About Me

APC : Anugerah Paling Controversy!

APC atau Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sememangnya menjadi idaman semua guru-guru yang bertungkus lumus menjalankan tugas dengan sebaik mungkin. Ini dikira macam satu pengiktirafan pihak pentadbir terhadap kesungguhan dan ketekunan kita bekerja. Tetapi, kadangkala, dalam sesetengah keadaan banyak perkara yang berlaku akan menyebabkan timbul rasa tak puas hati. Jadi pada ketika ini, APC dah jadi Anugerah Paling Controversy!
 



Kenapa Boleh Jadi Controversy?
1. Pilih Bulu / Anak Emas
Apabila ada pentadbir yang memilih bulu atau ada anak emas kesayangan, maka ketika ini lah APC jadi controversy. Budaya pilih bulu atau anak emas nih tak kisah lah sama ada kerana cikgu tu benar-benar rajin dan suka menolong, atau pun kerana cikgu tu benar-benar rajin membodek dan mengipas. Sesiapa pun pasti tak berkenan dengan mereka-mereka yang suka membodek para pentadbir.

2. Masih Junior
Kadang-kadang, ada sesetengah guru yang baru setahun dua posting, dapat APC lebih awal daripada abang-abang dan kakak-kakak yang posting berpuluh tahun. Maka di sini dah tentulah akan ada yang tak puas hati. Lagi-lagi pula faktor pemilihan lain yang diambil kira (jika ada), tidak dinyatakan dengan jelas oleh pihak pentadbir. Confirm senior hangen satu badan!

3. Tarik Balik Kerana Buat Hal
Ada juga kes yang APC ditarik semula kerana guru buat hal pada tahun semasa. Lagi-lagi semasa awal tahun sebelum keluar keputusan APC. Sedangkan pemberian APC adalah bergantung kepada prestasi pada tahun sebelumnya. Akibat daripada satu kesilapan kecil, maka pentadbir menggunakan APC sebagai hukuman kepada guru terbabit. 



Bagaimana Sebenarnya Faktor Pemilihan APC?
Bagi menjelaskan lagi tentang perkara ini, cikgu-cikgu boleh rujuk Garis Panduan Pemilihan Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Pelajaran Malaysia, bertarikh 8 November 2010 ini.

Dalam surat ini dinyatakan dengan jelas kriteria dan garis panduan yang boleh digunapakai oleh pentadbir sekolah dalam memilih guru-guru dan kakitangan sekolah yang layak untuk diberikan APC.

Kriteria Umum
a. merupakan anggota perkhidmatan awam
b. berkhidmat genap tempoh setahun
c. memberi sumbangan kepada pelbagai tahap
d. markah LNPT 85% ke atas

Kriteria Tambahan
a. bebas tindakan disiplin
b. rekod kehadiran bertugas yang bersih
c. tidak pernah menerima APC 3 tahun kebelakangan
d. pencapaian dalam pdp
e. pencapaian aktiviti ko-kurikulum
f. bebas teguran audit
g. kuota bangsa, gender dan lokasi bekerja
h. kuota perkhidmatan, gred, skim, jawatan

Bilangan Penerima APC adalah tidak boleh melebihi 8% daripada jumlah anggota yang berkhidmat sehingga 31 Disember pada tahun penilaian. 

Dan jika pada tahun tersebut tidak ada yang layak untuk diberikan APC, maka agensi tidak perlu melaksanakan APC tersebut.



Jadi, Apa Yang Saya Perlu Buat Jika Belum Dapat APC?
1. Mulalah Bekerja
Bagi mereka-mereka di luar sana, yang inginkan APC, tetapi malas bekerja, maka mula lah untuk lebih rajin bekerja dengan ikhlas. Tak ada orang nak bagi anda pengiktirafan dengan secara percuma. Memang akan sampai juga giliran anda untuk menerima APC, jika pengetua anda berikan berdasarkan kepada senioriti, tetapi tentu lah lebih lewat berbanding rakan lain yang lebih muda daripada anda dalam perkhidmatan. Bukanlah satu keperluan untuk dianugerahkan APC, tetapi sebagai pengiktirafan kepada usaha dan kerja anda. Tentu lebih bersemangat untuk bekerja selepas itu kan?.

2. Teruskan Kerajinan Anda
Jika anda termasuk dalam kategori cikgu yang rajin dan pulun bekerja tetapi masih belum diberikan APC, maka bersabarlah wahai cikgu. Teruskan usaha keras anda, betulkan niat dan kuatkan semangat. Anggap itu belum rezeki anda. Mungkin ada mereka lain lagi yang lebih layak berbanding kita. Yakin bahawa suatu hari nanti akan ada juga masa anda untuk diiktiraf sedemikian rupa. Teruskan bekerja!

