About Me

Selamat Hari Malaysia!

Alhamdulillah pada hari ini 16 September 2013, maka genaplah penubuhan negara kita yang diberi nama Malaysia, bumi tercinta. Walaupun ada pahit manis dalam mengharungi 50 tahun ini, namun negara kita Malaysia masih gagah mengharungi segala dugaan dan cabaran demi kelangsungan hidup anak-anak generasi akan datang. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini juga, nampak negara kita lebih 'Malaysia' jika dibandingkan semasa saya kecil dahulu. Lebih 'Malaysia'?..

Selamat Hari Malaysia!

Ya!

Jika dahulu, sangat kurang maklumat yang kita dapat perolehi berkaitan dengan hal-hal dari Sabah dan Sarawak, sejujurnya. Malah tarikh 16 September juga hanya diingati dalam buku teks Sejarah. 

Tapi sekarang semua nya dah berubah. Kefahaman terhadap negeri Sabah dan Sarawak berada pada tahap yang lebih baik. Kewujudan kaum-kaum yang ada di Sabah dan Sarawak juga semakin disedari akan budaya dan juga bahasanya. Tarikh 16 September 2013 pula sekarang ni dah jadi Cuti Awam, sebagai mengingati peristiwa penting yang berlaku kepada negara kita. Hari Gawai dan Kaamatan juga disambut meriah di seluruh Malaysia, tidak lagi hanya di Sabah dan Sarawak.

Bagi yang belum mengetahui serba sedikit sejarah kemerdekaan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, serta bagaimana terbentuknya negara Malaysia, boleh teruskan bacaan di bawah.

31 Ogos 1957 : Negara Persekutuan Tanah Melayu merdeka daripada jajahan Koloni British
31 Ogos 1963 : Negara North Borneo (Sabah) merdeka daripada jajahan Koloni British
22 Julai 1963 : Negara Sarawak merdeka daripada jajahan Koloni British
16 Sept 1963 : Negara Malaysia dibentuk oleh 4 Negara iaitu Persekutuan Tanah Melayu + Sabah + Sarawak + Singapura (Menarik diri daripada Gagasan Malaysia pada Ogos 1965) 



Bukan sedikit cabaran yang terpaksa ditempuh oleh negara Malaysia selepas pasca penyatuan. Konfrontasi Indonesia dan Filipina yang menuntut Sarawak dan Sabah, hanya baru pada permulaannya. Rusuhan kaum dan juga Singapura yang keluar dari Persekutuan Malaysia juga merupakan cabaran yang memberi tekanan kepada sebuah negara baru bernama Malaysia.

Walaubagaimanapun, semuanya dapat diharungi dengan baik dan penuh bijaksana. Tiada lagi kacau bilau serius yang berlaku dalam tempoh sehingga sekarang. Semoga semuanya terus aman dan damai seperti sediakala.

Semangat 1 Malaysia di Sabah

Pada pendapat saya, jika mahu dipilih sebuah negeri yang paling boleh dikatakan sebagai negeri dengan semangat 1 Malaysia, maka saya pilih SABAH! Percampuran etnik dan suku kaum di sana sangat hebat sehinggakan mewujudkan satu budaya baru yang kita boleh panggil budaya Malaysia. Semangat toleransi agama, budaya dan bahasa yang sangat tinggi membolehkan rakyat Sabah menikmati keamanan daripada semangat Malaysia tersebut.

Bagi negeri-negeri lain juga, kita masih boleh mencuba dengan lebih banyak mempelajari budaya, bahasa dan agama orang lain bagi membolehkan kita saling hormat menghormati antara satu sama lain. Mempelajari budaya, bahasa dan agama lain tidak akan mengubah kita daripada budaya dan agama asal kita, tetapi dapat memberi perspektif baru dalam mewujudkan hubungan kaum yang lebih baik.

Semoga kita dan generasi akan datang akan lebih menyerap di antara satu sama lain, sehingga mewujudkan negara Malaysia yang betul-betul Malaysia! 

Selamat Hari Malaysia! ;)

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Yeap, betul.. If you realized, S&S dah lama praktikkan konsep 1Msia, even before diperkenalkan.. Hehe. Slmt bercuti, tomorrow back to school lg teacher ni :P

    BalasPadam
  2. SELAMAT HARI MALAYSIA...SEMUGA AMAN BERKEKALAN

    BalasPadam