About Me

Majlis Anugerah Kecemerlangan SMKLBS 2014

Pada hari Jumaat yang baru saja berlalu, Majlis Anugerah Kecemerlangan sekolah saya telah dilangsungkan dengan jayanya. Pada tahun ini, Cikgu Lim Kuo Hung telah diberi kepercayaan untuk menjadi penyelaras program ini. Dengan bertemakan "Kecemerlangan pada hari ini, Kegemilangan pada hari esok", majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Setiausaha bagi YB Joseph Entulu yang merupakan ahli parlimen bagi kawasan ini.



Backdrop yang dihias cantik

Saya seperti tahun lalu, diberi tugas dalam AJK Persembahan ICT. Tahun lepas sebagai ahli, tahun ini pula sebagai ketua. Tak ramai. Hanya saya dan seorang lagi rakan guru, Cikgu Louis. Bidang tugas AJK ICT ini adalah lebih tertumpu kepada penyediaan bahan tayangan berbentuk ICT semasa majlis berlangsung. 

Untuk tahun ini, saya bahagikan tugas kepada powerpoint dan juga video. Disebabkan selalu sangat pihak sekolah menonton video dari saya, maka tugas menyediakan video diberikan kepada Cikgu Louis. Manakala saya pula bertungkus lumus menyiapkan powerpoint yang mengandungi gambar pelajar lengkap dengan nama mereka. Powerpoint ini akan ditayangkan berdasarkan senarai nama pelajar yang akan menerima hadiah di atas pentas nanti. 



Sempat laghik yer nak membaca komik?. ;)

Tidak ada banyak bezanya majlis pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya. Cuma kali ini saya agak rasa teruja disebabkan pada tahun lepas saya tak dapat nak ikuti majlis ini kerana berada di Majlis Penyampaian Hadiah Liga Remaja Kreatif 2013 Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur. 

Gimik bagi majlis kali ini adalah lain daripada biasa. VIP diminta naik ke pentas untuk memukul gong sebanyak  7 kali bagi menandakan majlis bermula dengan rasmi. 





Sementara menunggu, sebagai kejutan, keluarlah seorang pelajar lelaki dari sebuah kotak yang menarikan tarian Ngajat Iban sambil menyerahkan pemalu gong. Maka, gong tersebut terus dipalu disertai dengan tepukan gemuruh oleh penonton. 





Antara yang menarik pada majlis penyampaian hadiah pada kali ini adalah adik-adik Prasekolah yang berkonvokesyen dengan menggunakan jubah. Comel sangat! Tak ramai, hanya 4 orang. Antara mereka adalah Lionel Linus yang merupakan anak kepada Cikgu Louis dan juga Muhd Irfan yang merupakan anak kepada Cikgu Ibrahim. Dah besar dah diorang..




Manakala bagi persembahan pula, tarian tradisional yang ditampilkan adalah tarian tradisional masyarakat Melanau yang dinamakan 'Alu-Alu'.



Penari dengan pakaian tradisional masyarakat Melanau

Kumpulan tarian yang dilatih oleh Cikgu Wilma Ngian dan Cikgu Adeline ini kemudiannya membuat persembahan tarian tradisional Melayu. 





Persembahan ketiga pula adalah persembahan choral speaking. Seperti biasa, bertenaga dan penuh dengan gaya dan lawak yang mudah difahami. Pasukan ini dilatih oleh Cikgu Angeline Hii dan Cikgu Belle Mahony. Kisah mereka pernah saya tulis dalam entri yang terdahulu.





Acara penyampaian hadiah pula dibahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama adalah lebih memfokuskan kepada penghargaan kepada kepimpinan pelajar. Badan seperti pengawas harian, asrama, pusat sumber, pustakawan, spbt, koperasi, kadet pengawas dan ketua tingkatan diberikan sijil penghargaan atas usaha mereka.





Manakala bahagian kedua pula memfokuskan kepada pencapaian cemerlang pelajar. 2 fokus utama adalah 10 Pelajar Terbaik bagi setiap tingkatan dan juga Pelajar Cemerlang bagi subjek. Seperti biasa, majoriti penerima adalah pelajar perempuan. 





