About Me

Asid Sulfurik : Kegunaan dan Kesan Penghasilan Kepada Alam Sekitar

Asid sulfurik adalah asid mineral yang kuat. Daripada jenis asid diprotik yang berkebolehan menghasilkan 2 ion hidrogen, asid sulfurik mempunyai formula kimia  H2SO4


Asid sulfurik

Asid sulfurik ini sebenarnya ditemui oleh seorang ahli kimia Islam, Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi, pada kurun ke-9. Beliau telah memperoleh asid sulfurik dengan penyulingan kering mineral-mineral vitriol tertentu. Kemudian pada tahun 1831, seorang pedagang cuka Britain, Perengie Phillips, mempatenkan proses yang jauh lebih murah untuk menghasilkan sulfur trioksida dan asid sulfurik pekat. Proses ini dinamakan Proses Sentuh, dan kini hampir semua bekalan asid sulfurik dunia dihasilkan dengan proses ini.

Asid sulfurik


Kegunaan Asid Sulfurik
1. pembuatan baja (ammonium sulfat)
2. pembuatan detergen dan sabun
3. elektrolit dalam bateri kereta
4. pembuatan racun perosak
5. pembuatan cat dan pewarna
6. pembuatan barangan plastik (nilon)


Kesan Penghasilan Asid Sulfurik Kepada Alam Sekitar
Perlu difahami bahawa dalam proses menghasilkan asid sulfurik, kita perlu menghasilkan gas sulfur dioksida dan sulfur dioksida. 

Pembentukan hujan asid

Gas ini lah yang membawa kesan langsung kepada alam sekitar kerana tindakbalas keduanya dengan air hujan akan menghasilkan larutan berasid. 

Atau dalam erti kata yang mudah, menghasilkan hujan asid!

Kesan hujan asid

Hujan asid pula boleh menghakis dan merosakkan harta benda. Selain itu kandungan asid dalam hujan juga akan mengurangkan pH tanah dan menyebabkan tanah kurang subur. Selain itu, dapat mengurangkan pH air sekaligus membunuh hidupan akuatik. Akhir sekali ini semua akan merosakkan keindahan alam sekitar.

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Apa saja proses untuk mengubah sesuatu pasti akan diikuti dengan rantaian kesan yang bersambung-sambung nampaknya...

    BalasPadam
  2. Asid sulfurik ni kalau nak handle kena hati-hati sikit. Kalau mol dia tinggi sangat, kena tangan boleh melecur.

    BalasPadam
  3. salam cikgu, nak tanya, apa tindakbalas tembaga yang direndam asid sulfurik ye?

    BalasPadam
  4. Apa kesan sampingan jika terhidu asid sulfurik? Thanks

    BalasPadam
  5. Apa kesan sampingan dan kaedah rawatan jika terhidu bau asid sulferik?

    BalasPadam
  6. Assalam cikgu. Asid ni ada dijual ka cikgu adakah ia berbahaya jika terkena pada kulit

    BalasPadam