About Me

10 Gajet Terbaik 2013

Setahun dua ini memang banyak gajet-gajet terkini yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat gajet. Kalau dulu istilah gajet juga hanya terhad kepada barang teknologi tertentu, namun kini penggunaannya jauh lebih meluas. Dengan semakin majunya teknologi, maka gajet yang dihasilkan juga semakin hebat, semakin nipis dan semakin berkualiti tinggi. Apa kata jom kita tengok 10 gajet terbaik untuk tahun 2013.


10. Samsung Curved Glass LCD TV
10. Samsung Curved Glass LCD TV
Samsung memang merupakan antara pemacu teknologi yang sentiasa terkehadapan. Rekaan melengkung ini bertujuan memberikan kesan panorama seolah-olah kita berada di tempat tersebut. TV melengkung 55 inci ini dijual dengan harga USD9000.


09. Windows Tablet 8
09. Windows Tablet 8
Di saat ketika semua syarikat berlumba-lumba untuk menghasilkan gajet paling kecil dan paling nipis, Windows mengambil inisiatif menggabungkan tablet dan juga pc. Dengan memori 64GB, gajet ini dijual pada harga USD799.


08. Lenovo Thinkpad Helix
08. Lenovo Thinkpad Helix
Thinkpad ini mendapat tempat kerana kebolehan gajet ini untuk berubah daripada laptop kepada tablet apabila skrinnya dicabut daripada keyboardnya. Dijual pada harga USD1500.


07. Kindle Fire
07. Kindle Fire
Pada mulanya gajet ini adalah untuk bacaan ebook dengan kerjasama Amazon.com. Dengan terhasil sekian banyaknya tablet, Kindle berubah menjadi tablet yang lebih banyak kegunaan. Harga jualan USD159.


06. iPhone 5
06. iPhone 5
Smartphone daripada jenama kental ini mempunyai kelompok peminat yang tersendiri. iPhone terus berevolusi menghasilkan smartphone yang semakin bijak daripada smartphone lain bagi memastikannya terus boleh bersaing. Harga jualan USD580.


05. Motorola Atrix
05. Motorola Atrix
Motorola juga masih terus berdaya saing dalam menghasilkan smartphone yang terkehadapan. Atrix ini boleh bertindak sebagai laptop jika diletakkan pada deck nya.


04. wii U
04. wii U
Gajet games yang terkenal ini sudah tentu mempunyai ramai peminat di seluruh dunia. Antara pencipta evolusi dalam dunia permainan games, wii muncul dengan gajet yang lebih banyak fungsi dan juga rekaan yang cantik. Harga jualan USD 299.


03. Samsung Galaxy 4
03. Samsung Galaxy 4
Samsung merupakan jenama yang cukup berdaya saing dalam menghasilkan gajet terbaru yang berteknologi. Rekaan semakin nipis, ringan dan banyak fungsi lain. Harga jualan USD 600.


02. Nvidia Project Shield
02. Nvidia Project Shield
Gajet permainan yang boleh dibawa ke mana-mana ini tidak mendapat publisiti yang meluas pada saat mula-mula dikeluarkan. Namun dengan kehebatan grafik dan juga fungsi lain, maka gajet ini mudah untuk mendapat tempat dalam kalangan peminat. Harga jualan USD 299.


01. Google Glasses
01. Google Glasses
Dah tentu gajet ini tak perlu nak diperkenalkan lagi. Ianya adalah seolah-olah meletakkan satu skrin komputer di depan anda yang boleh berfungsi dengan baik dan dengan fungsi yang pelbagai.


Semoga pada tahun mendatang, lebih banyak rekaan dan inovasi yang dilakukan pada alat-alat teknologi. Selagi perkara itu mendatangkan manfaat, maka usaha-usaha inovasi ini adalah amat digalakkan. Kita tunggu apa pula teknologi baru yang akan diperkenalkan pada tahun depan. Pasti penuh dengan kejutan!

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Cikgu Hailmi, belanja sy Samsung Galaxy S4 satu please! ;p

    BalasPadam
  2. untuk nvidia project shield cigu,graphic dia berdasarkan kita punya komputer jgk...kalau bagus komputer graphic kita,cantek la yg kita nampak di skrin nvidia project shield tu cigu...tapi cool la jugak boleh main game yg graphic cun dlm 1 console yg portable...

    BalasPadam
  3. Saya pun suka dengan Google Glass tu..
    Tolong ar sapa2 hadiahkan untuk saya.. ;)

    BalasPadam