About Me

Ceramah Sains PT3 di SM Sains Kubang Pasu

Minggu ini saya berpeluang untuk berkongsi ilmu bersama adik-adik SM Sains Kubang Pasu. Sebenarnya sekolah ini tak asing bagi saya. Pada tahun lepas juga saya terlibat sebagai guru kelas tambahan bersama calon PT3 di sana. Sekadar membantu apa yang terdaya saya. Maka tahun ini, sebaik sahaja mendapat jemputan daripada Ketua Panitia Sains, Cikgu Zainab, maka saya terima memandangkan lokasinya yang dekat.


Ceramah Sains PT3 di SM Sains Kubang Pasu


Bertempat di Pendang Lake Resort, saya sudah berangkat ke sana seawal 7 pagi daripada Perlis. Perjalanannya mudah. Hanya naik highway dan turun melalui Exit Pendang. Kemudian beberapa kilometer, sampai lah ke tempat yang dituju. 1 jam perjalanan sahaja.

Calon PT3 SM Sains Kubang Pasu pada tahun ini lebih kurang 143 orang pelajar. Jika tak salah saya. Semuanya dah ready dalam dewan. Segak memakai baju t-shirt batch mereka dengan warna purple hitam. Lawa!

Perkara paling menarik, tentulah apabila disambut oleh para pelajar, dengan jeritan 'ANNYEONGHASEYO'!! Hahhaha.. terus ketawa besar saya dengar. Terimbau pulak kenangan di Korea. Gitu..

Alhamdulillah. Sebab budak-budak nih bijak-bijak belaka, maka perkongsian menjadi lebih mudah. Aktif sungguh budak-budak nih. Dan seperti biasa, pemahaman mendalam terhadap beberapa konsep Sains masih menjadi masalah kepada pelajar. Mereka faham konsep yang berkaitan dengan isu yang diberi. Tetapi bila diminta untuk menceritakan lebih lanjut, hmmm.. ke laut jawabnya.


Ceramah Sains PT3 di SM Sains Kubang Pasu


Tapi inshaAllah mudah-mudahan dengan perkongsian dan beberapa tips yang diberi, diharapkan dapat membantu adik-adik di SM Sains Kubang Pasu ini untuk belajar dengan lebih baik dan seterusnya dapat keputusan PT3 yang cemerlang, terutamanya bagi subjek Sains!

Cikgu doakan semua calon PT3 di SM Sains Kubang Pasu nih mendapat A untuk subjek Sains!! Amin!


Ceramah Sains PT3 di SM Sains Kubang Pasu


Apa-apa pun saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah SM Sains Kubang Pasu (KUPSIS), terutamanya Panitia Sains yang sudi menjemput saya bagi berkongsi sedikit ilmu saya dengan adik-adik ini. Semoga menjadi ilmu yang bermanfaat! 



Catat Ulasan

0 Ulasan