About Me

Jom Saman Cikgu Kalau Tak Siap Kerja Sekolah

Confirm ramai yang dah tahu kisah seorang bapa di Butterworth yang mendakwa anaknya kini mengalami tekanan emosi setelah seorang guru wanita merotan dan mengusirnya dari sekolah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah. Si Bapa juga memberitahu anaknya kini trauma dan tidak lagi mahu ke sekolah.

Jom Saman Cikgu Kalau Tak Siap Kerja Sekolah
 
Bercakap kepada pemberita, anaknya memaklumkan guru itu turut mengarahkannya mengambil borang tukar sekolah dan berpindah sekolah. Si bapa yang berkerja sendiri berkata dia mengetahui kejadian itu pada kira-kira 9.30 pagi Jumaat apabila dihubungi guru terbabit yang memaklumkan anaknya telah pulang ke rumah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.

Katanya dia membuat laporan polis semalam. “Kami kesal dengan sikap guru yang tidak hiraukan keselamatan muridnya apabila menghalau pelajar balik ke rumah,” katanya. Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang Tarmizi Kamaruddin ketika dihubungi berkata guru besar sekolah itu diarah menyiasat dakwaan itu.

“Mungkin cikgu itu mengambil tindakan mengikut emosinya kerana mengikut prinsip pendidikan guru tidak boleh menghalau anak murid kerana pelajar mempunyai hak untuk berada dalam kelas bagi menuntut ilmu,” katanya.

Kepada rakan guru,
Hati-hati lah dengan segala tindakan dan hukuman kita pada zaman sekarang ini. Zaman sekarang ini, menjadi pendidik, tak sama seperti menjadi pendidik semasa zaman kita belajar dahulu. Mak ayah siap datang serah rotan segala kat cikgu, mintak untuk dididik anak sampai berjaya. Mak ayah zaman sekarang 'celik sangat undang-undang', sampaikan semua perkara dah tak boleh dirunding dengan cikgu-cikgu sekalipun, mungkin kesilapan berpunca daripada cikgu sendiri. Cikgu pun manusia jugak, boleh buat silap. 

Kepada ibu bapa,
Teruskan menjadi penyokong yang setia kepada usaha guru dalam mendidik anak-anak anda untuk berjaya. Ingatlah, setiap hukuman dan teguran, adalah kasih sayang daripada cikgu-cikgu untuk mendidik anak-anak anda sama seperti anak sendiri. Kalau ada kesilapan yang anak kita lakukan, dan kita sendiri tak mampu nak menegurnya atau menyedarinya (sebab sibuk bekerja), maka izinkanlah cikgu-cikgu untuk betulkan supaya suatu hari nanti anak anda juga boleh jadi berjaya sepertinya anda!

Sayang anak, tangan tangankan!

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. cikgu pun kdg2 salah,bwk masalah rumah k skolah

    BalasPadam
  2. ;)

    Tak saya nafikan, memang ada berlaku. Sebab ada saya nyatakan kat artikel di atas..

    "...mungkin kesilapan berpunca daripada cikgu sendiri. Cikgu pun manusia jugak, boleh buat silap..."

    sekurang-kurangnya, berilah peluang untuk berunding elok-elok dan dapatkan penjelasan sebenar terlebih dahulu daripada kedua belah pihak. Sentiasa ada jalan penyelesaian ke arah yang lebih baik.. ;)

    BalasPadam
  3. hemm..payah nak cakap. Cikgu takkan marah tanpa sebab.

    BalasPadam
  4. sapa jadi cikgu tahu la kan.. betullah.. cikgu manusia biasa, bukan malaikat ataupun Rasul..

    BalasPadam
  5. wah.. bgus gler...! kalu camni... bdk2 sekolah xyah wat kje sekolah lgsg la... g sekolah.. bole buat ape die suke..
    kalu camni punye perangai bapak die.. ank die leh jd RAJA kat sekolah...
    xpayah buat kje sekolah lgsg... ari2 wat xtau jer psl kje sekolah..
    then buat muka selamba je kat kelas
    sorg bapa yg sgt bodoh
    np die sndri x ajar ank die?? buat sekolah khas utk puteri die.. spya menjadi dewasa dgn akal yg pendek.. lebih pendek dr bapanyer

    BalasPadam
  6. hai cikgu... kenapa jadi begitu... jangan gara-gara homework sekali begitu hukumannya..

    BalasPadam
  7. pergi sekolah dulu...tanya sendiri...bukan pergi balai polis

    BalasPadam
  8. kawan saya haritu asik buat salah je.lepastu cikgu suruh dia pindah sekolah

    BalasPadam
  9. cg sorang je...nak layan kerenah murid...brapa orang satu kelas?kena 2,3 kelas...so selidik dulu lar...memang zaman la ni tak sama dgn dulu,tapi parents yg duk report tu,zaman depa kena tampar atau rotan,tak bising pun,..kenapa bila anak kena,jadi bising..

    BalasPadam
  10. Itu lah.. mendidik anak dengan cara yang tak betul, tapi salahkan orang lain..

    BalasPadam
  11. Sebaik2nya ibubapa perlu selidik dan tanya kawan2nya yg lain utk mengsahkan kejadian tu...
    jangan terus wat repot polis...

    biasanya guru akan halau pelajar bersebab... dan biasanya pelajar tu bermasalah disiplin atau malas nak buat kerja sekolah (walaupun telah diberi amaran berkali tp masih keteqaq juga..xtau nak buat apa la- dok luaq kelas la sbb ada pelajar xsiap keja/xmau belajar kacau kawan2 yg nak belajaq... sabaq ja la...)

    tp andai kata guru tu beremosi xpa pertimbagan akal...xmolek gak... memg diakui...budak2 la ni byk karenah n ragam.... 1 kelas 40 org...

    (ada siapa2 memahai dilema seorg guru...huhuhu...sabaq je la)...

    apa yg pentg, kita kerja kerana Allah bukan kerana penghargaan manusia (ibubapa,pelajar,majikan)

    wassalam...

    BalasPadam
  12. saya setuju dengan Anonymous di atas.. tindakan guru selaluna bersebab.. xda lah kita nak hukum anak orang suka suka hati saja.. Kalau tak puas hati pun, cuba dapatkan penjelasan daripada guru dulu, kemudian baru ambil tindakan apa yang patut, jika benar2 guru tu bertindak melampaui batas..

    BalasPadam