3. Berdepan Dengan Pentadbir
Bagi mereka yang berjiwa kental dan 'berani mati', langkah bersemuka dengan pentadbir mungkin antara jalan yang terbaik. Tetapi bersemuka secara baik, iaitu dengan bertanyakan apa lagi kekurangan pada mutu kerja anda. Melalui perbincangan ini, anda akan mendapat maklumbalas yang sebelum ini hanya diketahui oleh barisan pentadbir mengenai diri anda. Cuba perbaiki, inshaAllah boleh mendatangkan hasil pada masa akan datang. Sekurang-kurangnya, itu juga boleh beri satu 'wake up call' untuk barisan pentadbir betapa bersemangat nya anda dalam menjalankan tugas.


Walau apa pun keputusannya, maka sebaiknya redha saja dengan apa yang berlaku. Jika ada rezeki kita, maka tak ke mana. Kalau tak ada pun, inshaAllah ada rezeki lain yang bakal menyusul tiba. 

Betulkan niat, teruskan bekerja, inshaAllah pasti ada kejayaan!


Catat Ulasan

69 Ulasan

  1. Saya dpt 2010 dulu cikgu. Tapi ada juga cikgu pemalas yg dpt sebab guru besar kesian kat dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy stuju.. Ada yg x layak tp dapat.. Sbaliknya yg layak dapat tp ade org dengki.. macam2

      Padam
    2. DENGKI sifat semula jadi manusia. walau apapun sepatutnya APC bukan berdasarkan senioriti @ giliran, tapi berdasarkan prestasi kerja thn semasa. Tak kiralah dah 10 thn berturut2 beliau terima.
      biasanya yg bersifat dengki adalah org MALAS -Cakap banyak kerja habuk.
      `adios`

      Padam
    3. Sebab ada org kata APC tu anugerah penggiliran cemerlang. Yg malas, yg buat hal, yg selalu ngelat pun blh dpt...tggu je giliran. Senang beno...

      Padam
    4. Sangat setuju..sebab tu personally, xd apa keistimewaan pon APC ni..not for the right person.. Just simpaty

      Padam
  2. betul tu, bekerja dgn ikhlas,insyaAllah,kalau tak dpt apc kat dunia,kat akhirat nnti ada,...yg pentg ikhlas dan tak merungut..ada gak kck hati dgn pentdbir,kiter buat keje gler2,last2 yg dpt apc org yg so so jer..sabar la wahai hati...

    BalasPadam
  3. Janji kita buat kerja kita.

    Dapat atau tak, terpulang pada orang kat atas.

    Aku tak kerja jadi cikgu sebab nak dapat APC. Its nothing.

    Aku jadi cikgu sebab nak didik anak murid aku jadi orang yang berguna. Walaupun susah, walaupun anak murid kurang ajar, walaupun diorang mungkin lupa aku satu hari nanti. Tak apa. Janji aku ajar apa yang sepatutnya.

    Sekali lagi, APC takde menda sangat. Ada rezeki. Dapat. Takde rezeki. Buat kerja je macam biasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Bekerja kerana Allah...mencari rezekiyg halal. APC itu penilaian org atas thdap kerja kita. Jika dpt Alhamdulillah. Jika x bermakna prestasi kita perlu dipertingkatkan.

      Padam
    2. apakah ganjaran lain yang anda dapat selain dari sspni rm 1000

      Padam
  4. Alhamdurillah, saya telah menerima rezeki APC. =)

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah saya dapat APC tahun ni ☺

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah cikgu.. rezeki dapat awal.. ;)

      Padam
    2. APC? Sering dikontroversi dalam pelbagai versi...

      Yang belum dapat : Insya-Allah, takper, rezeki mereka....

      Yang dah dapat : Alhamdulillah, rezeki...

      Yang masih tak dapat-dapat : Apa ni????

      Yang berangan macam dapat : Betul ker calon tu layak? Bila giliran saya? Lambat lagi ker? Eh, GB dah nak pencen... habis ler peluang aku..

      Yang patut dapat tapi tak dapat : Hmm.. boleh bincang kat sini ker? Bukan ada orang faham pun... GB bagi alasan tak munasabah tapi ada siapa ker faham perasaan ni? Tahun dpn GB pencen... Hmmm... Buat jer ler kerja.. Hmm...nothing? APC kan something? Hmm...

      Padam
  6. saya dpt APC ..alhamdulillah rezeki .. tapi rasa takut.. sbb br posting... rasa x layak.. sbb bnyk lg cikgu yg lbh lama btugas... tp sy tau sy dpt pn sbb cikgu yg lbh lama yg bnyk ajar n bantu sy..

