About Me

ePenyata Gaji Pula Kena Hack?

Aduih.. belum selesai kes cikgu-cikgu yang tak terima gaji kerana ditipu oleh skandal internet terbaru, laman web ePenyata Gaji pula sekarang ni yang mungkin kena hack / godam. Bagi anda yang selalu buka laman web tersebut, pasti terperasankan ada 'nota tambahan' yang terdapat pada muka hadapan laman web tersebut. Nota tambahan tersebut meminta agar pemilik akaun mengemaskini nombor akaun, emel dan juga no telefon bagi tujuan menambahbaik sistem. SILA JANGAN KEMASKINI!!

ePenyata Gaji Pula Kena Hack

Macam-macam betul cara orang sekarang ni nak menipu. Tak cukup dengan kes curi dan samun kat luar, dalam dunia maya nih pun nak menyamun duit orang! Kreatif dan bijak! Tapi sayang, digunakan pada tempat dan perkara yang tak betul. Kalau digunakan pada cara yang betul, mungkin industri ICT Malaysia ni dah jauh lebih maju daripada negara-negara lain.

Bagi para pengguna pula, diharapkan anda supaya lebih berhati-hati. Bila dah banyak sangat kejadian sebegini berlaku, langkah waspada perlu diambil oleh semua orang. Sebabnya si penyamun perompak ni dah makin tak kenal mangsa. Semua orang nak ditipu. Laman web kerajaan pun kena hack. Jadi, kita sebagai pengguna ni perlu cukup hati-hati setiap kali melayari internet.

Seperti kata SKMM, Sila KLIK DENGAN BIJAK!! ;) 



# Ada juga sebilangan pihak yang mengatakan perkara kemaskini maklumat ini memang dilakukan oleh pihak ANM, bukan hack atau virus. Walaubagaimanapun ada juga pihak lain yang mengatakan perkara ini adalah hack / virus seperti komen-komen yang anda boleh baca di bawah. Emel saya kepada pihak admin ANM bagi mendapatkan pengesahan berhubung kes ini juga tidak berbalas.

Jika perkara ini adalah TIDAK BENAR, saya mohon maaf atas sebab menyebabkan kepanikan kepada pembaca. Mohon juga kepada kita semua untuk melihat kes ini adalah kebarangkalian yang mungkin boleh berlaku pada bila-bila masa pada sesiapa sahaja. Sekurang-kurangnya, ada sedikit kesedaran dan akan bersikap lebih berhati-hati pada masa akan datang berhubung dengan apa-apa kemaskini data peribadi di internet secara online.

Saya akan kongsikan maklumat lain lagi jika mendapat pengesahan daripada mana-mana pihak berhubung dengan kes ini. 

Catat Ulasan

27 Ulasan

  1. kena lebih hati-hati la lepas nih ek..

    BalasPadam
  2. Tak payah kemaskini dulu, sy refer dgn admin terus pasal ni..dorang kata ada yg tak kena jdi jgn update..

    BalasPadam
  3. WOW!! Laman web AKKM pun boleh kena hack!

    BalasPadam
  4. oh cikgu sains.. sy pn slalu kt lab sains.. jd pemikiran sy pn mcm cikgu jugak.. sy dh syak ada yg x kena sblum ni lagi.. manusia mmng smakin kratif dlm mnipu.. jd kita musti kreatif dlm brfikir.. supaya x jd mangsa..

    BalasPadam
  5. Sesuatu untuk kita fikirkan bersama, kalau hackers dah hack web ANM, buat apa lagi hackers mintak details anda semua. Hackers dah dapat semua. Kalau x, x bermakna la hack ANM. Hackers x bodoh, dorang buat sesuatu yang kita langsung x nampak, yg tahu2 dah hilang semua. Ok, jangan jadi panik, kalau nak jadik jugak better be betul2 panik, g buat repot Polis. Ok chow...

    BalasPadam
  6. Setakat yang diketahui, sememangnya bahagian tersebut merupakan penambahbaikan sistem.

    "Dlm mana2 skrin website epayslip xde mnta masukkan no akaun..kecuali..sekiranya user lupa kata laluan..then kena masukkan no akaun..utk retrieve password.

