Supermoon - Bulan Terbesar
Apa yang specialnya mengenai fenomena bulan 'Supermoon' kali ini? Ok, biar saya ceritakan sket sebelum kita pegi tengok apa yang kami buat. Tahun 2016 ini menyaksikan 3 kejadian 'Supermoon' yang berlaku pada bulan Oktober, November dan Disember.
Kejadian 'Supermoon' ini adalah apabila bulan bergerak dalam orbitnya sehingga ke titik yang paling hampir dengan bumi. Ini menyebabkan bulan nampak lebih besar daripada kebiasaan, sehinggalah disebut sebagai 'Supermoon'.
Dan yang paling specialnya, fenomena 'Supermoon' pada bulan November ini adalah yang terbesar sekali berbanding dua lagi kejadian 'Supermoon' pada tahun ini. Kali terakhir bulan dilihat sebegini besar adalah pada tahun 1948 dahulu. Lebih kurang 68 tahun. Hmm.. lama kan?.
Dan kalau anda terlepas peluang pada 14 November ini, maka anda kena lah tunggu sehingga 25 November 2034 pula. Hmmm.. lagi lama kan?
Jadi peluang ini digunakan sebaiknya oleh saya untuk memberikan pendedahan kepada pelajar sekolah saya mengenai ilmu astronomi. Tambahan pula, makmal sains kami mempunyai teleskop yang baru sahaja dipasang. Peluang terbaik untuk menguji teleskop tersebut dengan fenomena bulan yang bukan selalu kita nak jumpa.
Walaupun petangnya hujan lebat di bumi Jerlun ini, tetapi saya optimis akan peluang kami untuk melihat Supermoon. Seawal jam 715 malam saya sudah tiba di sekolah. Beberapa pelajar yang selalu membantu saya, Asri, Mustaqim, Alif dan Syafiq telah sedia menunggu saya di sekolah.
Fenomena Supermoon dijangka bermula pada jam 730 sehingga 1045 malam. Jadi kami cuba cari kawasan lapang yang terbaik untuk menyaksikan keindahan alam semesta ciptaan Allah ini.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Langit yang gelap tadi, dah mula menampakkan sinar rembulan. SubhanAllah! Memang cantik sungguh bulan pada malam ini. Kelihatan sangat besar, sekalipun jika hanya dilihat dengan mata kasar. Apatah lagi jika dilihat dengan teleskop.
Saya gembira apabila bilangan pelajar semakin ramai memenuhi lapangan yang kami sediakan. Tak sangka pula, dengan last minute punya promosi melalui group whatsapp murid dan juga melalui facebook sekolah, ramai pula yang datang nak tengok sama-sama.
Hampir 40 orang yang datang, termasuk pelajar, guru, warga sekolah dan komuniti setempat. Saya tumpang berbangga sebab selain daripada rakan guru, Pengetua sekolah juga datang bersama-sama bagi berkongsi cerita dengan murid-murid.
Program selesai pada jam 10 malam. Ramai yang dah mula beransur balik ke rumah. Bulan pun makin meninggi, menjadikan bulan kelihatan lebih kecil. Saya secara peribadi, sangat gembira dengan kejayaan program ini. Walaupun tak dirancang, tetapi semuanya berlangsung dengan sangat lancar.
Paling penting, dapat memberikan kenangan yang menarik untuk pelajar ingat mengenai fenomena Supermoon, tanda kebesaran kuasa Allah SWT.
1 Ulasan
teleskop jenis apa cikgu?
BalasPadam