    BalasPadam
  7. smua kriteria tu tjadi d sekolah sy.. sy b'khidmat hampir 10thn bkn nak b'kira tetapi xadil dr segi pemberian. guru / ustaz yg sll keluar tanpa kebenaran n sll xdtg yg d beri (kroni).. ade guru yang dapat beri alasan dia mmg layak dpt sebab jarang ambil cuti sedangkan setiap tahun CRK sy b'baki 5@6thn tidak diambil. Markah SKT sy juga di bawah 90markah sedangkan semua aktiviti sekolah x pernah ponteng n buat kerja shinggakan masa untuk diri sndr tiada. hanya untuk positifkan diri mungkin bukan lagi rezeki sy utk dpt..n xmngapa xdpt anugerah d dunia tetapi ganjaran yg besar d akhirat nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sgt stuju,, Di sekolah lama sy pernah berlaku.. X layak pun, asyik cuti, x hntr buku rekod, klas xmasuk.. tetiba dapat APC, ape kes tu.. Sedih dgn sistem APC yg x telus ni

      Padam
    2. Saya pun dah 17 tahun service tak pernah dapat

      Padam
    3. X pyh apc la klau yg dpt kaki komen n kali lawan,bg juga sbb nk bg motivasi bkja,yg buat kerja x perlu bg sbb dh bmotivasi.

      Padam
  8. hihi memang anugerah paling kontroversi!! :')

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha... bahagian pentadbir perlu alert .. mudah2an tak menjadi fitnah.. ;)

      Padam
  9. kepada para pentadbir ..... anda perlu tanggung sekiranya hak pemberian apc tak diberi pada yang layak.. jawab la kat akhirat esokkk..

    jangan beri apc pada si B hanya kerana anda tidajk suka pada si A

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya setuju dengan cikgu.. jangan beri pada B hanya kerana dia tak berkenan pada A.. semoga segala dipermudahkan..

      Padam
  10. dari segi penulisan cikgu,nmpk mcm cikgu yg x puas hati..bukan ka benda tu semua rezki dr Allah..myb cikgu dh cukup semua kriteria tu, tp cikgu tak ikhlas..cikgu cuma buat benda2 tu sebab nak dapatkan anugerah tu..mungkin orang yg menang tu memang tidak layak tapi mungkin dia menang sebab Allah nak menyedarkan cikgu supaya ikhlas dalam mendidik..ingat cikgu,bukan hubungan dengan manusia ja kena jaga tp hubungan dengan allah pun kena jaga..kunci utama nak hubungan baik dengan allah adalah ikhlas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas nasihat. Tapi daripada menuduh, membuat sebarang tekaan dan jangkaan tanpa asas kukuh, saya rasa lebih baik kita berdiam diri.

      Tulisan saya ini hanya dibuat berdasarkan kpda pengalaman saya, pengalaman rakan serta pemerhatian yang dibuat tentang realiti dunia pendidikan.

      Saya sudah menerima APC tahun. Dan tulisan ini tak lebih kepada memberi motivasi kepada rakan guru untuk terus memberikan yg terbaik, seikhlas mungkin.

      Padam
  11. setuju dgn cgu Halimi, beri hak pd yg berhak...apa yg kita usaha itu yg kita tuai, tp zman sekarag amanah dipegang oleh orag yg zalim dan bodoh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada betul juga. Dalam erti kata lain gila kuasa dan jawatan. Jadi pentadbir depa yg apply. Lepas tu guna kuasa tindas org bawah buat itu ini, walaupun masa mengajar mereka di kurangkn. Guru2 yg banyak waktu mengajar juga kena buat macam2.

      Padam
  12. Di hari jumaat yang mulia ini,kepada semua dalam ni,doakan saya dapat APC tahun 2015 n doakan semua kita mendapat kesudahan yang baik-baik.

    BalasPadam
  13. berbanyaklah berdoa mudahan yg belum dapat APC,akan dapat jugs gilirannya suatu masa nanti.

    BalasPadam
  14. Yep..setuju sgt dgn tulisan ni.

    Pengetua tidak adil dalam pemilihan. Beban tugas banyak tapi jangankan APC, pujian sebagai kata semangat pun takde. Pengetua mcm ni jenis pilih bulu, sbb tak suka dgn cikgu A, dia pilih cikgu B.

    Selalunya yang kaki bodek ni confirm dapat. Padahal kerja tak seberapa pun.

    Jawablah di akhirat esok pengetua2 yg jenis mcm ni.

