About Me

Bengkel VEX Roboticist di The School

Walaupun sibuk dengan membuat persiapan untuk pembentangan bersama KPM sekembalinya dari Korea, saya masih sempat nak mengikuti satu bengkel Robot oleh Bengkel VEX Roboticist di The School. Hahaha. Sempat curi-curi keluar dari IPBA untuk ke sini. Lagipun kerja banyak dah siap. Datang ke Bengkel Robotik nih manalah tahu ada benda baru boleh belajar.


Bengkel VEX Roboticist di The School


Mujur juga team IPBA yang baik hati, Dr Ghaz, Afiq, dan Eizhar sudi membawa saya dan Adel ke tempat berlangsungnya bengkel. Lagi baik hati, pasal diorang sanggup berjam-jam tunggu untuk kami siapkan dahulu urusan bersama pegawai KPM yang bertanggungjawab. Mintak maaf. Terima kasih banyak-banyak.

Sampai di The School, kami dipertemukan dengan Cik Ilyia. Cik Ilyia lah yang banyak memperkenalkan kami dengan program, peralatan dan aktiviti yang boleh dilakukan di VEX ROboticist ini. 


Bengkel VEX Roboticist di The School










Bengkel Robotik VEX Roboticist di The School




Paling penting, sebab dapat membuka mata saya bahawa bidang robotik ini tidaklah skema sangat, kaku sangat dan tidak juga KHAS untuk budak-budak genius supersaiya sahaja. Sebaliknya, boleh didedahkan dan mampu memberi kesan kepada pelajar kelas belakang juga sekiranya diberi latihan. Senang cerita, mudah dipelajari lah!



Saya lagi suka sebab bidang ini lah adalah termasuk dalam bidang STEM yang bakal diperhebatkan lagi di Malaysia, bermula tahun 2016. Maka cukup sesuai lah jika guru-guru Sains Malaysia mula mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dari bidang yang berkaitan. 


Di sini juga saya berkenalan dengan Teacher Ayin, seorang guru taman asuhan kanak-kanak yang cukup bersemangat. Visi beliau tentang perkembangan ilmu sains di peringkat kanak-kanak ini sangat saya suka dan patut diberi galakan. Tanam kecintaan terhadap Sains sejak di peringkat kanak-kanak lagi. Itu misinya. Tahniah cikgu!


Bengkel Robotik VEX Roboticist di The School


Bengkel Robotik VEX Roboticist di The School




Bengkel Robotik VEX Roboticist di The School


Teacher Ayin juga membawa 2 orang muridnya pada masa itu. Murid prasekolah. Tapi yang saya perhatikan, sepanjang masa mereka cukup fokus dengan membina dan seronok bermain dengan robot ciptaan mereka. Nampak tak? Budak kecik pun boleh bina robot mereka sendiri, apatah lagi budak-budak besar kan.. 


Bagi mereka yang berminat untuk mencuba, anda boleh datang terus ke VEX ROboticist di The School nih untuk cuba sendiri. Mana tahu datang lagi minat lepas tu kan? Yang tak berminat pun, atau yang tak tau apa-apa pun pasal benda-benda robotik nih, lagi lah sangat-sangat saya alukan ke sini untuk rasa sebentar pengalaman bermain robot nih. Mesti minat pastu! 


Bengkel Robotik VEX Roboticist di The School


Bengkel Robotik VEX Roboticist di The School


Maklumat lanjut mengenai VEX Roboticist, boleh rujuk iklan di atas. Selamat belajar dengan terhibur!



Catat Ulasan

0 Ulasan