About Me

Logo dan Tema Hari Kemerdekaan ke-57 2014

Jalur Gemilang yang sedang berkibar megah menjadi inspirasi kepada rekabentuk logo ini. Ia merupakan satu perlambangan kepada negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat.

Angka 57 membawa maksud ulangtahun yang ke-57 kemerdekaan Malaysia, sekaligus menjadi lambang kematangan negara di bawah kepimpinan yang mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan menerusi pembangunan, kecemerlangan dan kemakmuran yang dikecapi secara berterusan.



Logo dan Tema Hari Kemerdekaan ke-57 2014


Angka 57 yang diberikan sentuhan retro, menjadi refleksi keada tarikh keramat kemerdekaan negara pada tahun 1957, mencerminkan impian dan harapan serta semangat cintakan negara yang tidak berbelah bahagi rakyat terdahulu, semoga menjadi pedoman dan panduan kepada generasi Malaysia pada hari ini, terutamanya golongan muda.

Kibaran Jalur Gemilang menyelimuti angka 57 turut mencerminkan kemakmuran dan keamanan negara yang telah wujud sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, berupaya dikekalkan hingga ke saat ini dengan sokongan dan dukungan kuat oleh rakyat berbilang etnik dan kepercayaan yang bergabung menjadi satu masyarakat Malaysia yang unik dan bertoleransi.

Bulan sabit dan bintang berbucu 14 melambangkan kedaulatan negara, menjadi kewajipan setiap pemimpin dan rakyat untuk terus memelihara dan mengekalkannya.

Tema "MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta" diletakkan pada sudut bersesuaian dengan rekabentuk logo bagi menyokong kekuatannya dari segi imbangan, maksud dan nilai estetika.




WARNA MERAH
Lambang keberanian dan kesetiaan kepada negara yang tercinta

WARNA BIRU
Lambang penyatuan dan keharmonian antara kaum

WARNA KUNING
Lambang kedaulatan negara di bawah naungan Raja Berpelembagaan dan diterajui kepimpinan yang prihatin dengan pencapaian negara serta keperluan rakyat.

WARNA PUTIH
Menjadi lambang kepada kejujuran, ketelusan dan komitmen serta kerjasama yang erat di antara pemimpin dan rakyat.



Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
    Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
    Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
    Jika hari ini seorang ulama yang mulia
    Jika hari ini seorang peguam menang bicara
    Jika hari ini seorang penulis terkemuka
    Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
    Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
    Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

    (Guru Oh Guru - Usman Awang

    BalasPadam
  2. So tema tahun ni, disini lahirnya sebuah cinta...

    Lagi setengah bulan nk sambut merdeka tp mcm suram je kt JB ni

    BalasPadam
  3. Sambu jenazah mangsa mh17 22 ogos ni... negara masih dlm kesesihan...

    BalasPadam
  4. Penbentukan Persekutuan Malaysia pada 16/9/1963...bagaimana Malaysia merdeka pada 31/8/1957 sedangkan Malaysia belum dibentuk?!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Malaya Merdeka 31 Ogos.. Malaysia dibentuk 16 September.. fhm dak??

      Padam
    2. sedekahkan al-fatihah

      Padam
  5. Balasan
    1. klau korang sedih mengenangkan mh17 sile bls * pray for mh17 & mh370/ al fatihah

      Padam
  6. kte sbg rakyat mlysia harus faham sejarah negara sendri...malaysia ditubuhkn 16 sep 1963...31 ogos 1957 tu hnya tnh melayu yg merdeka, sbh & srwk pd tarikh yg lain...tp malangnye ramai yg x tau & xnak amek tau

    BalasPadam
  7. tak perlula komen yang negatif saja,,,,tema pada tahun ini sangat bagus n bnyak penerapn n maksudny yg trsendiriiii...btw ilove malaysiaaa

    BalasPadam
  8. Best in addition to Cheapest Jabodetabek Non-public Instruction, your team as well as trainers come home, collection your individual research agenda and might pick out almost any industry of analysis ... go to https://kursus-ekonomi.netlify.app/ for more details

    BalasPadam
  9. We offer private lessons for PAUD, TK, SD, SMP, SMA, and Alumni. With a built-in and accelerated method, it's hoped which it are able to foster an era of people who have good morals... for more information https://biologi-exed.blogspot.com/2022/04/les-privat-biologi-di-setiabudi.html

    BalasPadam