    BalasPadam
  15. Tiap2 tahun sya mkan hati dgn calon APC yg dapat walaupun sya bkerja lebih teruk Dari mereka.Start keluar rumah pukul 6.50 pagi balik rumah 7.30 petang semata2 menunggu pelajar berkawad Dan bersukan.tidur dalam stor sukan.bila sruh AJK Lain diorang kata ada urusan,bila maklumkan kpada pntadbir diorang senyap saja.Last2 bila umum APC smua yg dpt junior Dan kaki pemalas msuk relief Dan kelas.bila saya kaji balik rata2 yg dpt APC smua mesra dgn pntadbir.Sekarang sya dh tekadkan dalam hati sya tidak akan mengharapkan APC lagi walaupun saya sudah berkhidmat hampir 10 tahun.Jika sya tercalon untuk penerima APC sya akan cadangkan untuk guru2 lain yang layak untuk menerimanya sebagai motivasi kepada mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe... sya faham.perasaan cikgu.. Sabar ya... Buat mana yg mampu je...

      Padam
  16. Kalo kita harap penghargaan manusia...kita nnt mudah kecewa.harapla keredhaan Allah..baru kita berlapang dada.insyallh...ada rezki tu...

    BalasPadam
  17. alhamdulillah..saya dapat tahun ni..tapi sambutan tak se grand tahun2 lepas coz xda peruntukan...apa nak buat..nasib la..hihihi...

    BalasPadam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  19. Kata kunci utama ialah ikhlas. Kata kunci kedua ialah motivasi. X dpt bukan rezeki utk apc tp mungkin rezeki utk anak2 kita. Anak2 berjaya..rezeki lain yg dtg. Kita je yg x perasan sebb letak apc didepan. Sedangkan rezeki tu sentiasa ada depan mata. Yg dpt apc tahniah. Yg blum dpt...alhamdulillah...ada la tu rezeki lain. Ntah2 lebih hebat dr apc. Yg pentg...motivasi utk bekerja sentiasa up. Rezeki di mana2. X dpt pn xpe kot..jd seriau..takut bila dpt...kna kecam plk...baik x pyah dpt..hati pn tenang...hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu cikgu.. yg penting markah prestasi kita tinggi.. & kita sentiasa ada rezeki, hati senang & sihat tubuh badan. Ammiiinnn....

      Padam
  20. Sbnrya terlalu subjektif..kadang2 ada maksud tersirat..beban kerja makin bertambah..dgn apc...apa ada dgn apc..janji ank didik diutamakan...ttp bila beban kerja ada sama of cozla apc tu jd perlu ...kesian dgn org yg pulun buat kerja..yg dengki mst ada..so betulkan niat je..kita kerja utk rezeki yg berkat.

    BalasPadam
  21. Sek sy pon mcm gtu...cgu bru posting 8 bln da dpt apc . Pntadbir kt cgu2 kna buat pogem bru penilaian tinggi. Pntdbir x tgk pon pdp guru. Cgu yg naikkn nma sek smpi meletop2 upsr bbrp thn lngsung x de nilai tmbh utk apc. Ksian cgu2 . motivasi guru2 jdk turun wpun guru sbnrnya x de la harapkn sgt apc tu...tp mlihat pnilaian bersikal pilih bulu mmbuatkn timbul kasihn kpd rakan guru yg kt rsa ptut dpt brdasarkn kcmrlngn mmbangunkn murid.

    BalasPadam
  22. Saya buat kerja tak pernah terfikir pasal apc...sbb saya jenis pindah randah...3,4 tahun tukar sekolah....cuma saya jenis ikut dan buat apa yg di suruh...dan cepat respon n cepat siap kerja yg diberi....dan pernah mengharumkan nama sekolah dgn satu kejayaan di peringkat daerah.....dr situ pentadbir sgt suka berurusan dgn saya hinggakan nk cari org lain tanya saya.....tiada niat membodek....cuma niat memudahkan urusan....mungkin sbb tu saya dpt apc walaupun masih baru di sekolah itu...malu juga dgn senior2....harap2 tiada yg iri hati...penilai adalah manusia biasa...sedikit sebanyak dipengaruhi hal peribadi juga...

