Masa yang digunakan adalah 2 waktu sesi p&p. Kategori pelajar adalah pelajar lemah. Maka atas sebab itu juga saya gunakan pendekatan melukis (kerana mereka memang kreatif dan berseni) dan mewarna.
Selesai tugasan, mereka perlu lekatkan pada dinding dan kemudiannya menyalin nota bagi sistem endokrin yang sebaliknya. Jika tadi mereka hasilkan pembentangan sistem endokrin lelaki, maka yang harus mereka salin adalah sistem endokrin perempuan. Begitu juga sebaliknya.
Hasil kerja pelajar kemudiannya dipamerkan di dalam makmal. Pelajar jelas nampak berbangga apabila hasil kerja mereka diletakkan di dalam ruang di tempat mereka belajar. InshaAllah mudah-mudahan mereka lebih rajin dan bersemangat lagi untuk belajar Sains selepas ini.
0 Ulasan