![]() |
Kronologi Pendidikan STEM di Malaysia |
Dasar 60 : 40
JKPPT (1967) mengesyorkan unjuran nisbah murid peringkat menengah atas di Malaysia ialah 2:3 (40:60) bagi aliran Sastera berbanding aliran Sains dan Teknik mulai tahun 1970.
Pembelajaran bersepadu merangkumi disiplin Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik yang mengaplikasikan konteks dunia sebenar dengan menghubungkan institusi pendidikan, komuniti dan industri untuk melahirkan bakat dan masyarakat berliterasi STEM.
Inisiatif Memperkukuhkan STEM dalam PPPM
Gelombang I (2013 - 2015) - tumpuan kepada pengukuhan asas program sedia ada
Gelombang II (2016 - 2020) - memberi penekanan kepada pembinaan atas asas yang disediakan
Gelombang III (2021 - 2025) - menilai kejayaan semua inisiatif daripada kedua-dua gelombang terdahulu
IPD STEM
IPD atau International Policy Dialogue on Science, Technology, Engineering and Mathematics Education (IPD STEM) adalah bertujuan bagi mewujudkan rangkaian kerjasama antara penggubal dasar dan pelaksana berkongsi ilmu pengetahuan, pengalaman dan amalan terbaik dalam melaksanakan program pendidikan STEM.
Dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bersama Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi, satu pelan tindakan yang dinamakan Pelan Tindakan STEM Nasional 2017 - 2025 telah dibangunkan bagi menyokong usaha menyemarakkan aktiviti STEM di Malaysia.
1 Ulasan
Terima kasih cikgu atas perkongsian maklumat.
BalasPadamJika cikgu tidak keberatan, mungkin cikgu boleh sertakan sumber rujukan bagi kami mendalami dan memahami maklumat yang cikgu kongsikan.
Terima kasih cikgu