About Me

Karnival Sofbol Antara Rumah Sukan 2013

Demam sofbol melanda lagi SMK Luar Bandar No.1 Sibu. Kali ini apabila Kelab Sofbol menganjurkan Karnival Sofbol Antara Rumah Sukan 2013 buat kali pertamanya. Karnival yang dianjurkan ini juga adalah sangat sesuai sebagai aktiviti lanjutan kepada Kem Sukan Sekolah 1 Murid 1 Sukan yang telah diadakan pada minggu lepas. Tanpa disangka, setiap rumah sukan telah berjaya menghantar pasukan  masing-masing bagi memberi saingan antara satu sama lain dalam karnival sofbol tersebut.

Karnival Sofbol Antara Rumah Sukan 2013


Hari Pertama
Hari pertama Karnival Sofbol adalah merupakan fasa pertama bagi pusingan pertama. Beberapa pasukan yang menyertai mula memperlihatkan kehebatan masing-masing. Setiap pasukan telah diberikan Jurulatih yang terdiri daripada pemain senior sekolah dan bertanggungjawab memimpin pasukan masing-masing.

Karnival Sofbol Antara Rumah Sukan 2013

Kumpulan A
Patinggi Ali dilatih oleh Sylvester Jetik
Syarif Masahor dilatih oleh Selanjat
Linggir dilatih oleh Augustine

Kumpulan B
Rentap dilatih oleh Gebbson Belawan
Bantin dilatih oleh Jicky
Rosli Dhoby dilatih oleh Pressly Palong

Karnival Sofbol Antara Rumah Sukan 2013

Paling menonjol sudah tentu lah pasukan daripada rumah sukan Bantin dan Patinggi Ali. Kekuatan pasukan yang terletak pada pitcher masing-masing menyebabkan dua buah rumah sukan ini jauh mendahului rumah sukan yang lain. Sambutan penonton adalah hanya terdiri daripada kalangan peminat sofbol sahaja. Beberapa orang guru ketua rumah sukan juga hadir untuk melihat persembahan pasukan masing-masing. Tahniah kepada Cikgu Liong Ming Choo, Cikgu Nurbaida Akma dan Cikgu Wan Ida Soffyani!


Hari Kedua
Hari kedua juga masih dalam pusingan pertama, namun pada fasa yang kedua. Pusingan penyingkiran ini menyaksikan 4 pasukan melayakkan diri ke pusingan separuh akhir. Pasukan tersebut adalah:

Kumpulan A
Patinggi Ali
Syarif Masahor

Kumpulan B
Bantin 
Rentap


Karnival Sofbol Antara Rumah Sukan 2013

Bantin dan Patinggi Ali terus mengungguli pertandingan dengan kemenangan bersih kesemua perlawanan dalam kumpulan bagi melayakkan diri ke Pusingan seterusnya.

Dengan kelebihan pada pasukan Bantin dan Patinggi Ali yang menjuarai kumpulan masing-masing, maka saya mengjangkakan kedua-dua pasukan ini akan bertemu pada Pusingan Akhir nanti. Tambahan pula, kedua-dua pasukan memiliki keseimbangan daripada segi kelebihan pitcher, kemahiran memukul dan juga memadang yang lebih baik berbanding pasukan lain.Kehadiran penonton-penonton juga menaikkan lagi semangat pasukan untuk terus mencuba yang terbaik bagi pasukan rumah masing-masing.


Hari Ketiga
Hari ketiga berlangsungnya Pusingan Separuh Akhir. Pada jangkaan awal saya, pasukan Bantin dan juga Patinggi yang merupakan Johan kumpulan A dan B akan melalui jalan mudah menempah tiket ke Pusingan Akhir.

Karnival Sofbol Antara Rumah Sukan 2013

Walaubagaimanapun, kejutan telah dilakukan oleh pasukan Rentap dan juga Syarif Masahor apabila mengalahkan saingan masing-masing dengan kemenangan tipis. Kesilapan kecil yang berlanjutan dilakukan oleh pasukan Bantin dan Patinggi Ali telah menyebabkan kedua-dua nya gagal mara ke pusingan akhir. 


