About Me

Seminar Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad 21 di Langkawi

Alhamdulillah diberi peluang untuk berkongsi sedikit ilmu dan pengetahuan dengan rakan pendidik di Langkawi kali ini. Seminar Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad 21 anjuran PKG Kuah dengan kerjasama Parlimen Langkawi dan juga Frogasia. Memang meriah!





Seminar yang awalnya hanya menyasarkan sekitar 150 orang peserta akhirnya bertukar tempat apabila sehingga lebih 350 orang peserta yang mendaftar. Malah ada yang sanggup datang dari jauh seperti Johor, Pahang dan Perak bagi misi menimba ilmu PA21 di sini. Tahniah PKG Kuah!





Bagi pengisian yang mantap untuk seminar ini, maka diadakan beberapa perkongsian daripada juga guru-guru lain dan aktiviti bengkel ala-ala Mini Leaps of Knowledge daripada pihak Frogasia.

Bagi slot pagi sesi open classroom oleh Cikgu Hasliza, guru cemerlang bahasa Inggeris dengan anak-anak muridnya merupakan sesi yang menyegarkan.









Saya secara personal suka dengan pendekatan yang digunakan oleh Cikgu Hasliza dalam menguruskan kawalan kelas beliau. Teknik isyarat tangan dan juga beberapa sistem lain dilihat mampu untuk mengikat anak murid beliau untuk terus bersama beliau dalam aktiviti pdp. Sangat bertenaga!


Sesi kedua pula diteruskan dengan sesi bengkel Mini Leaps of Knowledge dari pihak Frogasia.  Banyak aktiviti menarik dijalankan, dengan secara tak langsung mendedahkan para guru dengan teknologi dan kemahiran terkini yang diperlukan guru dalam menghadapi era baharu pendidikan.















Selesai rehat sesi disambung pula dengan perkongsian oleh Ustazah Saudah mengenai pengalaman beliau menggunakan VLE Frog dengan anak murid beliau. Cukup mengkagumkan. Apatah lagi Ustazah berada di ambang emas saat saat akhir perkhidmatan, tapi masih bersemangat menimba ilmu berkaitan ICT baharu untuk anak didiknya. Tahniah!




Tibalah sesi saya. Sedikit mencabar sebenarnya bila buat perkongsian pada waktu petang, terutamanya selepas waktu makan tengahari. Kalau gagal mempersembahkan dengan baik, tentu saja satu dewan tidur melihat saya. Hahahaha


Tapi saya cuba berikan yang terbaik untuk perkongsian ini. Saya lihat ramai guru muda yang sentiasa bersedia untuk menerima sesuatu yang baharu yang boleh memberi mereka motivasi dan inspirasi untuk pergi lebih jauh.





Tak lupa juga membetulkan salahfaham terhadap kefahaman mengenai Pembelajaran Abad 21 kepada lebih ramai audiens.  Terutamanya jika hal yang berkaitan dengan peranan penggunaan tools dan unsur KBAT yang wujud.

Alhamdulillah penggunaan Prezi sebagai aplikasi pembentangan dan juga sarat dengan gambar dan video memang banyak membantu memberikan kefahaman kepada audiens.  Beberapa soalan yang diterima juga lebih bersifat kepada soalan biasa yang sering kali saya terima di setiap perkongsian.


Kehadiran tuan pengetua saya, Haji Abdul Razak bin Mat untuk memberi sokongan kepada saya, ternyata mampu memberi suntikan berbeza untuk perkongsian saya kali ini. Terima kasih Sir atas keyakinan dan kepercayaan!





Saya anggap peluang perkongsian di Seminar di Langkawi ini sebagai membuka ruang terutamanya untuk pendidik di Kedah dan Perlis, yang belum berpeluang mendengar perkongsian saya. Usaha menyebarkan ilmu ini harus diperluaskan lagi ke sebanyak mungkin tempat, inshaAllah.

Tak lupa juga buat teman-teman baharu daripada kalangan pendidik dan juga daripada team Frogasia yang sangat proaktif dalam mempromosikan Pembelajaran Abad 21 melalui VLE Frog. Sama-sama kita usahakan yang terbaik untuk menaikkan taraf kualiti pendidikan Malaysia.






















Buat PKG Kuah dan PPD Langkawi, tahniah untuk penganjuran Seminar PA21 yang terbaik nih!




Catat Ulasan

0 Ulasan