    BalasPadam
  23. Cikgu yg so so kena bagi anugerah cemerlang supaya bermotivasi. Yg sedia cemerlang x payah coz memang dah cemerlang. Tu la bijak namanya atur strategi motivasi. Strategi yg dah basi haha

    BalasPadam
  24. Rasanya cikgu Tanpa Nama tak dapat APC..sbb diri cikgu sendiri begitu...kerana cikgu seorang yang jujur dalam bekerja,tidak mengelat tapi tak pandai menonjolkan diri dan tunjukkan yang cikgu buat kerja. Keadaan cikgu ni banyak dilalui juga oleh ramai cikgu lain yang mempunyai stail kerja seperti cikgu... orang2 macam cikgu memang takkan popular/ada merit tinggi di mata sesetengah pentadbir....ada ke tak de pentadbir tak heran (kononnya)..sedangkan cikgu buat kerja, ikut apa pentadbir arahkan, masuk kelas macam orang lain..jadi ajk macam2 program macam cikgu lain, datang hari sabtu macam orang lain dsb. tapi agak pendiam dan tak pandai bermanis2.. jauh lagi mengipas pentadbir terutama pengetua..

    Tak per cikgu...di akhirat nanti pentadbir yang tidak adil akan ditanya Allah bagaimana dia menguruskan pentadbirannya dan orang bawahannya...Biar dia jawab..

    Cikgu teruskan rajin2 buat kerja kerana Allah...jangan give-up..apa sangatlah cikgu APC tu...memanglah best kalau dapat tapi..taklah cacat hidup kita kalau tak dapat kan..

    Hehehe....saya pun dah 20 tahun kerja tak pernah dapat, pentadbir pernah cakap..suruh saya tonjol2kan diri jika nakkan APC.., Dia kata.."macammana orang nak tau awak buat kerja kalau awak tak tunjukkan dan tonjolkan diri yang awak buat kerja.."

    saya kata tak apalah puan, saya selesa buat kerja begini dan tak pandai nak glamerkan diri saya...saya perli dia sikit...kat akhirat nanti pentadbir yang kena tanya adil atau tak dlm menilai orang bawahan...

    (Kalau pentadbir takut Allah, dia yang kena korek dan ambil tahu kerja yang dibuat oleh setiap org bawah dia...supaya dia boleh beri markah dengan adil dan tidak berlaku zalim...tak sepatutnya bergantung kepada siapa yang nampak menonjol)

    BalasPadam
  25. Alhamdulillah dan tahniah kpd guru yg mendapat APC.Rezki Ilahi kpd setiap insan yg terpilih.. teruskan usaha anda ..walaupun ada segelintir org lain yg menyatakan kita tidak layak pelbagai sbb...ya mungkin ada guru apc x masuk kelas, x siap rekod atau cuti.. namun mungkin mereka ada alasan yg kukuh dan blh diterima atas faktor tertentu.. mungkin ada atas sbb2 utk menjayakan sesuatu terjadi terabai sedikit kerja hakiki..namun blh diperbaiki..

    pada saya bkn mudah utk menjadi cemerlang pelbagai semua sudut.. baik dari tugas hakiki.. siapkan kerja buku persediaan,prestasi anak murid, koko .
    Belum lg aktiviti2 di luar rasmi..kadang2 niat dah tak berapa minat apabila di minta menghadiri di sesuatu majlis...itulah kadang2 menjadi sesuatu ukuran.

    APC juga menjadikan tarikan org akan melihat dimanakah cemerlangnya guru tersebut.. ukuran itu kadang2 payah nk dicari cemerlang seluruhnya. Ia perlu cemerlang ditempat kerja, cemerlang diluar rasmi, cemerlang diprogram2 org kg, cemerlang dr dlm rumah sendiri. Ada yg cemerlang diluar..tp dlm rumah anak2 jarang berjumpa dgn..sbb dek terlalu sibuk utk mengejar cita2.. mungkin terlalu sibuk aktiviti koko atau luar rasmi hingga selalu tidak masuk kelas..anak2 murid menjadi terabai.Justeru itu utk menjadi cemerlang keseluruhan bkn tugas kita semata2. Tetapi keihlasan dan doa dipermudahkan urusan sbnrnya menjadi guru cemerlang.

    Ada guru2 yg hanya menjalankan kerja hakiki shj..masuk punch card ikut time..lps tu blk punch card ikut time.. jarang sekali tgk anak2 murid yg balik lewat ke... atau sbgainya..apatah lagi melihat sekeliling sek.
    Yg kedua..kita dgn anak murid hendaklah anggap spt ank sendiri..pasti kita sedih melihat ank kita x pandai atau pun lemah dalam pelajaran..doa kan lah anak2 murid...
    Kadang selalu lihat ada segelintir guru marah2 dgn kata2 kurang menyenangkan..ingatlah...kata2 guru adalah satu doa..

    Ada yg segelintir guru suka membangkang pandangan atau pendapat sebelum diperhalusi krn mungkin atas sebab2 tertentu atau peribadi..ia perlu di tranformasi dan menjadi toleransi.

    Berbaik sangkalah kpd kadang2 guru yg bermasalah...mana tau..skrg dia bermasalah..esok2... kita pula yg lbh2 bermasalah...kan jadi haru..

