About Me

Keputusan Liga Remaja Kreatif 2014 (Zon Sabah)

Keputusan Liga Remaja Kreatif 2014 bagi Zon Sabah telah diadakan semalam di Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu. Sebanyak 10 buah sekolah telah terpilih sebagai finalis 10 terbaik bagi negeri Sabah, dan dijemput bagi menghadiri majlis penyampaian hadiah. Seperti biasa, kedudukan pemenang hanya akan diketahui pada hari berlangsungnya majlis berkenaan.


Keputusan Liga Remaja Kreatif 2014 (Zon Sabah)


Negeri Sabah juga merupakan antara negeri yang sangat kompetitif penyertaan video nya. Banyak video-video dengan konsep dan idea dari negeri Sabah yang unik dan menarik boleh ditonton di Youtube. Sememangnya, keunikan budaya dan bangsa di Sabah memberikan satu kelebihan kepada bentuk pemikiran idea mereka yang lain dan tersendiri. Syabas!

Sebagai rekod, semasa Liga Remaja Kreatif diperkenalkan pada tahun 2010, Sabah adalah antara negeri yang tampil tidak mempunyai Juara peringkat negeri. Ini disebabkan penyertaan pada ketika itu tidak mencapai standard. Lalu tidak melayakkan Sabah untuk menghantar penyertaan ke peringkat Kebangsaan.


Namun, pasukan dari Sabah tampil memberi saingan semasa Liga Remaja Kreatif 2013 dengan pasukan dari SMK Kuhara, Tawau yang mewakili Sabah ke peringkat Kebangsaan setelah muncul Johan. Belum ada rezeki bagi mereka. Namun penyertaan pada kali ini dijangka akan memberi saingan di peringkat Kebangsaan, memandangkan Johan Liga Remaja Kreatif 2014 juga sudah diketahui.

Jom kita tengok dulu senarai pemenang saguhati bagi Liga Remaja Kreatif 2014 Peringkat Zon Sabah.



Saguhati 
(tidak mengikut susunan)
10. SMK St Michael, Penampang
09. SM Sains Sabah
08. SMK Arshad, Kota Belud
07. SM La Salle
06. SMK Datuk Panglima Abdullah
05. SMK Putatan
04. SMK Tambunan


Ketiga
SMK St Michael, Penampang

SMK St Michael Tempat Ketiga Liga Remaja Kreatif Zon Sabah 2014


Naib Johan
SMK All Saints, Kota Kinabalu

SMK All Saints Kota Kinabalu Naib Johan Liga Remaja Kreatif Zon Sabah 2014


Johan
SMK Kuhara, Tawau

SMK Kuhara, Tawau Johan Liga Remaja Kreatif Zon Sabah 2014


Memang seperti yang dijangkakan, video "Menjaring Impian" hasil kreativiti anak-anak Kuhara, Tawau ini mampu membuat kejutan untuk Liga Remaja Kreatif pada tahun ini. Cerita dan teknik kamera yang ditampilkan memang dirancang teliti dan kemas. Ditambah dengan kelebihan muka bumi Sabah, terutamanya Tawau, ternyata usaha mereka tidak sia-sia.


Boleh tengok video Johan mereka di bawah. 




Tahniah saya ucapkan kepada pasukan dari SMK Kuhara, Tawau yang berjaya mengekalkan kejuaraan mereka buat kali kedua. Sekaligus, pasukan ini juga akan memikul tugas besar mewakili negeri Sabah ke Peringkat Kebangsaan yang dijangka akan berlangsung pada hujung Oktober ini.


Kepada pasukan yang kurang berjaya, jangan sedih-sedih. Boleh cuba lagi untuk tahun akan datang. Ini akan jadi pengalaman terbaik untuk anda. Teruskan lagi berlatih dan menghasilkan video yang baik. Rujuk Youtube bagi mendapatkan idea dan dalam masa yang sama, terus pelajari teknik terbaik dalam menghasilkan video yang baik. InshaAllah, jika kena gayanya, anda juga boleh jadi juara!


Terima kasih juga atas perkongsian info dan gambar daripada rakan guru, Cikgu Aziz dan pasukannya daripada SMK Kuhara, Tawau. Kita jumpa di peringkat kebangsaan nanti yer!




Catat Ulasan

3 Ulasan