Istilah pendidikan terkini yang anda patut tahu |
1) After School Learning
Aktiviti dan peluang pembelajaran di luar hari persekolahan yang memberi kesan kepada sebahagian pelajar
2) Arts Integration
Membawa pendekatan kesenian ke dalam kurikulum bagi meningkatkan pencapaian dan penglibatan murid
3) Assistive Technology
Alat teknologi yang boleh membantu pelajar dengan beza upaya untuk mencapai sasaran pembelajaran
4) Blended Learning
Pembelajaran di mana pelajar mendapat pengetahuan melalui penyampaian kandungan dan arahan secara media digital dan online dengan pelajar sendiri yang mengawal masa, tempat, dan aras.
5) Brain based Learning
Pembelajaran yang berasaskan kepada fungsi otak dengan menekankan kepada bagaimana pelajar belajar dan melibatkan penyertaan mereka dalam kelas.
6) BYOD (Bring Your Own Device)
Pelajar membawa gajet mereka ke sekolah bagi digunakan dalam aktiviti pembelajaran di kelas.
7) Collaborative Learning
Pembelajaran yang menggalakkan pelajar bekerjasama dalam menyelesaikan masalah dan menyiapkan projek. Ini dapat meningkatkan kefahaman pembelajaran murid dan membina kemahiran kolaboratif dalam kalangan mereka.
8) Community Partnerships
Kerjasama antara individu, organisasi dan perniagaan yang membantu sekolah dengan menyumbangkan sumber, bahan, pementoran dan lain-lain yang boleh meningkatkan pencapaian sekolah.
9) Culturally Responsive Teaching
Pengajaran yang boleh menghubungkan pelajar kepada budaya, pengalaman dan latar belakang supaya lebih menghargai.
10) Design Thinking
Proses pemikiran inovatif dalam menggalakkan pelajar untuk menyelesaikan permasalahan dunia sebenar di dalam konteks berpusatkan manusia.
11) Differentiated Instruction
Membina pelbagai teknik dan pendekatan pengajaran bagi membolehkan semua pelajar tanpa mengira aras dapat belajar dengan berkesan, bergantung kepada keperluan mereka.
12) Digital Citizenship
Keselamatan online, buli siber, netiquette, kerahsiaan, hakcipta dan garis panduan kepada tingkahlaku yang sesuai dan bertanggungjawab bagi membantu belia muda dalam mempertimbangkan jejak digital mereka.
13) Dual Language Learning
Pendidikan yang menggalakkan dwibahasa dwiliterasi, meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kepelbagaian budaya dalam masa yang sama meningkatkan pencapaian akademik.
14) Edcamps
Perjumpaan hujung minggu yang tak rasmi bagi pembangunan profesionalisme, di mana guru dan pentadbir berkumpul untuk belajar dan saling menginspirasikan antara satu sama lain.
15) Environmental Education
Pendidikan yang melibatkan guru, pelajar, sekolah dan komuniti saling bekerjasama dalam menerapkan usaha-usaha memelihara dan menjaga alam sekitar.
16) Field Trips
Lawatan sambil belajar yang memastikan pembelajaran masih berlangsung sekalipun di luar bilik darjah.
17) Flipped Classroom
Pembelajaran aktif di mana pelajar belajar di rumah dengan menggunakan video yang disediakan guru, dan mengadakan perbincangan serta latihan di dalam kelas.
18) Game based Learning
Pembelajaran berasaskan game yang merupakan satu cara dinamik dalam meningkatkan penglibatan murid dalam pembelajaran serta membantu guru untuk mentaksir pembelajaran.
19) Global Education
Pendidikan yang tidak hanya terhad kepada pembelajaran di negara yang sama sahaja, sebaliknya melibatkan negara-negara luar.
20) Inquiry based Learning
Pembelajaran yang menggalakkan murid untuk belajar menerusi penyiasatan mereka sendiri dan tidak hanya bergantung kepada fakta, soalan, permasalahan dan senario sahaja.
21) Instructional Coaching
Guru menyokong antara satu sama lain dalam perkembangan professionalisme dengan berkongsi amalan terbaik dan memperbaiki pendekatan yang digunakan.
22) Integrated Studies
Pembelajaran yang melibatkan inovasi dan amalan terbaik dengan menggabungkan beberapa subjek akademik bagi menyediakan murid dengan situasi sebenar di luar, di mana semua pengetahuan adalah saling berkait.
23) Mobile Learning
Pembelajaran dengan menggunakan gajet seperti telefon pintar, tablet dan gajet elektronik lain.
24) Online Learning
Pembelajaran yang berteraskan kelas dan sekolah virtual di alam maya.
25) Place based Learning
Pembelajaran berasaskan lokasi di mana pelajar menghubungkaitkan sejarah, persekitaran, budaya dan ekonomi setempat bagi menyiapkan tugasan.
26) Project based Learning
Pembelajaran yang menggunakan pendekatan bilik darjah yang dinamik bagi membolehkan pelajar menyelesaikan permasalahan dan cabaran dunia sebenar secara aktif dengan pengetahuan yang lebih mendalam.
27) Service Learning
Pembelajaran dengan meningkatkan kesedaran sivik dalam kalangan pelajar dan membantu murid untuk terlibat secara aktif dengan masyarakat.
28) Social and Emotional Learning
Pembelajaran dengan menerapkan budaya sekolah yang sehat serta membantu murid meningkatkan kemahiran dalam mengawal emosi, menyelesaikan konflik dan bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat.
29) STEM
Integrasi pembelajaran yang menggabungkan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.
30) STEAM
Integrasi pembelajaran yang menggabungkan bidang sains, teknologi, kejuruteraan, matematik dan disampaikan secara kreatif melalui kesenian (Arts).
31) Team Teaching
Pengajaran dengan melibatkan kerjasama dengan guru lain dalam kelas yang sama ataupun pada kelompok pelajar yang sama.
33) Technology Integration
Pengintegrasian teknologi bagi meningkatkan penglibatan murid untuk turut serta sepenuhnya dalam masyarakat yang terhubung dan berteknologi.
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan anda maklumat terkini mengenai perkembangan pendidikan di dunia, khususnya di Malaysia. Teruskan mempertingkatkan pengetahuan pendidikan supaya seiring dengan perkembangan teknologi semasa. Jom kita teruskan berkongsi supaya lebih ramai dapat manfaat!
3 Ulasan
education is important but need to add on skill
BalasPadambyknya yg sy dh ketinggalan
BalasPadamtakpe.. masih boleh kejar lagi tu cikgu zamrud
Padam