    Ada segelintir menyatakan guru APC suka membodek guru besar atah di PPD.. namun kita harus ingat..menghormati ketua kan dituntut dlm agama..mungkin ada yg kurang bersetuju pandangan org atas..mungkin ada cara hemah kita blh lontarkan..drpd kita dgn bermasam muka..x cukup lg ditambahkan dgn mimik muka..jd perlu lah jaga hati org atasan..brulah kita dihormati.yg salah memfitnah...tp sekadar bodek bos..apalah salahnya..dia kan ketua kita....

    Tujuan penulisan ini adalah luahan hati yg x dpt nk sampaikan ditempat kerja..namun percayalah..Apc juga adalah anugerah Ilahi walaupun ia adalah hanya ukuran dimata manusia...
    Jadi kita hendaklah hormat setiap keputusan yg telah ditetapkan.Bkn mudah org yg bertanggungjawab utk memberi markah..ia perlu diteliti dan diperhalusi dgn sebaik-baiknya.

    Sy suka baca komen2 yg positif diatas..antaranya kita berkhidmat dgn ikhlas.namun keihlasan itu bkn keluar dr kita sbnrnya.tetapi org yg melihat cara kita bekerja.

    Semoga didoakan semua guru2 di Malaysia khasnya yg mencari bagaimana utk mdpt Apc..akan menerima anugerah APC hendaknya.

    BalasPadam
  26. Kerja kerana Allah sb akan rasa sakit bila x dpt anugerah yg diharapkan.

    BalasPadam
  27. Pernah dicalonkan utk 2015,tp ditarik balik sbb nk bagi pada kerani dan pk 1 yg akan bersara pd thn 2016..kedua2nya prnh dpt apc 2 kali sblm ini..kuota terlebih,redha,anggap bkn rezeki..

    BalasPadam
  28. Sy bukan kerja di bhgn pendidikan namun masih di sektor kerajaan...
    Hampir 11 thn berkhidmat dan telah merasa bertukar ketua sebanyak 4 kali di bhgn yg sama. Maksudnya bos naik pgkat/ bertukar dan dpt bos baru. Sy bukan jenis kaki bodek. Dalam tempoh 8 tahun pertama....sy mmg bersemangat bekerja...kerja² ngo pun sy suka buat..kerja² ngo ni maksudnya kerja bukan dlm senarai kerja hakiki..cthnya jd ajk hiasan raya lah..ajk ramadhan lah..dan mcm² lah... Masuk tahun ke 9, 10 dan 11 semangat bekerja sy kian pudar kerana sy merasakan sumbgn sy tidak dihargai... Sememangnya jauh dr sudut hati....merasakan kenapa aku tidak layak menerima apc..semua sasaran kerja thunan ku telah kucapai..markh lnpt lebih 90. Tp semuanya sy pendamkan di dalam hati.. Ini pertama kali sy luahkan isi hati sy.... Sedikit sebanyak ia membuatkan sy malas dan kurang berminat utk bekerja..Tiada keseronokan lg.. Utk kerja² ngo,sy mmg elak utk libatkn diri... Sekarang ni syh hny buat kerja skt sy shj... Dan bnyk diamkan diri... Sy cuba utk buang rs xseronok bekerja namun kdg² sy tewas.. Rs negatif itu dtg juga.. Sy berharap sy akan dpt bertukar ke jbtn lain supaya semangat dan suasana baru dpt memulihkan semangat bekerja sy....

    BalasPadam
  29. Assalam cg mi..saya baru di sekolah baru ni..saya terkejut tengok keputusan online tu..saya dapat apc...saya ni kaki melawan pihak pentadbir...saya juga ada minta tukar sekolah lain sebab rasa bosan dgn perangai pentadbir saya..tapi knapa saya yg dpat apc...rasa nak bagi apc tu kpd yg cg2 yg lebih berhak...kesian mereka...

    BalasPadam
  30. Dapat sekali kat sekolah lama...kat sekolah skrg ni dah masuk tahun ke 6..tak pernah nampak pun markah prestasi tu...tak nak tanya pun...tak mengharapkan sebab sekolah skm,setiap tahun gilir2 dpat sama ada cikgu atau staf..dh tu ngajar kelas pemulihan yg muridnya ade 2, 3 org je

