Maka pada hari Khamis selesai sesi persekolahan pada sebelah petangnya, saya mula lah bergerak ke Melaka dengan menaiki bas. Pertama kali rasanya nih. Rasa sangat teruja nak berjumpa dengan anak-anak Tahfiz nih. Dah naik atas bas, terus tidur ler jawabnya. Nak berehat cukup-cukup sebelum sesi ceramah bersama mereka pada awal pagi Jumaat. Saya tiba di Melaka Sentral pada jam 6 pagi, dan disambut oleh Cikgu Asyraf.
Kemudian terus bergerak ke SM Imtiaz Ulul Albab Melaka yang berada di Ayer Keroh. Perjalanan agak 30 minit daripada Melaka Sentral. Sekolahnya tak lah besar sangat, tetapi lengkap dengan segala keperluan bagi sebuah sekolah untuk beroperasi. Saya diberikan sebuah bilik bagi berehat dan melakukan persiapan untuk sesi pada jam 10 pagi nanti.
Oleh sebab rasa teruja nak berjumpa dengan adik-adik Tahfiz ini, maka saya dibawa oleh Cikgu Asyraf meronda ke kawasan sekolah. Sekolah terdiri daripada 2 blok bertentangan, satu digunakan sebagai asrama dan satu lagi digunakan sebagai blok kelas dan pentadbiran. Ada surau yang besar, yang mampu memuatkan semua pelajar sekolah ini.
Ketika sesi lawatan saya pelajar-pelajar berada di Surau bagi sesi hafazan dari jam 8 pagi hingga 10 pagi. Masing-masing dengan cara dan teknik yang tersendiri. Seronok tengok mereka dan rasa betapa kagumnya melihat anak-anak ini menghafaz Al-Quran. Sempat jugak saya 'menemubual' beberapa pelajar mengenai kaedah yang mereka gunakan. OK. Cikgu tabik spring!!
SM Imtiaz Ulul Albab Melaka ini sebenarnya menggunakan modul yang sama seperti model sekolah Imtiaz yang diasaskan oleh Dato Seri Idris Jusoh di Terengganu. Dan saya difahamkan SM Imtiaz Ulul Albab Melaka ini adalah sekolah model Imtiaz pertama yang berada di luar Terengganu.
InshaAllah saya doakan lebih ramai hartawan-hartawan Islam di luar sana yang membuka lebih banyak sekolah sebegini di lebih banyak tempat di bumi Malaysia ini. Maka lebih ramai lah para intelek Islam yang profesional dan dalam masa yang sama juga adalah penghafaz Al-Quran. Hebat kan?
Serius. Semakin banyak saya tahu mengenai sekolah ini, semakin tak sabar saya nak berjumpa dengan para pelajar ini. Apatah lagi selepas dimaklumkan bahawa, majoriti pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang bakal mendengar ceramah saya ini merupakan pelajar yang sudah berjaya menghafaz 30 Juzuk Al-Quran. Allahuakbar.. Rasa kecik ja diri saya ini nak dibandingkan dengan mereka.
Saya bersiap awal di Bilik Mesyuarat bersama Cikgu Asyraf dan Cikgu Asnur. Bersedia awal bagi menanti kehadiran adik-adik nih dari Surau. Ternyata, sejuk jer hati melihat mereka mula masuk ke Bilik Mesyuarat. Nak menitis air mata melihat mereka.. Nak menangis ok.. Rasa malu dengan diri sendiri pun ada..
Saya rasa lebih bersemangat nak berkongsi kerana saya rasa inshaAllah ilmu yang dikongsikan ini mungkin bermanfaat untuk mereka. Mungkin membantu mereka semasa menjawab soalan nanti. Saya cuba yang terbaik, semoga jadi ilmu berguna untuk mereka.
Sesi berlangsung lebih laju daripada yang saya jangkakan. Maklumlah sebelum ini hanya terlibat dengan pelajar dari sekolah harian biasa, dan pelajar-pelajar kelas belakang. Tiba-tiba bila bersama pelajar bijak, maka cepat pula tempoh ceramah saya. Sempat juga saya memohon Cikgu Asnur supaya menyediakan kertas mahjung dan marker jika banyak sangat masa lapang yang ada, sebagai Plan B.
Tetapi alhamdulillah, sesi soalan dan perbincangan berjalan dengan baik walaupun pada mulanya mereka lebih diam dan lebih banyak memerhati. Semakin nak habis ceramah, semakin aktif pula mereka terlibat dengan sesi perkongsian. Baru lah nak nampak sket perangai sebenar. He3.
Selesai ceramah saya minta untuk bergambar kenangan dengan mereka. Bukan selalu nak ke sini. Ye dak. Memang untuk kali pertama, tapi inshaAllah bukan untuk yang terakhir. Seronok rasanya dapat berjumpa dengan adik-adik yang hebat nih. InshaAllah jika diizinkan masa, saya pasti akan ke sini lagi bagi bertemu dengan mereka. Tunggu cikgu ok! ;)
Terima kasih juga yang tak terhingga kepada pihak SM Imtiaz Ulul Albab Melaka, terutamanya Cikgu Asnur atas jemputan yang sangat berharga ini. Juga kepada rakan guru, Cikgu Asyraf yang banyak membantu memudahkan urusan saya di Melaka ini. Terima kasih banyak-banyak semua.. ;)
4 Ulasan
Semoga dimurahkan lagi rezeki hartawan-hartawan Malaysia yang membuat kerja amal macam ni, amin.
BalasPadamBetul tu.. semoga lebih ramai lagi yang muncul bagi membuat kerja2 amal sebegini di negara ini..
PadamApa pandangan cikgu ttg program2 sek imtiaz ulul abab?
BalasPadamApa kelebihan program ? Adakah program ini mampu bersaing dgn program sedia ada arus perdana KPM.. tq
Cg Hailmi, terima kasih dtg ke SM Imtiaz Ulul Albab Melaka...
BalasPadam