Hari ini jadi sejarah tersendiri kepada blog CiKGUHAiLMi apabila mencatatkan rekod 20,000 pengunjung setiap hari selama 1 bulan ini. Saya sendiri tak pasti sama ada trafik sebegitu boleh dibanggakan atau pun tidak. Tak pernah tanya orang punya macam mana. Tetapi kalau secara analisis sendiri, memang saya rasakan sesuatu yang boleh dibanggakan juga kot.

Trafik 20 000 Pengunjung Setiap Hari Selama Sebulan

Dulu-dulu masa mula berblogging hujung tahun 2012, nak dapatkan trafik 200 orang pengunjung sehari pun dah semput rasanya nyawa. Macam-macam benda kena buat. Post sana sini. Share kat Facebook. bla3. Jadi saya rasa, 20, 000 pengunjung nih satu jumlah yang agak ok lah agaknya. Trafik untuk sebulan juga mencecah 900,000.

Punca trafik sememangnya banyak datang daripada carian pasal PBS Sains. Penyumbang utama trafik. Lagi-lagi sejak bermula tahun 2014 nih. Macam dah ramai ja pelajar yang 'terperangkap' ke blog saya nih kalau nak mencari bahan pasal PBS Sains. Alhamdulillah, semoga ilmu yang dikongsikan tu menjadi manfaat untuk mereka.

Bab ranking kalau dulu ada jugak lah ambik port. Tapi sekarang sejak asyik jatuh ja ranking nya, maka saya pun dah malas nak melayan. Selagi trafik pengunjung ke blog ok, saya rasa itu dah mencukupi.

Sejak awal tahun ini juga carian dengan keyword 'cikgu hailmi' juga kerap menyinggah ke blog saya. Bermakna jenama 'cikgu hailmi' tuh dah ada yang mula kenal dan tahu. Satu perkembangan yang baik. InshaAllah, saya akan terus berusaha menyediakan bahan-bahan yang lebih bagus dan lebih bermakna. Semua pun dapat manfaat.

Kepada yang dah menyumbang kepada trafik blog yang sebegini, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak. Tanpa sumbangan anda ini, mana mungkin saya terus bersemangat untuk berkongsi dalam dunia maya ini.

Owh ya! Jangan lupa juga untuk terus follow blog ini dengan LIKE page facebook CiKGUHAiLMi dan juga subscribe channel Youtube CiKGUHAiLMi. Kadang-kadang kalau tak sempat nak update kat blog, dua tempat ini lah yang jadi sasaran untuk saya berkongsi.

Kalau tuan/puan ada tips lagi nak naikkan trafik sampai ke 30 000 ke, sila kongsikan yer.. Mudah-mudahan lebih ramai yang mendapat manfaat.. Terima kasih! ;)