    BalasPadam
  31. Assalamualaikum, selamat petang... Saya adalah antara guru yang tidak pernah menerima APC sejak bertahun-tahun bekerja. Memang niat bekerja untuk pelajar & kepuasan diri... tapi bila tidak menerima pengiktirafan, rasa TERAMAT SAKIT HATI. Sejak bekerja di sekolah sekarang, saya tahu apa yang saya buat. Malangnya, aktiviti kokurikulum yang saya bawa pelajar walaupun latihan dibuat, tidak menang. Mengajar pelajar subjek yang susah, usaha bertubi-tubi, ada saja bahan tambahan terutama dari internet, tanda buku pelajar lagi. AJK itu ini. Setiausaha itu ini. Lagi-lagi saya dapat satu tugas berat (adalah tu) tapi semuanya jenis kerjanya belakang tabir. Dalam seminggu selalu stayback sampai semua kereta dah tiada, termasuk Pen. Kanan... pengetua semua dah balik. Dulu pernah lagi datang malam siap kerja, latih pelajar. Semuanya tidak dipandang... selalu awal tahun semangat bekerja tinggi. Selepas APC down sangat.... semangat langsung tiada. Rasa sedih & tidak dihargai. Bukannya dengki. Tapi ya, memang tidak puas hati. Sangat hampa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  32. APC @ Anugerah Paling Controversy...kih...kih..bila dapat tahu markah yg kiter dpt lebih rendah brbnding teman team year 6...memang down...alih2 markah tu yang ketiga rendah berbanding semua guru kat seklah..rasa sgt2 x dihargai..actually bkn apc yg teman nak...tpi biarlah markah tu sama level dgn org lain...mengjar klas blakang tpi result upsr cantik...gpm lagi...so sad...and hingga today semangat memang hilang.

    BalasPadam
  33. APC @ Anugerah Paling Controversy memang betul. Lebih-lebih lagi jika kita dipanggil oleh GB beberapa jam sebelum surat diberikan dalam majlis ringkas.
    Kita dimomokkan sebagai calon markah yang tertinggi pada tahun semasa. Namun nama tidak naik. Yang naik calon ketiga markah ketiga dan 2 calon yang tidak dicalonkan oleh sekolah mengikut kata GBlah. Pertemuan itu siap menunjukkan markah yang diberikan dan email kepada PPD lagi sebagai bukti kita merupakan calon yang tertinggi markah yang diberikan.lagi haru siap menyatakan mungkin tahun ini kita tidak dapat sekiranya PPD merngikut bakul DG kita. Tahun 2016 bakul DG41 dan DG 42...mungkin tahun 2017 bakul DG 44 dan DG 48 sahaja yang digunapakai. Apakah perasaan kita disitu? Kesangsian timbul disitu?
    Sudahlah sedang berduka lara... terus di campakkan motivasi lagak badut sarkas.

    BalasPadam
  34. APC @ Anugerah Paling Controversy...lucu jg ya nama ini. Pada hemat saya, sebaik2nya barangkali pentadbir menilai orang bawahannya setelus2nya. Berikan kepada yg benar2 layak dan nampak jelas sumbangan, kerja keras dan usaha bersungguh-sungguh org tersebut, barulah tiada kontroversi. Betul tak. Apa2pun kita bekerja saja dengan ikhlas dan bersungguh2 seolah2 hari ini adalah hari terakhir kita bekerja. Barulah seronok dan bermotivasi..kannn

    BalasPadam
  35. Kalau diikutkan...pentadbir sendiri dibuat penilaian dan diberi anugerah dalam masa yang sama mereka pikul tanggungjawab dlm memberi penilaian...tidak dinafikan jika ada pentadbir yang pilih bulu dalam memilih calon yang layak tetapi perlu diingat kuota apc bergantung kepada bilangan guru semasa dan sekiranya ramai yang prestasi cemerlang mungkin perlu dilihat pula dari segi senioriti dan bukan semua pentadbir bersikap negatif...apabila kita berada di tapak pengurusan kita akan rasa situasi tersebut dan pada ketika ini kita perlu ingat semula apa yang kita buat semasa kita bukan pentadbir dahulu....ramai yang bila sebut pasal apc...mesti fikirkan kerja buat hakiki sahaja iaitu mengajar tetapi ramai yang abaikan hal2 lain yang mana aspek dinilai sama kecemerlangan guru termasuk hubungan baik sesasama guru dan guru dengan pentadbir...kalau kerja buat cemerlang tapi suka kondem pentadbir itu akan menjadikan markah kita rendah dan jangan fikir itu kerana dendam...tapi penilaian sahsiah diri...in shaa Allah kita pakat sama jaga hubungan br kerja buat seronok...akhir kata..kalau belum dapat apc bukan sebab kita tak cemerlang...tetapi mungkin belum ada rezeki....nanti akan sampai masanya..

    BalasPadam
  36. Adakah gaji kita yang 60 peratus tinggal memainkan peranan dalam APC.