Karnival Sofbol Antara Rumah Sukan 2013

Sudah tentu pada hari ketiga ini sokongan daripada penonton amatlah memberangsangkan. Bilangan penonton semakin bertambah, termasuk lah penonton baru yang mula meminati sofbol selepas bermulanya karnival sofbol ini. Rasa tercapai objektif karnival bagi menarik minat lebih ramai lagi pelajar untuk mencuba sukan sofbol ini.


Hari Keempat
Hari terakhir karnival menyaksikan perlawanan akhir antara pasukan Syarif Masahor menentang pasukan Rentap. Dengan pengalaman beberapa hari dan perlawanan sebelum ini, maka sudah tentu saingan adalah agak sengit dan mencabar bagi kedua-dua pasukan. 

Karnival Sofbol Antara Rumah Sukan 2013

Pasukan Rentap memulakan perlawanan dengan agak baik dengan menyekat kemaraan pasukan Syarif Masahor, serta dalam masa yang sama menjarakkan lagi skor. Namun pada inning kedua, pasukan Syarif Masahor bangkit daripada kekalahan dan membuat kejutan dengan menyamakan skor. 

Namun kelebihan lebih ramai pemukul yang baik dalam pasukan Rentap telah memberikan kemenangan kepada pasukan Rentap yang kemudiaanya terus menjarakkan skor dengan lebih besar lagi. Keputusan akhir adalah Rentap berjaya mengalahkan Syarif Masahor dengan kemenangan selesa.

Karnival Sofbol Antara Rumah Sukan 2013

Secara keseluruhannya, ternyata penganjuran Karnival Sofbol Antara Rumah Sukan ini adalah sangat baik, terutamanya dalam memberi pendedahan kepada warga sekolah dan juga dalam mencungkil bakat baru sofbol. Kesan positifnya, para penonton yang tidak pernah bermain sofbol pun sudah mula pandai memberi arahan kepada pemain di padang. 

Karnival Sofbol Antara Rumah Sukan 2013

Dalam masa yang sama juga, bakat baru berjaya dicungkil dalam karnival ini. Ramai yang telah menunjukkan minat kepada sofbol, atau sekurang-kurangnya berminat untuk cuba bermain sofbol. Ada juga yang bertanyakan saya, bila lagi akan ada penganjuran yang serupa. Malah, yang telah menyertai karnival juga menyatakan kesediaan untuk terus mengikuti latihan sofbol jika ada.

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. teringat zaman persekolahan. Saya rumah Tuah..merah. Selalu menang..tapi saya tukang sorak je..:P

    BalasPadam
  2. gambar tu masa main ko?masa training?..tak pakai helmet pun?
    baguslah...itulah yang membezakan cg sek rendah dgn cg sek menengah

    budak sdiri boleh tolong urus...cg buat jadual je...jadi pengerusi pertandingan..yang lain boleh depaurus..

    sekolah rendah...dari A..sampai Z ..cg kena urus...budak tahu mainn je..penat wey.....padan buat ssatu tema je

    BalasPadam
  3. bercampur-campur.. ada masa main, ada masa training, ada masa posing untuk tangkap gambar.. ada peraturan saya modified sket sebab nak bagi budak senang faham, sebab kebanyakan 1st time main.. peralatan pun x brapa nak mencukupi, so ada yang terpaksa tutup mata ja..

    Alhamdulillah, xdak masalah injured atau apa2 walaupun faktor keselamatan tu kurang sket.. yang penting objektif nak memperkenalkan sofbol kat budak-budak baru, tercapai.. yg len tuh, kita pejam mata sket la.. he3..

    untung jugak ajar budak besar nih.. pandai ja depa boleh urus sendiri.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. x player kena jaga..depa banyak tolong.
      kat sini pun,sek menengah..xplayer yg bantu

      cg tak brapa reti

      keselamatan tu penting

      Padam
  4. ramai dapat cungkil 'HITTER'?

    PITCHER? bola laju ko?
    cara nak main bola tu,ajar kemudian

    BalasPadam
  5. hebatnya sekolah ni.. di sk sy latihan softball hanya untuk tournement jer.. pengetua dan GPK tak galakan sangat sukan ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. pengetua nak sek berwatak tu...game lain
      semua atas coach je..

      Padam