Aduih.. belum selesai kes cikgu-cikgu yang tak terima gaji kerana ditipu oleh skandal internet terbaru, laman web ePenyata Gaji pula sekarang ni yang mungkin kena hack / godam. Bagi anda yang selalu buka laman web tersebut, pasti terperasankan ada 'nota tambahan' yang terdapat pada muka hadapan laman web tersebut. Nota tambahan tersebut meminta agar pemilik akaun mengemaskini nombor akaun, emel dan juga no telefon bagi tujuan menambahbaik sistem. SILA JANGAN KEMASKINI!!

ePenyata Gaji Pula Kena Hack

Macam-macam betul cara orang sekarang ni nak menipu. Tak cukup dengan kes curi dan samun kat luar, dalam dunia maya nih pun nak menyamun duit orang! Kreatif dan bijak! Tapi sayang, digunakan pada tempat dan perkara yang tak betul. Kalau digunakan pada cara yang betul, mungkin industri ICT Malaysia ni dah jauh lebih maju daripada negara-negara lain.

Bagi para pengguna pula, diharapkan anda supaya lebih berhati-hati. Bila dah banyak sangat kejadian sebegini berlaku, langkah waspada perlu diambil oleh semua orang. Sebabnya si penyamun perompak ni dah makin tak kenal mangsa. Semua orang nak ditipu. Laman web kerajaan pun kena hack. Jadi, kita sebagai pengguna ni perlu cukup hati-hati setiap kali melayari internet.

Seperti kata SKMM, Sila KLIK DENGAN BIJAK!! ;) 



# Ada juga sebilangan pihak yang mengatakan perkara kemaskini maklumat ini memang dilakukan oleh pihak ANM, bukan hack atau virus. Walaubagaimanapun ada juga pihak lain yang mengatakan perkara ini adalah hack / virus seperti komen-komen yang anda boleh baca di bawah. Emel saya kepada pihak admin ANM bagi mendapatkan pengesahan berhubung kes ini juga tidak berbalas.

Jika perkara ini adalah TIDAK BENAR, saya mohon maaf atas sebab menyebabkan kepanikan kepada pembaca. Mohon juga kepada kita semua untuk melihat kes ini adalah kebarangkalian yang mungkin boleh berlaku pada bila-bila masa pada sesiapa sahaja. Sekurang-kurangnya, ada sedikit kesedaran dan akan bersikap lebih berhati-hati pada masa akan datang berhubung dengan apa-apa kemaskini data peribadi di internet secara online.

Saya akan kongsikan maklumat lain lagi jika mendapat pengesahan daripada mana-mana pihak berhubung dengan kes ini.