About Me

Perkongsian Pengalaman ke Korea Bersama PPD dan JPN Kedah

Seminggu selepas saya pulang daripada Korea, saya menerima satu panggilan telefon daripada seorang pegawai JPN Kedah, Encik Luthfi. Tujuan beliau adalah untuk mempelawa saya membuat perkongsian mengenai hasil dapatan yang saya perolehi daripada pengalaman di Korea. Satu peluang terbaik untuk saya kongsikan apa yang saya alami sepanjang tempoh 3 bulan ini bersama dengan pegawai-pegawai sektor akademik daripada JPN Kedah dan juga seluruh PPD di Kedah.


Perkongsian Pengalaman ke Korea Bersama PPD dan JPN Kedah


Sesi bermula dengan ucapan daripada Ketua Sektor Akademik yang baharu, iaitu Encik Abdul Aziz. Dalam ucapannya bersama pegawai akademik di sini, jelas menyatakan misi dan visi beliau dalam membawa akademi negeri Kedah menuju ke satu pencapaian terbaik. Strategi yang dibincangkan juga nampak realistik dan mampu dicapai dengan usaha gigih dan kerjasama daripada setiap peringkat. Tahniah saya ucapkan untuk beliau!


Perkongsian Pengalaman ke Korea Bersama PPD dan JPN Kedah


Perkongsian Pengalaman ke Korea Bersama PPD dan JPN Kedah


Habis saja ucapan beliau, satu perkongsian daripada Puan Fazilah yang telah berkunjung ke Vietnam baru-baru ini. Beliau berkongsikan mengenai sistem pendidikan Vietnam. Banyak yang ditunjukkan dalam slaid beliau dan agak menarik untuk dipraktikkan di Malaysia jika diberi ruang dan peluang. Tetapi, mestilah mengikut acuan kita.

Satu perkara yang menarik daripada apa yang dikongsikan oleh Puan Fazilah adalah mengenai pendidikan Vietnam yang sudah jauh meninggalkan sistem pendidikan Malaysia. Malah ranking Vietnam juga lebih baik berbanding Malaysia jika ujian TIMSS dan PISA menjadi ukuran.

Tak mustahil jika suatu hari nanti negara Vietnam akan menjadi lebih maju daripada Malaysia dalam sedikit masa lagi dengan sistem pendidikan mereka yang mantap. Apatah lagi sikap orang Vietnam yang sangat gigih dan rajin berusaha dalam melakukan sesuatu kerja. 


Perkongsian Pengalaman ke Korea Bersama PPD dan JPN Kedah


Sampai giliran saya untuk berkongsi, maka saya mulakan dengan memperkenalkan diri saya. Maklumlah, saya nih masih orang baru di Kedah. Baru tahun ini, memulakan perkhidmatan di Kedah, setelah 8 tahun berada di Sarawak. Maka adalah lebih molek jika saya kenalkan diri saya supaya membantu mereka lebih mengenali saya.

Kemudian saya teruskan dengan memperkenalkan program pertukaran guru ini, Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme 2015. Memandangkan program seumpama ini juga jarang-jarang kita dengar, maka pendedahan mengenai program ini adalah amat penting kepada pegawai-pegawai pendidikan di sini.

Seterusnya saya teruskan dengan aktiviti yang saya buat sepanjang berada di Korea. Dimulakan dengan aktiviti sekolah, aktiviti pendidikan, aktiviti kebudayaan dan akhirnya aktiviti bersama komuniti di Korea. 


Perkongsian Pengalaman ke Korea Bersama PPD dan JPN Kedah


Akhir sekali yang saya kongsikan adalah mengenai perkara-perkara menarik yang saya pelajari di Korea. Ada lebih kurang 12 point penting yang saya telah senaraikan lengkap beserta gambar sebagai bukti dan penerangan. Beberapa point yang diceritakan ini memang memberikan respon yang positif daripada para pegawai JPN. 



Saya berharap dengan perkongsian pengalaman seperti ini mampu membuka minda dan perspektif baharu untuk mereka yang mendengar. Banyak idea yang boleh datang dan boleh dilakukan jika perspektif kita diberi ruang baru. 

InshaAllah seperti yang dijanjikan bersama rakan-rakan saya yang lain semasa sesi perkongsian bersama pegawai KPM, maka sekiranya khidmat kami diperlukan di mana-mana peringkat, sekolah, daerah, negeri atau peringkat kementerian sekalipun, kami akan sudi untuk mencurahkan bakti seterdaya kami. 

Jom kita sama-sama mantapkan sistem pendidikan kita! 






Catat Ulasan

0 Ulasan