    BalasPadam
  37. Adakah gaji kita yang 60 peratus tinggal memainkan peranan dalam APC.

    BalasPadam
  38. Sy dpt apc th ni..2018
    ...tapi sy rasa saya x layak mendapatnya...sungguh terkejut...mungkin rezeki saya...apa pun alhmdulillah

    BalasPadam
  39. Tak terlintas nak kejar APC. Kerja perlu ikhlas.Peace.

    BalasPadam
  40. salam....layak ke tak belakang kira...kalu dah rezeki tak kemana..

    BalasPadam
  41. saya dapat untuk 2018.tu pun setelah berkhidmat selama 23 tahun. cuba bayangkan. pertama kali dapat

    BalasPadam
  42. Apc bkn segalanya.tahniah kpd yg dah dpt.kpd yg blm teruskan perkhidmatan jgn bersedih walau tak dinafikan sedikit sebyk hati terasa juga lbh2 jika hanya kita seorg di sek tu yg tlh berpuluh thn berkhidmat tapi tiada rezeki lgi mendpt apc.yg ptg keikhlasan ...

    BalasPadam
  43. APC betul-betul kontroversi. Saya juga penilai dan dinilai. Nama sendiri dicalonkan oleh pengetua tetapi ditarik balik. Apa-apa pun berbaliklah kepada rezeki. Ikhlas kerana Allah, insya Allah Allah gantikan dengan yang lebih baik. Malu saya jika nama terpampang sebagai penerima APC tetapi kerja tak secemerlang mana. Banyak merungut daripada bekerja...ya Allah semoga peristiwa hitam ini menyedarkan diri kita bahawa penilai yang sebenar ialah Allah jua...

    BalasPadam
  44. Cikgu Hailmi dah GC. No problem kalaupun xde apc. Hehehe...

    BalasPadam
  45. letakkan apc tu sebagai rezeki masing2...walaupun cg yg sama dpt apc...terimalah dengan hati terbuka....pelajaran redha dari Allah amat bermakna jika kita mampu menghadapinya....sy takkan marahkan cg2 yg dpt apc...pentadbir puncanya....lagi elok jika apc dihapuskan...meringankan beban hati cikgu menanggung ketidakpuashatian....hehehehee...sy yg tak pernah dpt apc...sekian

    BalasPadam
  46. Saya pekerja gred 41 dah kerja 10 tahun semua kerja dilambak dekat saya langung tak pernah diberikan APC malah ditengking di hina dipaksa bekerja dengan beban kerja 10 orang..

    BalasPadam
  47. hehe..tak dapat APC pon tak apa. Apalah sangat nak banggakan dgn habuan 1000 ringgit tu. Takot sebenarnya dgn APC ni, takot orang keliling mengata. Mulut org pasti bercakap jika tidak senang melihat kejayaan orang lain. Sebenarnya, tak kaya pon kita dgn dapat habuan 1000 ringgit itu. bahkan, kita lebih selamat jika tak terima 1000ringgit itu. Malu saya terima duit sekecil itu. Untuk apa lagi terdesaknya kita dgn habuan 1000 itu kiranya kita sudah punya tanah kebun berekar ekar luasnya, tanah tanah lot, sudah punya banglo dan rumah teres, simpanan saham saham, bergaji tetap, mobil dan motor, teman teman seperjuangan yang baik hati budi. Apalagi yang mau diburu dgn 1000 ringgit, bagi saya, orang yang memburu duit sekecil itu seperti orang miskin...!!!

    BalasPadam
  48. hehe..tak dapat APC pon tak apa. Apalah sangat nak banggakan dgn habuan 1000 ringgit tu. Takot sebenarnya dgn APC ni, takot orang keliling mengata. Mulut org pasti bercakap jika tidak senang melihat kejayaan orang lain. Sebenarnya, tak kaya pon kita dgn dapat habuan 1000 ringgit itu. bahkan, kita lebih selamat jika tak terima 1000ringgit itu. Malu saya terima duit sekecil itu. Untuk apa lagi terdesaknya kita dgn habuan 1000 itu kiranya kita sudah punya tanah kebun berekar ekar luasnya, tanah tanah lot, sudah punya banglo dan rumah teres, simpanan saham saham, bergaji tetap, mobil dan motor, teman teman seperjuangan yang baik hati budi. Apalagi yang mau diburu dgn 1000 ringgit, bagi saya, orang yang memburu duit sekecil itu seperti orang miskin...!!!

    BalasPadam
  49. Kawan saya 3 kali dpt APC....mmg die asik ckp je...nak APC nak APC...Sbb tu la dpt smpai 3 x....

    BalasPadam