About Me

Tawaran Mengikuti Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) Ambilan 2014

Sukacita dimaklumkan, Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan PITO untuk guru sekolah menengah dan rendah bagi tahun 2014. Pelaksanaan program ini adalah selaras dengan intipati Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu meningkatkan kualiti dan kompetensi guru melalui CPD (continuous profesional development).

Tawaran Mengikuti Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) Ambilan 2014


Maklumat lanjut serta tatacara permohonan boleh diperolehi dengan melayari www.moe.gov.my mulai 16 Jun 2014.

Untuk melihat surat tawaran kursus, sila muat turun dokumen di bawah.


Muat Turun
PITO Ambilan 2014


Mata Pelajaran yang ditawarkan adalah
1) Sejarah (SM) - USM / UTM
2) Pra-Sekolah (SR) - IPGK
3) Bahasa Melayu (SJKC) - IPGK
4) Bahasa Inggeris (SJKC) - IPGK
5) Pendidikan Khas (SM) - USM / UTM
6) Pendidikan Khas (SR) - IPGK


Pelaksanaan Kursus
- Pendaftaran (20/9)
- Luar Kampus (20/9 - 31/10)
- Bersemuka (3/11 - 5/12)


Maklumat Lain
Perbelanjaan kursus akan ditanggung sepenuhnya oleh KPM. Peserta akan disediakan penginapan dan makan minum oleh IPTA / IPGK yang melaksanakan kursus. Tuntutan perjalanan adalah di bawah tanggungan Jabatan masing-masing menggunakan peruntukan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) mengikut Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.



Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. teringin gak nk tukar opsyen, tapi geografi takde..kat skolah baru ni CN mengajar geo jer, langsung takde subjek opsyen ;)

    BalasPadam
  2. terima kasih cikhu hailmi memberi info yang berguna. moga maju jaya.

    BalasPadam
  3. Hi ckgu hailmi, nak tanye, saya opsyen bi(sr) tapi dipostingkan ke pend khas. Jadi bolehke saya pohon utk pend khas sr?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dlm srt letter head bhgian sumber manusia,mmg tulis opsyen ppki ke?kalo srt tu cmtu ckgu cuma kna attend course 2mnggu xslap..pastu trus dpt elaun..

      Padam
  4. HI CIKGU HAILMI,NAK TANYA,SAYA MOHON PEND KHAS ( MENENGAH ) TAPI PEMOHONAN SAYA GAGAL,BAGAIMANAKAH MEMBUAT RAYUAN? TERIMA KASIH

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya cadangkan cikgu terus hubungi bahagian yang bertanggungjawab menawarkan kursus pito ini.. kalau ada kekosongan, mungkin diorang akan pertimbangkan

      Padam
  5. ble akn kuo iklan pito thn ni?mhon syer kn d cni ye..tq

    BalasPadam
  6. kursus pito utk p.khas menengah brapa jam kredit dan berapa semester? ada buat tesis juga ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tak berapa pasti mengenai kursus PITO nih.. tak perlu tesis, sekadar tugasan dan folio akhir saja rasanya.

      Padam
  7. Ada tak ambilan 2016 kursus pito utk pendidikan khas SM. Teringin nk tambah opsyen

    BalasPadam
  8. asslm ada lagi tak ambilan pito 2016 kursus pito utk pendidikan khas SR. sangat2 teringin nak tambah opsyen ni

    BalasPadam
  9. ada lagi tak pito 2016 huhu sy opsyen psk rasa mcm org x pndang pun mcm xda nilai...nak sgt ajar bm sbb dah 4 tahun ajar tp pindah skolah baru cam x brguna jer drg pndang bila ajar subjek psk sedihh dah bertahun nak pito..hrp ada thun 2016

    BalasPadam
  10. Bila ada tawaran kursus pito untuk bahasa melayu sekolah rendah. Says hendak mohon.

    BalasPadam
  11. ble_open_PITO_2017?

    BalasPadam
  12. Ade lagi tak tahun ni tawaran PITO

    BalasPadam