Bersempena
dengan Hari Guru 2015 ini, Kementerian Pelajaran Malaysia bersama-sama FrogAsia
dan YTL Foundation ingin meraikan warga pendidik dengan menganjurkan Anugerah
1BestariNet Teacher Awards 2015! Bertemakan "Guru Pencetus Legasi
Pendidikan", anugerah ini adalah bagi meraikan warga pendidik yang telah
mendedikasikan hidup mereka untuk mendidik generasi masa hadapan.
Berita
baiknya, pencalonan ini boleh dilakukan oleh pelajar, ibu bapa malah oleh guru
sendiri. Pencalonan adalah sehingga 24 April dan pemenangnya akan diumumkan
pada 14 Mei 2015. Best kan? Sambung tengok di bawah untuk senarai kategori dan
hadiah yang bakal mereka menangi!
Calonkan guru yang
mencetuskan inspirasi kepada anda hari ini
Pelajar dari SMK
Bandar Baru Salak Tinggi , Selangor bergambar dengan prop menarik yang direka
oleh pasukan 1BestariNet
● Guru Paling Inovatif
Anugerah
untuk guru yang telah menggunakan Frog VLE secara kreatif dan inovatif untuk
pengajaran dan pembelajaran. Dapatkan maklumat lanjut di sini!
Hadiah-hadiah
termasuklah:
○ YES 4G Chromebook x 1
○ Percuma Karnival Cha-Ching selama 1 hari
(Program celik kewangan oleh Prudential)
● Jurulatih 1BestariNet Terbaik
Anugerah
untuk guru yang mempamerkan kesungguhan dalam melatih sekolah lain atau
komuniti cara menggunakan Frog VLE, dan
telah menghasilkan impak jangka panjang melalui perkongsian yang diadakan.
Dapatkan maklumat lanjut di sini!
Hadiah-hadiah
termasuklah:
○ Projektor x 1
○ Percuma Karnival Cha-Ching selama 1
hari (Program celik kewangan oleh
Prudential)
● Guru Paling Memberi Inspirasi
Pencalonan
dari murid untuk guru yang paling banyak memberi inspirasi kepada pelajar.
Dapatkan maklumat lanjut di sini!
Hadiah-hadiah
termasuklah:
○ YES 4G Chromebook x 1
○ Percuma Karnival Cha-Ching selama 1
hari (Program celik kewangan oleh
Prudential)
● Kolaborasi Terbaik
Anugerah
untuk guru yang telah menggunakan Google Hangouts atau Hangouts on Air secara
aktif dan kreatif, sebagai medium untuk berkomunikasi dan berkolaborasi serta
sebagai kaedah pengajaran. Dapatkan maklumat lanjut di sini!
Hadiah-hadiah
termasuklah:
○ Pakej Classroom Tech x 1
○ Percuma Karnival Cha-Ching selama 1
hari (Program celik kewangan oleh
Prudential)
Pasukan 1BestariNet
Teacher Awards menerima sambutan hangat daripada pelajar-pelajar comel di SJK(C) Perak, Ipoh!
Untuk
syarat-syarat penyertaan bagi setiap kategori, anda boleh dapatkannya di sini.
Jika anda
berminat untuk mengtahui lebih lanjut mengenai Teacher Awards pada tahun lepas,
silakan klik di link berikuthttp://blog.frogasia.com/2014/05/frogasia-celebrates-teachers-day-behind.html
Tan Sri Dr. Madinah binti Mohamad, Ketua Setiausaha Kementerian
Pendidikan Malaysia dan Dato’ Sri Dr Khair Bin Mohamad Yusof, Ketua Pengarah
Kementerian Pendidikan Malaysia (tengah) bersama para penerima anugerah Frog
Teacher Awards 2014 di Konferen Leaps of Knowledge 2014 yang diadakan di Hotel
The Majestic, Kuala Lumpur
FrogAsia
juga telah melawat sekolah di seluruh Malaysia bagi hebahan Teachers Award ini.
Lihat foto-foto menarik di sini!
Foto-foto
ini dikumpul menggunakan hashtag #tagyourhero. Pembaca blog ini juga boleh
turut serta. Rakamkan foto dengan guru kesayangan anda dan muatkannya di
Twitter, Instagram atau Facebook menggunakan hashtag #tagyourhero. Jangan lupa,
tag tiga rakan anda supaya mereka pun boleh menghargai hero-hero dunia
pendidikan di Malaysia!
Nak lagi
gempak, calonkan terus guru anda, atau mereka yang anda kenali sebagai seorang
guru untuk anugerah hebat ini. Jom klik www.1bnteacherawards.com
Semoga
berjaya!
0 Ulasan