berkomunikasi menyampaikan idea mereka. Jangan terikat dengan hanya satu-satu strategi. Tentu mereka bosan nanti!
2. Beri Masa dan Peluang
Kelancaran aktiviti semasa PdPc dibantu oleh berapa banyak kalinya murid dilatih untuk 'PdPc bentuk baharu'. Maka jangan give up jika cubaan pertama cikgu gagal. Pelajar juga perlu diberi peluang dan masa untuk mereka belajar membentuk kumpulan, melakukan tugasan, membentang dan lain-lain. Laburkan sedikit masa sekarang, untuk masa depan yang lebih menyenangkan.
Beri masa dan peluang kepada murid untuk belajar kemahiran 'PdPc baharu' |
3. Arahan Yang Jelas
Bagi sebarang tugasan kepada murid, pastikan arahan yang jelas disediakan. Apa yang perlu ada. Dan bagaimana yang perlu ada itu mahu dipersembahkan. Ini untuk mengelakkan hasil kerja murid yang tidak memuaskan hati guru. Arahan mesti clear. Perincikan.
4. Kepercayaan dan Bimbingan
Dua perkara ini sering saya tekankan kepada peserta ceramah saya, iaitu beri kepercayaan dan bimbingan kepada murid. Barulah kita boleh menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Belajar untuk beri kepercayaan kepada murid. Percaya dengan kebolehan mereka. Percaya bahawa mereka boleh lakukan. Dan bimbing jika perlu. Dah banyak keajaiban yang saya lihat, dengan hanya sedikit kepercayaan.
Sentiasa percaya dengan kebolehan murid |
5. Hak Murid Untuk Belajar
Kembalikan semula hak murid untuk belajar. Hak murid untuk mencari dan meneroka ilmu. Rangsang minat dan rasa ingin tahu murid. Seperti yang kita selalu, bukan ikan yang nak diberi, tetapi pancing itu sendiri, supaya lebih ikan yang mereka boleh pancing selepas ini. Jika ini yang anda setkan dalam bilik darjah, selebihnya, you may sit and watch the show!
Kalau rasa kurang yakin lagi, boleh lah dapatkan Buku "Pembelajaran Abad ke-21 : Bukan Sekadar Susun Kerusi dan Meja" hasil tulisan Cikgu Hailmi.
Ditulis dan dikongsikan tips yang sangat berguna untuk dijadikan panduan kepada guru yang menjalankan Pembelajaran Abad ke-21, melalui pengalaman saya sendiri di dalam amalan bilik darjah.
Buku PAK21 paling laris di pasaran |
Semoga sedikit perkongsian tips ini membantu untuk guru-guru menjalankan amalan Pembelajaran Abad ke-21 dengan lebih baik lagi. Sama-sama kita budayakan Pembelajaran Abad ke-21!
1 Ulasan
terima kasih
BalasPadam