About Me

Langkah Pertama Sebagai Penulis Buku

Alhamdulillah.. Hari ini dapat kejutan ketika berlangsung mesyuarat kecil Panitia Kimia untuk membincangkan buku kerja yang akan digunakan pelajar aliran Sains pada tahun 2014. Dalam 6-7 buah buku yang menunggu untuk dipilih, ada 2 buah buku yang paling mendapat perhatian saya, iaitu 2 buah buku yang kat bawah ni..

Fly High Kimia Tingkatan 4 dan 5 terbitan Cerdik Publications

Tak perasan?.. Tak faham?.. Hmm.. Cer tengok nama penulis buku tuh.. ;) 

Suratan atau kebetulan?.. Yer, nama saya lah itu! Alhamdulillah, dah selamat diterbitkan pun 2 buah buku saya yang pertama nih. Kedua-dua buah buku adalah buku Fly High Kimia untuk Tingkatan 4 dan 5 terbitan Cerdik Publications untuk tahun 2014. Kedua-duanya menggunakan dwibahasa dan boleh ler cuba-cuba tengok kat kedai-kedai buku yang berhampiran dengan anda kalau-kalau berminat. Jangan risau, saya tak untung pun kalau kamu borong buku tuh banyak-banyak kat kedai buku!

Camana boleh terbabit dalam bidang ini?. Semuanya bermula pada awal Mac tahun ini apabila saya mendapat satu emel daripada wakil syarikat tersebut. Sebenarnya ada lagi 2 syarikat penerbitan yang turut berminat untuk mengambil saya sebagai penulis buku mereka. Namun selepas mempertimbangkan banyak perkara, maka akhirnya saya pilih untuk bersama dengan Cerdik Publications. Jadi dipendekkan cerita, selepas 7 bulan, maka ini lah hasilnya!

Soal bayaran tak perlu tanyakan kepada saya. Sebab saat awal-awal lagi keterlibatan saya dalam bidang ini bukan lah bagi tujuan tersebut. Hanya sekadar mencari pengalaman. Alhamdulillah dengan rezeki Allah. Semoga kehadiran 2 buah buku ini menjadi inspirasi kepada saya untuk terus berusaha dengan lebih gigih dalam bidang pendidikan... Amin!


Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. tahniah cikgu..wah..mesti masyuk :-)

    BalasPadam
  2. terima kasih.. tak masyuk pun.. biasa2 saja.. ;)

    BalasPadam
  3. tahniah. saya teringin nk buat macam cikgu..tapi mungkin masih baru belajar..baru lagi posting last year.. so byk lagi yg perlu dipelajari.... semoga semangat terus membara..=)

    BalasPadam
  4. terima kasih shezz.. takpe.. masih muda lagi, masih ada banyak masa lagi..
    saya pun ambil masa 7 tahun mengajar baru berani nak buat langkah nih..
    InshaAllah kalau ada rezeki memang tak ke mana.. ;)

    BalasPadam
  5. Tahniah Cikgu.. Saya baru berkesempatan membaca entri-entri di blog cikgu ini.
    Pasti ramai anak murid yang mendapat manfaat daripada tulisan cikgu.

    BalasPadam
  6. Tahniah! Boleh cikgu kongsi bagaimana proses menyiapkan buku ini. Saya ingin belajar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Cikgu Rabia.. inshaAllah ada kesempatan nanti saya kongsikan

      Padam
  7. Cikgu mcm mana saya nk berurusan dngn owner buku tuh ? Kami ingin memebelinya . Boleh saya nak minta nmbr .

    BalasPadam