About Me

Komli vs Nuffnang : Anda Pilih?

Saya sekadar nak kongsikan pengalaman saya menggunakan Nuffnang dan Komli, 2 alat utama bagi blogger yang nak buat duit dengan cara mudah dan cepat melalui blog. Mungkin ramai juga yang dah tahu, tetapi mungkin pengalaman saya boleh membantu dari sudut lain pulak. Jom kita tengok apa bezanya gunakan Komli dan Nuffnang.


Seawal pembabitan saya ke dunia blog, dah tentu lah saya pun seperti orang lain. Letakkan saja benda-benda iklan, untuk menghias blog sambil buat duit. Maka yang menjadi sasaran utama adalah pengiklan yang paling feymes, Nuffnang. Banyak blog menggunakan iklan jenis ini. Senang nak mohon, syarat tak banyak dan ketat.

Komli vs Nuffnang : Anda Pilih?

Seperti blogger-blogger newbie  yang lain maka saya mengharapkan keajaiban dengan duit yang datang melimpah ruah kononnya daripada benda-benda macam nih, sekalipun tujuan asal berblog memang dengan niat untuk menyebarkan ilmu. Duit terpijak kononnya. 

Namun setelah setahun sabar menanti, dengan harapan boleh buat duit lebih banyak lagi, maka saya terus setia dengan Nuffnang. Dapat ler status istimewa 'GLITERATTI'. Itu saja! Benda lain, macam sponsored post ke, CPUV ke, hmmm... Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. ;)


Akhirnya, saya memberanikan diri buat survey sket mengenai cara lain yang sebegini yang boleh bagi pulangan besar sket. Memang ada banyak lagi macam affiliate, review dan lain-lain. Tapi disebabkan ada kekangan masa dan komitmen, maka saya pilih yang ala-ala style Nuffnang, pasang iklan dan tinggal, iaitu Komli. 

Saya pilih Komli pasal syarat nya tak lah ketat sangat. Rasanya sekali mohon saja dah terus dapat. Sebelum tu ada juga apply untuk Innity, tapi gagal. Padahal trafik masa tu memang boleh tahan jugak le. Takpe. Rezeki kat tempat lain.


Sebelum saya bertukar kepada Komli, saya cash out kan dulu berapa income yang saya dapat daripada Nuffnang dalam tempoh setahun dengan status Glitterati. Barulah saya tahu, sepanjang setahun bersama Nuffnang, pendapatan yang saya perolehi adalah lebih kurang RM260. 

Maka saya pun bereksperimen lah dengan Komli pula. Saya berazam, kalau pendapatan di Komli berjaya menyaingi pendapatan setahun bersama Nuffnang, iaitu RM260 dalam tempoh yang lebih singkat; maka saya akan beralih sepenuhnya kepada Komli, tanpa berbelah bagi lagi.


Saya catatkan pendapatan Komli saya pada setiap bulan sebagai rekod. 2 3 bulan pertama memang agak slow, sekalipun trafik ke blog saya agak bagus. Tapi lama kelamaan, mula menunjukkan hasil yang lebih baik. Tidak banyak, tetapi seperti kata saya, lebih baik.

Akhirnya, dalam bulan ke-6, pendapatan Komli mengatasi pendapatan setahun bersama Nuffnang! Sekali ganda tu.. Malah dengan perkembangan sekarang, saya jangkakan pada tempoh setahun saya menggunakan Komli, pendapatan boleh mencecah 2 kali ganda berbanding pendapatan dulu!


Belum sempat nak buang iklan Nuffnang, saya terserempak dengan satu tutorial yang bagus. Rupanya iklan Nuffnang nih dapat diintegrasikan ke dalam iklan Komli. Maksudnya, kita boleh setting iklan Nuffnang keluar pada ruang iklan Komli, jika sekiranya Komli tiada iklan nak disiarkan.Wah.. Berita baik!