Bahagian ketiga pula adalah dikhususkan kepada anugerah gemilang. Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam pada tahun lepas, dijemput naik ke pentas bersama ibubapa mereka. 





Anugerah disusuli dengan pemberian anugerah khas kepada para pelajar yang menyerlah dalam bidang tertentu. Lebih kurang anugerah tokoh lah. Bidang yang dinyatakan adalah Kepimpinan Harian, Kepimpinan Asrama, Cemerlang Kokurikulum, Cemerlang Sukan, Cemerlang dan Cemerlang Akademik.



Charry Fressly penerima Anugerah Cemerlang Ko-Kurikulum 2014

Senarai Penerima Anugerah Khas
Anugerah Kepimpinan Pelajar Harian - Tracy anak Gundi
Anugerah Kepimpinan Pelajar Asrama (L) - Salih anak Kadir
Anugerah Kepimpinan Pelajar Asrama (P) - Theresa Melian @ Meliyu
Anugerah Cemerlang Kokurikulum (L) - Charry Fressly anak Stephen
Anugerah Cemerlang Kokurikulum (P)- Lilian Tan May Fern
Anugerah Cemerlang Sukan (L) - Jackson Tinggi anak Sumping
Anugerah Cemerlang Sukan (P) - Rabcyah
Anugerah Pelajar Sahsiah Terpuji (L) - Nicholas Ayum
Anugerah Pelajar Sahsiah Terpuji (P) - Bonica Stella anak Baie
Anugerah Cemerlang Akademik - Jasmine Samai anak Ambrose
Anugerah Cemerlang Akademik - Alvina Daut


Majlis diteruskan dengan penghargaan kepada guru-guru. Beberapa anugerah khas disediakan untuk guru dengan bidang yang tersendiri. Ada anugerah untuk Penolong Kanan Cemerlang, Pengurus Kelas Cemerlang dan lain-lain.

Alhamdulillah saya bersama-sama Cikgu Mujiburrahman dinobatkan sebagai penerima Anugerah Guru Cemerlang Ko-Kurikulum 2014. Saya dipilih atas kejayaan mendidik 3 pemain sofbol bagi negeri Sarawak dan juga penglibatan dalam Liga Remaja Kreatif 2014 yang mencapai tahap kebangsaan. Cikgu Mujiburrahman pula aktif sukan hoki dengan melahirkan 2 orang pemain untuk negeri Sarawak.



Cikgu Mujiburrahman menerima Anugerah Guru Cemerlang Ko-kurikulum 2014

Kemudian seramai hampir 30 orang guru telah dipilih sebagai penerima Anugerah Guru Berinisiatif dan Proaktif 2014. Penghargaan seperti ini mampu memotivasikan lagi rakan guru untuk bersama-sama bekerja dengan lebih gigih pada masa akan datang. 



Adik Tracy yang merupakan Ketua Pengawas Sekolah

Acara diakhiri dengan ucapan penutupan daripada Ketua Pengawas, adik Tracy anak Gundi yang juga merupakan penerima Anugerah Kepimpinan Pelajar Harian. Dalam ucapannya, adik Tracy berterima kasih kepada semua pihak yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan seseorang pelajar sewaktu berada di sekolah.



Pasukan choral speaking bergambar selepas majlis tamat

Majlis seterusnya berakhir dengan nyanyian lagu negeri Sarawak, Ibu Pertiwiku. Beberapa orang pelajar dan ibubapa mengambil kesempatan bergambar kenangan sebelum meninggalkan majlis. Oh ya! Backdrop dan persiapan pentas tahun nih memang cun! Tahniah untuk Cikgu Idawaty, Cikgu Wan Ida dan Cikgu Abdul Hakim untuk kerja anda.. ;)



Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. teringat zaman sekolah dulu naik pentas ambik hadiah hahaha

    BalasPadam
  2. meriahnya ! CN kalau program mcm ni dekat sekolah, dah macam tetap dan berpencen akan jadi ajk buku aturcara/dokumentasi..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah.. ini confirm banyak keje jadi Setiausaha... ;)

      Padam
  3. Cgu..blh kah cgu kgsikn tapak power point utk graduasi tu?..

    BalasPadam