About Me

Apa Itu Program DLP dan HIP?

Dalam Bajet 2016 yang dibentangkan baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan inisiatif DLP dan HIP yang akan mula dilaksanakan di sekolah-sekolah pada tahun 2016 dengan peruntukan sebanyak RM38.5 juta. Sebanyak 300 sekolah perintis akan melaksanakan Program Imersif Tinggi (HIP) dan Program Dwibahasa (DLP) sejajar dengan usaha pengukuhan Bahasa Inggeris di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).


Program Imersif Tinggi (HIP) dan Program Dwibahasa (DLP)


Inisiatif yang akan dilaksanakan menerusi Gelombang 2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) itu akan dilaksanakan secara berperingkat di semua sekolah bagi HIP, manakala DLP akan dilakukan secara pilihan. Jom kita tengok apa lagi maklumat yang berkaitan dengan DLP dan HIP yang kita boleh pelajari.



Apa Itu Program DLP?
- DLP (Dual Language Programme)
- program pengukuhan Bahasa Inggeris di mana sekolah diberi peluang menawarkan pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Reka Bentuk dan Teknologi dalam dua bahasa, iaitu Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
- pilihan kepada sekolah berdasarkan kepada permintaan ibubapa dan pengetua serta kesediaan sekolah melaksanakannya. 
- antara syarat yang dikenakan bagi sekolah terpilih adalah tahap Bahasa Malaysia berada pada tahap baik dari segi pelaksanaan dan pencapaian, selain daripada mempunyai sumber yang mencukupi sperti kesediaan guru-guru untuk mengajar dalam dwibahasa dan sokongan ibubapa.
- program ini selaras dengan objektif meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan juga memberi peluang kepada sekolah dan ibubapa untuk bersama-sama membuat keputusan secara kolektif.
- sekolah yang terpilih boleh menawarkan DLP untuk murid Tahun 1, Tahun 4 dan Tingkatan 1 bermula tahun depan. Buat permulaan, program ini ditawarkan kepada sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah menengah kebangsaan (SMK).



Apa Itu Program HIP?
- HIP (High Immersive Programme)
- program bagi meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris melalui peningkatan penggunaan dan penguasaan bahasa itu dalam komuniti sekolah dengan menanamkan sikap positif kepada murid terhadap pembelajaran dan penggunaan Bahasa Inggeris. 
- dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan beberapa negeri seperti Perlis dan Perak menjadi negeri pilot.
- pendekatan dengan memberi fokus kepada pengupayaan sekolah, oleh sekolah dan untuk sekolah. 
- sekolah akan dibekalkan dengan sarana pelaksanaan supaya aktiviti yang dirancang adalah berdasarkan konteks dan kemampuan sekolah dan komuniti.



Cabaran dan Kekangan

Prof Datuk Dr Teo Kok Seong
Felo Utama Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia

Kementerian Pendidikan digesa mengkaji semula pelaksaan program baharu DLP kerana dilihat seolah-olah mengembalikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang dimansuhkan pada 2009.

Sebaliknya, beliau menyokong pelaksanaan Program Imersif Tinggi (HIP) kerana program dilihat selari dengan dasar memartabatkan bahasa Melayu serta memperkukuhkan bahasa Inggeris dalam komuniti sekolah.

"Saya tidak bersetuju dengan pengembalian 'PPSMI yang baharu' ini. Semua pihak sudah melihat impak negatif yang dibawa dasar tersebut kepada pendidikan negara tetapi tidak sampai 10 tahun perkara ini ditimbulkan semula menggunakan nama baharu.

"Mungkin pelaksanaan DLP tidak menjadi masalah kepada sesetengah murid di kawasan bandar kerana mereka mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang baik tetapi bagaimana pula dengan mereka di luar bandar. Bahasa perlu diperkukuhkan sebelum diajar dalam subjek lain, " katanya lagi. 



Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan
Ahli Jawatankuasa Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan Majlis Profesor Negara

Pengukuhan terhadap pendidikan literasi atau bahasa perlu diutamakan berbanding numerasi.

Kedua-dua program yang ingin dilaksanakan perlu mematuhi prasyarat tersebut bagi mengelakkan kegagalan PPSMI berulang kembali.

"Jika dahulu, PPSMI menjadi satu polemik yang akhirnya memaksa kerajaan memansuhkan dasar berkenaan kerana murid-murid belum mampu menguasai bahasa Inggeris. Kajian jelas menunjukkan pembelajaran literasi adalah sesuatu yang sukar.

"Dalam tempoh 10 minggu, pencapaian murid dalam literasi adalah 85 peratus sebaliknya hampir keseluruhan daripada mereka mampu menguasai numerasi kurang daripada tempoh berkenaan. Jadi literasi atau HIP perlu diutamakan kementerian berbanding DLP," tegasnya lagi. 




Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Assalam Cikgu Hailimi.
    Boleh saya dapatkan PBD Mathematics Tahun 1 dan Tahun 2 untuk Kelas DLP.
    Yang saya dapat PBD dalam Bahasa Melayu sahaja.
    Terima kasih.

    BalasPadam
  2. The top Jabodetabek private tutoring for kindergarten, elementary, junior high school. The best private teachers graduated from well-known state universities. The closest tutoring place online to your property at affordable ... visit https://privatmurah.vercel.app/les-privat-bangka-murah.html for further

    BalasPadam
  3. Very best as well as Most affordable Jabodetabek Individual Training, our workers along with teachers can come to your house, arranged your personal analysis plan which enables it to select any kind of subject connected with research ... click https://bimbel-calistung.netlify.app/les-privat-calistung-cipayung.html for more details

    BalasPadam
  4. You may will discover a cheaper fee compared to table above, be sure again concerning the qualifications of the teacher / Kindergarten teacher recommended for your requirements ... for detail https://biologi-exed.blogspot.com/2022/05/les-privat-biologi-di-sawah-besar.html

    BalasPadam
  5. Do you want to set about a transformative language chance to learn? Check out Executive-Education.id's language you are studying course. From cultural immersion to expert guidance, our program offers a holistic procedure for language acquisition. Explore the beauty of a new language, broaden your horizons, and acquire a edge against your competitors in today's interconnected world. Visit https://kursus-turki.github.io/kursus-bahasa-turki-setiabudi.html for latest information.

    BalasPadam