Maka saya integrasikan kedua-duanya. So, pendapatan untuk Komli dan Nuffnang masih berterusan berjalan seperti biasa. Bezanya iklan akan diberi keutamaan kepada Komli. Nuffnang hanya sebagai sampingan. Tapi masih ok lah. Ada juga income bergolek.


Akhir kata semuanya bergantung kepada kita sebagai pengguna. Jika anda rasa Komli lebih baik, maka gunakanlah Komli. Jika rasa Nuffnang beri pulangan lebih baik, maka gunakanlah Nuffnang. Ataupun mahu jadi seperti saya, gunakan keduanya.

Ini sekadar perkongsian pengalaman saya menggunakan keduanya. Walau apa pun keputusannya, saya masih berpegang kukuh dengan tujuan saya menyertai dunia blog, iaitu bagi berkongsi ilmu. Bukan nak buat duit..

Jom kongsi pengalaman anda pula gunakan kedua-dua iklan ini dengan beri komen di bawah. Mana tahu, boleh bagi panduan kepada orang lain pula lepas nih dalam memilih yang terbaik!


Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. AdSense jauh lebih bagus dari dua entiti di atas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju.. trafik saya tak segah blog cikgu,..tapi alhamdulillah..adsense tidak mengecewakan.. sehari mesti ada.

      Padam
  2. setuju...guna Adsense lg byk. lgpun CH buat video. blh dapat income dr video yg CH bt tuu

    BalasPadam
  3. hoho..pilih je memana. Yang penting, kena rajin. hoho

    BalasPadam
  4. Apa yang penting adalah jumlah trafik tu. Kalau rendah macam saya ni, pakai apa jenis iklan pun, sama je rendahnya. Hehe. Mungkin belum masanya lagi kot.

    BalasPadam
  5. saya tahu, saya tak expert cuma saya nak bagitahu yang saya ialah syaifuddin ..hehehehe.. hai cikgu hilmi :)

    BalasPadam
  6. tak pernah pasang iklan lain dlm blog selain Nuffnang, entri ini beri idea untuk saya cuba ruang iklan yang lain..:)terima kasih.

    BalasPadam
  7. Status Gliteratti tak hilang ke kalau integrate camtu?

    BalasPadam
  8. buatla tutorial integrate mcm tu, teringin gak nak masukkan komli pulak ;)

    BalasPadam
  9. Status Gliteratti akan hilang kalau gabung.

    BalasPadam
  10. first time dengar pasal komli..Ni saya dah pindah WP, belum letak nuffnang semula..saya guna nuffnang sebab nak tengok traffic..hehehe..

    BalasPadam
  11. saya punyer nuffnang pun tak capai target lagi..errmm

    BalasPadam
  12. komli dah ade. cume tak pandai nak bagi trafik banyak ke blog. just biarkan je iklan tu. teringin nak daftar adsense. tak pernah lepas.

    BalasPadam
  13. iklan komliu saya menyemak je.duit x masuk pun

    http://kucenmaster.blogspot.com/2015/03/kucing-berwarna-pink.html

    BalasPadam
  14. Mcm mana nak daftar adsense ek? Saya daftar nuffnang je.. baru 2 bulan dapat rm1 lebih je..

    Sofiesollysue.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk pengetahuan Cik Siti, saya pun dah berapa kali apply adsense tak lepas-lepas.. memang susah sket sebenarnya.. banyak syarat yang ketat..

      Apakata Cik Siti mulakan dengan mohon Komli atau pun Innity dulu.. dah mantap traffik blog, baru cuba mohon Adsense..

      Selamat mencuba!

      Padam
  15. assalamualaikumk cikgu, terima kasih atas penerangan yg tidak mengecewakan. saya nk tnya sikit. saya dh apply nuffnang tapi tak boleh letak ads, saya dh kopipaste kod2 yg diorg bg msuk html dan sebagainya. tapi result mengecewakan. bila saya bukak akaun nuffnang saya, dia tunjuk NO add units installed. boleh beri penjelasan tak cikgu.

    https://fiqterrifiq.blogspot.my/

    BalasPadam