About Me

Ceramah Sains PT3 di SMK Megat Dewa

Kali ini berpeluang untuk buat perkongsian di sekolah yang selalu saya jejakkan kaki ke sini, iaitu SMK Megat Dewa. Selalu ke sini kerana banyak program panitia Sains daerah Kubang Pasu yang diadakan di sini. Mantan pengetuanya, Pn Noriah selaku Pengerusi Panitia Daerah dan juga Guru Cemerlang Sains, Pn Norseiah yang juga Setiausaha merupakan gandingan mantap bagi program pembangunan panitia sains peringkat daerah.


Ceramah Sains PT3 di SMK Megat Dewa


Oleh kerana mendapat jemputan daripada Pn Norseiah yang juga banyak membantu saya dalam hal-hal yang berkaitan dengan Sains PT3 di daerah ini, maka saya gagahkan juga diri. Pelik juga kan kalau tak dapat nak menolong rakan-rakan seperjuangan dalam daerah yang sama, sedangkan kawasan lain kita boleh 'langgar'. Maka hari ini sampailah saya ke SMK Megat Dewa.

Program dijalankan di dalam dewan utama. Memuatkan sehingga hampir 200 orang pelajar Tingkatan 3, keadaan sebenarnya agak sesak dan sedikit panas. Ramai sangat pelajar. Tetapi komitmen mantap daripada rakan guru Sains di SMK Megat Dewa, sangatlah membantu saya untuk mengawal disiplin sepanjang sesi perkongsian berlangsung.


Ceramah Sains PT3 di SMK Megat Dewa


Ceramah Sains PT3 di SMK Megat Dewa


Ceramah Sains PT3 di SMK Megat Dewa


Tapi dalam pada tu paling menarik perhatian saya adalah tiba-tiba terdengar bunyi pelajar menjerit. Rupanya ada ular yang masuk ke dalam dewan. Huhuhu.. Kus semangat. Bertempiaran jugak lah pelajar-pelajar melarikan diri di dalam dewan. Walaubagaimanapun, atas tindakan pantas beberapa orang pelajar lelaki, keadaan telah berjaya redha semula. Ular juga sudah ditangkap. Keadaan kembali aman. Hahahaha..

Apa-apa pun, saya gembira kerana dapat berjumpa dengan adik-adik PT3 di SMK Megat Dewa. Walaupun malu-malu, tapi mereka masih memberikan tumpuan dan kerjasama sepanjang sesi 2 jam. Pelajar perempuan nampaknya lebih aktif bertanya dan cuba menjawab berbanding pelajar lelaki. Pelajar lelaki pun ada. Tapi tak seramai pelajar perempuan lah. Tahniah semua..


Ceramah Sains PT3 di SMK Megat Dewa


Saya ambil kesempatan nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Panitia Sains SMK Megat Dewa, terutamanya Cikgu Norseiah yang sudi menjemput saya berkongsi sedikit ilmu saya dengan adik-adik Tingkatan 3 di sini. Tak lupa juga terima kasih atas layanan baik daripada rakan-rakan guru Sains, Cikgu Syakirah, Cikgu Syikin, Cikgu Habibah, Cikgu Nor Azimah dan Cikgu Zuraida. Terima kasih banyak-banyak!


Ceramah Sains PT3 di SMK Megat Dewa


Dan semestinya buat adik-adik calon PT3 di SMK Megat Dewa, saya doakan yang terbaik buat kalian. Usaha sepenuh usaha. Semoga mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam keputusan PT3 2016, terutamanya bagi subjek Sains. Amin!






Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Selesai mencipta kita uji tengok. Murid dapat lihat dengan jelas binaan mana yang tumbang dulu. Serta Kaitkan dengan konsep Kestabilan https://testmyspeed.onl/.

    BalasPadam