About Me

Sambutan Hari Guru 2017 Peringkat Daerah Kubang Pasu

Alhamdulillah tahun ini masih menerima undangan ke Sambutan Hari Guru 2017 bagi Peringkat Daerah Kubang Pasu. Juga datang atas tiket Guru Cemerlang, malah kehadiran saya kali ini adalah disebabkan terpilih menerima anugerah. Gembira kerana berjaya juga meramaikan lagi majlis pada kali ini.




Yang lebih menggembirakan adalah kerana untuk tahun ketiga ini juga ada wakil lain daripada SMK Jerlun, iaitu Ustaz Asrulnizam  guru Pendidikan Islam  yang juga sahabat baik saya di sekolah dan juga Cikgu Noor Laila guru Bahasa Inggeris yang merupakan rakan kolaboratif PLC.

Tak disangka pula untuk tahun ini saya terpilih untuk menerima dua anugerah, iaitu Anugerah Khas Kepimpinan Pendidikan (Sekolah Menengah) dan juga Anugerah Guru Inovatif Kategori Berkumpulan melalui inovasi yang dijalankan bersama Ustaz Asrulnizam untuk matapelajaran Pendidikan Islam. 




Ustaz Asrulnizam juga menerima dua anugerah, iaitu Anugerah Guru Inovatif Kategori Individu bagi Inovasi bertajuk "Pembelajaran Berasaskan Projek bagi Pembelajaran Aurat" dan Anugerah Guru Inovatif Kategori Kumpulan, yang diterimanya bersama saya bagi inovasi bertajuk "Tajweed-o-meter" 




Cubaan inovasi pertama ini membuahkan hasil yang sangat manis, dan sudah pastinya akan menjadi suntikan motivasi untuk kejayaan pada masa akan datang. 


Manakala Cikgu Noor Laila pula menerima Anugerah Bimbingan Terbaik bagi subjek Bahasa Inggeris. Beliau yang dibimbing oleh Pegawai SISC+ Bahasa Inggeris Kubang Pasu, Puan Rozina telah menunjukkan perkembangan yang baik sehingga membawa kepada beberapa kejayaan lain. 




Sempat juga saya mengambil peluang dan kesempatan untuk bergambar kenangan dengan Tokoh Guru 2017 dan rakan guru yang lain. Semuanya hebat-hebat belaka!








Secara jujurnya, penghargaan sebegini tak kisah lah pada siapa pun pasti akan memberikan impak positif kepada penerimanya. Mudah-mudahan segala kerja buat kita dipermudahkan Allah dan mendapat keberkatanNya. 




Catat Ulasan

0 Ulasan