PEMBENTANGAN kertas kajian tindakan yang bermakna
dan berkesan kepada pengajaran dan pembelajaran akan dijadikan kriteria
asas pemberian merit dalam pemilihan Guru Cemerlang. Ahli Jawatankuasa Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Cawangan
Negeri Sembilan, Ramli Othman berkata, pembikinan sesuatu kertas kajian
tindakan bukan sahaja memerlukan kemahiran akademik dan ketajaman minda
saintifik, tetapi juga keterampilan ketika membentangkan kertas kajian
mereka.
Beliau memberikan beberapa contoh guru biasa yang kini dimartabatkan
sebagai Guru Cemerlang setelah mereka menghasilkan beberapa penyelidikan
dan membentangkan kertas kajian di seminar di dalam dan luar negara.
Ramli yang juga Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk
Muhammad Yusof di Linggi, Negeri Sembilan menambah, inisiatif untuk
mengadakan kajian tindakan dalam kalangan guru bertujuan melahirkan
budaya penyelidikan bilik darjah.
Katanya, ia bermula pada 1995, apabila dia mendapat latihan di
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan (EPRD) dengan tenaga
pengajar daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti
Wollongong, Australia. Kemudian budaya itu mula diterapkan di Negeri Sembilan sekitar tahun
2000, dan kini beberapa guru mulai menunjukkan inisiatif menjalankan
kajian tindakan di sekolah masing-masing dan membentangkannya di
seminar-seminar tempatan dan antarabangsa.
Beliau memberikan contoh guru Matematik Cemerlang dari Sekolah
Menengah Sains Seremban (SASER), Noraini Kasim, yang banyak menjalankan
kajian tindakan di sekolahnya dan dikongsi dengan semua pendidik. Noraini yang ditemui berkata, penemuannya terhadap penggunaan simbol
swastika dalam subjek pengajarannya itu memudahkan proses pembelajaran
pelajarnya.
''Apa yang pasti ia mencapai objektif dan kita dapat memudahkan
pelajar untuk belajar dan ia amat efektif kerana prestasi mereka
meningkat sejak ia diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
saya.
''Saya bersyukur dan gembira kerana ia amat memberi manfaat bukan
sahaja kepada pelajar saya, malah dapat diperluaskan kepada guru dan
pelajar lain melalui perkongsian hasil kajian saya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membentangkan hasil
kajiannya dalam Seminar Kajian Tindakan JPNS 2013 di Politeknik Port
Dickson, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Sebanyak 21 kertas kajian daripada 18 buah sekolah dibentangkan pada
seminar Kajian Tindakan baru-baru ini, dan sebahagiannya layak diberi
perhatian berdasarkan kesan ketara terhadap pedagogi di sekolah
masing-masing. Sebagai contoh, kertas kajian tindakan bertajuk Paten Nombor Genap
(PNG) oleh dua guru prasekolah Sekolah Kebangsaan Tanjung Agas di Port
Dickson, Negeri Sembilan, Norhaizan Ismail dan Zainah Kadiman berjaya
meningkatkan keupayaan pelajar berumur lima dan enam tahun menghafal
sifir dua, empat, enam dan lapan dengan lancar.
Dengan menggunakan sumber tersedia di sekitar murid, seperti jubin
lantai bilik darjah bagi menyediakan petak yang selaras dengan kaedah
PNG, maka memadai untuk kedua-dua guru kreatif itu memupuk minat
kanak-kanak menghafal sifir, yang dikatakan sebagai ibu pengiraan.
Seminar dianjurkan oleh Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik serta Majlis Pengetua Negeri Sembilan. Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Kalsom Khalid pula berkata,
memang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 sehingga 2015 (PPPM
2013-2015) menuntut guru berfikir pada aras tinggi supaya mereka mampu
merancang dan melaksanakan kajian tindakan yang berkualiti dan bertaraf
dunia. Beliau berharap seminar itu dapat menggarap pelbagai persoalan dan isu pendidikan di dalam dan luar bilik darjah.
Sumber
- HOME
- SAINS KSSM
- _SAINS T1
- _SAINS T2
- _SAINS T3
- _SAINS T4
- _SAINS T5
- IDEA SAINS KREATIF
- PEMBELAJARAN ABAD KE-21
- STEM
- _PANDUAN
- GURU CEMERLANG
- __1: BORANG
- __2: FILING
- __3: PDPC
- __4: NAZIR
- _REFLEKSI
- __REFLEKSI 2013
- __REFLEKSI 2014
- __REFLEKSI 2015
- __REFLEKSI 2016
- __REFLEKSI 2017
- __REFLEKSI 2018
- __REFLEKSI 2019
- GURU GLOBAL
- _80 HARI DI KOREA
- _STELR STEM BANDUNG
- _GURU NASA @USA
- _KI HAJAR DEWANTARA
- _CERN @GENEVA
- CIKGU HAILMI
4 Ulasan
Hebat artikel ni!!! Teruja untuk terus berusaha ke arah kecemerlangan. Saya pernah membentangkan Kajian Tindakan ke peringkat negeri dan berjaya mendapat Guru Inovatif, tetapi tidak tahu dimana silapnya permohonan saya untuk Guru Cemerlang seolah-olah tidak dipandang. Saya cuma berfikir yang baik-baik sahaja untuk meneruskan legasi kejayaan saya dan murid dalam dunia pendidikan.
BalasPadamwah tahniah cikgu.. jangan risau, inshaAllah dengan kerja yang ikhlas, rezeki akan datang ikut lain plak.. :)
BalasPadamArtikel ini membakar semangat saya untuk terus menyemarakkan tradisi kecemerlangan dalam bidang pendidikan amnya..dan kajian tindakan khususnya. Saya pernah mwmbwntangkan kajian tindakan di peringkat negeri pada tahun 2009.Dan pada tahun ini sekali lagi saya terpilih sebagai pembentang kajian tindakan di peringkat daerah.Saya berharap saya terus diberi kesabaran..ketabahan. .untuk berjuang dalam dunia pendidikan..saya teramat cintakan kerjaya saya sebagai seorang guru..
BalasPadamTahniah Cikgu.. saya nih bab nak buat kajian tindakan tu hu3.. menguji iman betoi
Padam