About Me

Rayuan Pertukaran EGTukar : 3 Negeri Dibekukan

Tiga negeri di Semenanjung dikenal pasti mempunyai lebih guru yang menyebabkan permohonan pertukaran ramai pendidik dari luar ke negeri terbabit terpaksa dibekukan.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata Kelantan mencatat jumlah lebihan guru paling ramai, iaitu 30,000, diikuti Terengganu dan Kedah, masing-masing mempunyai lebihan 10,000 guru. 


Rayuan Pertukaran EGTukar

Katanya, ramai guru berasal dari tiga negeri terbabit bertugas di luar terutama di Sabah dan Sarawak, memohon bertukar ke negeri kelahiran mereka, tetapi terpaksa ditangguhkan atas alasan itu. 

“Antara masalah lain ialah mereka yang memohon tidak memenuhi kekosongan opsyen (aliran) yang diperlukan.

Ramai pemohon daripada aliran Bahasa Melayu, sedangkan keperluan ialah guru Bahasa Inggeris atau pemohonnya guru Sejarah tetapi keperluan adalah untuk mengajar Sains,” katanya.

Sehubungan itu, Idris berkata, mesyuarat peringkat kementerian akan diadakan pertengahan bulan ini bagi membantu guru yang mempunyai alasan kukuh untuk bertukar seperti ibu atau ayah sakit, hendak bersama isteri atau suami yang sudah lama tinggal berjauhan selain masalah keselamatan atau sakit.


“Kementerian bersimpati dengan masalah yang disuarakan guru terbabit, terutama masalah keluarga seperti suami isteri yang berjauhan dan kesihatan ibu bapa,” katanya selepas menyampaikan bantuan pendidikan antara RM500 hingga RM1,000 kepada pelajar miskin di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di sini, semalam.



Sumber

p/s: Mesyuarat rayuan pertukaran EGTukar akan diadakan pada pertengahan bulan ini. Semoga berjaya  bagi yang memohon. Amin! 


Untuk Contoh Surat Rayuan Pertukaran, boleh klik di SINI




Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. semoga ada berita gembira pada kali ini bagi mereka yang berkenaan.

    BalasPadam
  2. Amin ya rabbal a'lamin....

    BalasPadam
  3. kelantan memang sedia maklum..kesian kawan2 kelantan yang pjj..cikgu hailmi try ler minta kl, sentiasa mengalu-alukan kemasukan cikgu..at least berada di semenanjung dah senang hati kan? ;)

    BalasPadam
  4. InshaAllah.. doakan yang terbaik yer.. ;)

    BalasPadam
  5. kedah lebih guru tapi permohonan pertukaran saya dari kedah ke perak tidak diluluskan..:-))

    BalasPadam
  6. Sy Dan suami berjauhan daerah selama 6 thn di Sabah. Tp x dpt tukar semnjg. Kwn2 br 2 thn, dpt dh. Kwn2 yg posting sama dn tinggal sekali pun sng dpt. Mcm mana tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. mereka yang dpt berpndah biasanya menggunakan org politik..sebab tu lah setstem pertukaran guru berlaku ketidakadilan n kezaliman yang berlaku terang-terangan di hadapan kita cthnya..baru berkhidmat disek tersebt tlh dpt bertukar

      Padam
  7. Kwn2 yg Blum sah jwtn dpt dh. Ramai jgk kwn2 dpt kelntan bln mei baru2 ni. Ada suami kwn dr pulau ke darat thn lps bila mohon terus dpt smnjg thn ni. Mcm mana tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. heran bin jaib kan...x apalah.. Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil...saya dah 14 tahun di johor..rakan seangkatan, seopsyen suami isteri dah lama balik terengganu... dari anak 1 sampai anak 4...aku masih di sini....

      Padam
  8. Saya jg dh 3 thn berasingan dgn suami. Suami pindah ke kedah. Saya jg mengalami stress yg menyebbkan saya perlu dptkan rawatan dan ubat. Thn in pula dh 3 kali rumah saya diintai n cuba dimasuki org xdikenali. Report polis dh d buat. May be org tau yg tiada org lelaki di rumah,hanya saya n 3 anak perempuan. Pihak kementerian kata xterima laporan tu sbb laporan biasa. Adakah bila berlaku insiden yg x diingini baru saya dbenarkan berpindah.

    BalasPadam