About Me

Kursus STELR -STEM Education di Bandung - Hari 04

Hari keempat di Kursus STELR -STEM Education di Bandung ini dimulakan dengan sesi refleksi daripada Dr Greg Smith. Sesi beliau bermula dengan pertanyaan yang sangat cantik, iaitu "Adakah fotosintesis menyumbang kepada jisim / saiz pokok?". Persoalan ini membuka mata bagaimana kita sebagai pendidik juga kadang-kadang jarang mengaitkan perkara yang dipelajari, equation dengan keadaan sebenar.


Kursus STELR -STEM Education di Bandung - Hari 04


Istilah yang digunakan oleh Dr Greg adalah 'oversimplification', di mana kadang-kadang kita terlalu meringkaskan sesuatu prinsip sains yang dipelajari sehinggakan konsep asas sebenar sains itu tidak dapat diterapkan dengan baik kepada pelajar.

Nasihat daripada beliau adalah, utamakan bukti / evidens berbanding pengetahuan. Pelajar perlu melihat bukti kewujudan. Yup! Yang ini saya sangat setuju dengan beliau. 


Kursus STELR -STEM Education di Bandung - Hari 04


Kursus STELR -STEM Education di Bandung - Hari 04


AKtiviti kemudiannya diteruskan dengan beberapa aktiviti perbincangan yang menarik. ANtaranya adalah membincangkan mengenai karbon dioksida. Adakah Karbon DIoksida adalah kawan atau pun musuh kita? Sesi aktiviti diteruskan dengan perbincangan mengenai suhu dan juga kecerahan cahaya. 



Water Filter
Sesi seterusnya adalah aktiviti membina penuras air, water filter. Aktiviti ini pada saya sama sahaja seperti yang kita adakan di Malaysia. Walaubagaimanapun, saya tertarik dengan pendekatan yang digunakan oleh Miss Simone bagi menjalankan eksperimen ini. Pada saya, sangat menarik! Membuka mata saya mengenai pendekatan sebenar inkuiri.


Kursus STELR -STEM Education di Bandung - Hari 04


Kursus STELR -STEM Education di Bandung - Hari 04


Kursus STELR -STEM Education di Bandung - Hari 04


Kursus STELR -STEM Education di Bandung - Hari 04


Miss SImone mulakan sesi perbincangan adalah dengan menyenaraikan sebanyak mungkin pembolehubah yang disebut oleh guru-guru. Ada lah hampir 10 pembolehubah yang berjaya disenaraikan yang dikatakan mampu mempengaruhi eksperimen.

Kemudian setelah itu, beliau mintak, kami sendiri yang memilih pembolehubah mana yang mahu kami uji. Ini yang saya katakan, saya suka tadi. Sebabnya, pendekatan ini memberi kebebasan kepada pelajar untuk memilih apa pembolehubah yang mahu mereka uji dan tahu. 


Kursus STELR -STEM Education di Bandung - Hari 04


Kursus STELR -STEM Education di Bandung - Hari 04


Kursus STELR -STEM Education di Bandung - Hari 04


Di akhir aktiviti, setiap kumpulan membentangkan dapatan bagi berkongsi hasil masing-masing. Walaupun hanya menguji satu pembolehubah, tetapi pada akhirnya, kami mendapat banyak keputusan hasil daripada perkongsian dengan rakan-rakan. Best kan?


Kemudian kami kembali ke bilik seminar untuk aktiviti seterusnya, iaitu Squishy Circuit. Tapi sebelum itu, kami diperkenalkan dengan alternatif lain untuk aktiviti housing, iiatu dengan menggunakan cawan kertas dan termometer. 



Squishy Circuit
Squishy Circuit adalah doh roti yang dibikin sendiri. Boleh tengok tutorial cara penghasilan plastisin home-made ini. Bezanya kali ini ditambahkan dengan sedikit elektronik, iaitu wayar penyambung, LED dan bateri. Hasilnya, doh campuran yang mengandungi garam tersebut akan menyalakan LED, kerana boleh mengkonduksikan elektrik.


Kursus STELR -STEM Education di Bandung - Hari 04


Kursus STELR -STEM Education di Bandung - Hari 04


Kursus STELR -STEM Education di Bandung - Hari 04


Kursus STELR -STEM Education di Bandung - Hari 04


Kursus STELR -STEM Education di Bandung - Hari 04


Kursus STELR -STEM Education di Bandung - Hari 04


Sesi selesai pada waktu petang. Beberapa pengajaran yang saya perolehi pada hari ini adalah:

1. Kadang-kadang penyampaian konsep sains terlalu diringkaskan oleh guru sehingga murid tidak dapat mengaitkan dengan kehidupan sebenar. Murid mahukan evidens.

2. Pendekatan inkuiri yang digunakan benar-benar dilaksanakan dengan baik, dapat memberi impak tinggi kepada proses pembelajaran murid. Beri kebebasan kepada murid untuk memilih apa yang mereka mahu belajar, dan ingin tahu.




Catat Ulasan

1 Ulasan