    Ayat kt bwh tu dh nyatakan..key-in no akaun bagi tujuan daftar semula.so..klu xde kes lupa password..sistem xkan minta no akaun..

    berkenaan update no phone & provider..itu mmg di minta utk tujuan penambaikan sistem. sekiranya user memilih utk tidak update, xde mslh pape. no phone hanya utk simpanan sistem bg tujuan alert notifikasi."

    kredit: FB PERJASA

    P/S: Sila jangan panik atau post ape2 yg tidak benar berkaitan kerajaan/aplikasi kerajaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku pun paham mcm tu jugak. sebelum ni selalu je password aku 'bertukar' tanpa pengetahuan aku. kalau sebelum ni sesapun boleh reset password slip gaji kita kita sebab sistem hanya mintak no. gaji je bila nak reset password. dgn update no.tepon, kita akan dpt sms makluman bila nak reset password, lebih selamat

      Padam
  7. Tak perlu spekulasi dan jgn lakukan apa2.. kita nantikan makluman dari portal anm (layari:http://portal.anm.gov.my/main.php)

    PERINGATAN

    JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM) MENASIHATKAN KAKITANGAN AWAM TIDAK MEMBERIKAN MAKLUMAT PERIBADI DAN NO. AKAUN BANK (GAJI) KEPADA SUMBER TIDAK SAH DAN BERHUBUNG TERUS DENGAN JANM NEGERI DAN CAWANGAN ATAU JABATAN MASING-MASING UNTUK PENGESAHAN DAN SEBARANG PERTANYAAN.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah lah sekiranya perkara ini tak betul..

    Alhamdulillah sekali lagi juga sebab sekurang2nya dapat memberi kesedaran kepada ramai pengguna internet supaya lebih berhati2 ketika menggunakan internet pada masa akan datang..

    Semoga boleh menjadi pengajaran berguna buat semua.. ;)

    BalasPadam
  9. Berikut merupakan maklumat sebenar Sistem ePenyata Gaji.
    Untuk makluman pihak tuan/puan, sistem ePenyata Gaji telah dibuat penambahbaikan mulai 11 Sept 2013. Bagi tuan/puan yang lupa kata laluan, sila gunakan link Lupa Kata Laluan. Ikuti arahan berikutnya bagi memperolehi kata laluan asal. Sekiranya tuan/puan berniat hendak Daftar Semula, klik pada butang Daftar Semula. No. Akaun bank perlu dimasukkan bagi pengesahan sistem. Sistem akan membenarkan tuan/puan membuat pendaftaran semula sekiranya maklumat No. Akaun bank yang dimasukkan adalah benar. Tuan/puan akan menerima notifikasi melalui sms dan email sekiranya berjaya Daftar Semula. Notifikasi ini dihantar kepada tuan/puan sekiranya pihak tuan/puan telah mengemaskini maklumat profail tuan/puan iaitu No. Tel dan Email sebelum melakukan Daftar Semula. Sekiranya maklumat profail tidak dikemaskini sebelum ini, maka tiada notifikasi yang akan dihantar kepada pihak tuan/puan meskipun tuan/puan berjaya mendaftar semula. Untuk makluman pihak tuan/puan, link Pertama Kali Mendaftar hanya boleh digunakan bagi penjawat awam Kerajaan Persekutuan yang berstatus baru sahaja.

    Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, penambahbaikan ini tiada kaitan dengan “hacker” sebagaimana yang dihebohkan melalui sms/mms/email/notis-notis palsu/laman blog/FB dan sealirannya. Bagi “gaji guru hilang” juga tiada kaitan dengan sistem ePenyata Gaji. Perkara ini telah dijelaskan oleh Timbalan Menteri Pendidikan melalui akhbar Utusan Malaysia bertarikh 04.10.2013 melalui ruangan Dalam Negeri. Bagi tuan/puan yang berkhidmat di sekolah, sekiranya terlepas membaca akhbar tersebut, sila dapatkan di perpustakaan sekolah (sekiranya masih terdapat dalam simpanan). Untuk makluman pihak tuan/puan No. Gaji dan No. Akaun adalah sulit dan tidak boleh didedahkan kepada pihak ketiga. Perkara ini telah dijelaskan melalui Pekeliling Bil. 3 Tahun 2010 Jabatan Akauntan Negara Malaysia di perenggan 4.3 dan perenggan 1.5 Terma Panduan Pengguna.

    Diharapkan penjelasan ini jelas dan boleh difahami oleh pihak tuan/puan serta dapat menghilangkan keraguan pihak tuan/puan terhadap sistem ePenyata Gaji. Sebarang pertanyaan pihak tuan/puan boleh menghubungi Unit ePayslip ditalian 03-8882 1000. Sekiranya pihak tuan/puan mempunyai rasa bertanggungjawab, sila kongsikan entry ini untuk memaklumkan perkara sebenar kepada penjawat awam yang lain melalui sms/mms/email/notis-notis benar/laman blog/FB dan sealirannya.
    Sekian.

