About Me

Classroom Currency : Latih Keusahawanan Pelajar Sambil Belajar

Salah satu bahan yang menarik boleh ditambah dalam pdp kelas adalah penggunaan classroom currency. Duit olok-olok ini boleh digunakan dengan pelbagai cara dan kaedah, serta mempunyai banyak kelebihannya. 


Classroom Currency : Latih Keusahawanan Pelajar Sambil Belajar


Saya mendapat idea ini daripada seorang rakan guru di Cikgu Sains Kreatif. Cikgu Aan Lemon telah menggunakan konsep yang sama untuk menggalakkan penglibatan murid semasa aktiviti dilangsungkan dalam kelas. Idea ini kemudiaannya saya tambah baik sket. Saya letakkan muka saya pada duit kertas tersebut, dan juga saya laminate kan supaya dapat digunakan berulang kali. 


Classroom Currency : Latih Keusahawanan Pelajar Sambil Belajar
Idea asal daripada Cikgu Aan Lemon

Nilai matawang dan juga warna kertas yang digunakan adalah berbeza. Sama seperti duit sebenar yang kita gunakan. Ini boleh menarik perhatian lebih ramai pelajar. Paling penting boleh melatih nilai keusahawanan pelajar semasa menggunakan matawang tersebut. Biar pelajar sendiri menilai hasil kerja rakan mereka dengan nilai yang sepadan.


Classroom Currency : Latih Keusahawanan Pelajar Sambil Belajar


Pengalaman saya menggunakan bahan bantu ini kepada pelajar, melalui strategi 3 Stray 1 Stay. Setiap pelajar diberikan 15 Ringgit Hailmi, (kah3) dan kemudiannya akan memberikan duit kepunyaan mereka kepada rakan yang membentang. Jika mereka berpuas hati, maka nilainya boleh lah lebih besar. Jika tak puas hati / tak faham, maka boleh juga berlalu pergi tanpa sebarang sumbangan kepada pembentang tersebut.

Cubaan kali pertama saya tersebut berlangsung dengan lancar. Pembentang akan cuba melakukan yang terbaik bagi membolehkan mereka mengumpulkan jumlah Ringgit Hailmi yang tertinggi yang diberi rakan. 


Classroom Currency : Latih Keusahawanan Pelajar Sambil Belajar


Classroom Currency : Latih Keusahawanan Pelajar Sambil Belajar


Manakala pelajar lain pula, lebih berhati-hati dalam menggunakan duit mereka, serta hanya akan memberikan duit kepada pembentang yang benar-benar layak. Maka bertubi-tubi lah keluar soalan bagi menguji tahap kefahaman rakan mereka tadi. Nampak tak?.

Secara tak langsung, aktiviti ini menggalakkan pelajar untuk terlibat lebih aktif dengan pembelajaran mereka. Dari segi menyediakan soalan, bertanya dan juga mendapatkan jawapan. Dua2 pihak melakukan persediaan yang secukupnya bagi mendapatkan yang terbaik. 



Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Tahniah!
    Saya pun teruja dgn idea praktikal cikgu. Sy mohon izin mempraktikkan ilmu cikgu ya. Moga Allah pandang usaha cikgu dgn pandangan rahmat dan kasih sayangnya. Aamiin Ya Rabb

    BalasPadam
  2. Banyak ilmu baru terdapat diblog sodara. Bagus sekali, senang rasanya bisa melawat kemari. Salam kenal sahaja dari blog keren..

    BalasPadam