    Daripada : Pegawai Bertanggungjawab

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas penjelasan ini...
      InshaAllah saya akan kongsikan dengan pembaca blog ini..
      Terima kasih sekali lagi

      Padam
  10. Saya mmg diminta kemas kini maklumat setelah log in. Bukannya kemas kini sebelum log in. Maklumat yg perlu dikemas kini ialah memasukkan nombor telefon dan email, tapi tidak terdapat permintaan utk memasukkan nombor akaun bank. Jadi, saya tak pasti samada kemaskini info tu mmg diminta oleh admin ANM ataupun website ini telah diceroboh. Setahu saya, jika kemaskini dilakukan selepas log in, maka ianya bukan diceroboh. Tetapi pada hari ini 10 OKT 2013, saya tidak dapat log in keranawebsite under maintainance. Tak tahu la apa sudah jadi. Sekadar berkongsi info.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya juga mengalami masalah yang sama. Banyak kali dah cuba, tapi tak dapat. Close, buka lagi, pun tak dapat. Cuba lagi, hari lain, bulan lain, tapi masih tak dapat. Last kali, aku cuba buka kat cyber café..Ehh...dapat pulak. Kenape ye...
      Harap yang pakar dapat memberi tunjuk ajar.

      Padam
    2. awak kene pakai IE9

      IE10 jugak tak work, kalau tak work awak tekan F12 developer tools, dan tukar jadi ke IE9. Sekian terima kasih.

      Padam
  11. Tanpa Nama10 Oktober 2013 9:41 PG : Sekiranya sistem memberi error "Maaf Sistem Tergendala.Sila Cuba Sebentar Lagi".Sila closed semua browser (Internet Explorer/Mozilla/Google Chrome)yang dibuka.Dan cuba sekali lagi.Ianya tiada masalah cuma error main pages yang dalam tindakan pembaikan. Sebarang aduan berkaitan ePenyata Gaji boleh dibuat secara direct ke Unit ePenyata Gaji melalui portal utama JANM di link Aduan & Maklumbalas. Sekian.

    BalasPadam
  12. No akaun bank gaji diminta untuk pengguna yg daftar semula sahaja...saya dah call pihak anm, dorg sendiri mengesahkan, bermula 11 september kalau daftar semula perlu no akaun sebagai semakan sebab no gaji dan no kp senang orang nak dapat, takut org lain yang daftar semula guna maklumat kita. tq.

    BalasPadam
  13. Kenapa nak menimbulkan masalah seperti ini... ANM mungkin tidak tahu tiada apa-apa privacy bagi cikgu-cikgu sebab apa-apa maklumat termasuk no akaun, no gaji dan no kp WAJIB diisi depan RPH kita orang... lagi banyak maklumat yang mereka mintak, lagi tinggi risiko privacy cikgu terdedah... Saya yang jahil ni langsung tak faham rasional di belakang "penambahbaikan" ini :(

    BalasPadam
  14. saya perlu print slip gaji. saya buntu,adakah slmt utk sy log in & print buat ms skrg?sbb sy masih ragu2 utk log in ke e penyata gaji & laporan tersebut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun takut gak nak print payslip.. kita ambik payslip dari kerani je.. mereka lebih tahu berbanding kita ( harap-harap le)

      Padam
  15. selamat untuk login dan print
    salah faham saja arituh
    dah diperjelaskan dalam entri terbaru

    BalasPadam
  16. Semoga tidak membuat spekulasi dan andaian sendiri pada masa akan datang. Mohon kaji atau selidik dahulu sebelum membuat entri yang sebegini. Terima kasih.

    BalasPadam
  17. maaf, nk bertanya, kenapa saya tak boleh masuk ke web penyata gaji hgga hari ini? ada sesapa yg boleh tlg bagi semula link e penyata gaji tu? t.k :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sistem sedang diupdate kononnya... gua pun tak boleh masuk????

      Padam
  18. harap segala kesulitan ini segera diselesaikan.tq

    BalasPadam
  19. sekarang dah selamat ke e penyata kita ni??

    BalasPadam
  20. Jangan gaji yang susah payah diperolehi oleh para guru-guru masuk ke akaun hacker dah cukup. Jika tidak, mesti jadi bencana bagi semua guru.

    BalasPadam