About Me

Permohonan Mengikuti Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) 2013

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang sedang berkhidmat di sekolah di bawah kelolaan KPM dan sedang mengajar subjek bukan opsyen asal untuk mengikuti Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO). 
 
Bagi yang berminat, boleh terus isi borang permohonan di SINI.
 
Bagi yang belum tau apa-apa lagi pasal PITO nih, boleh baca entri nih sampai habis. Oh ya.. Jangan salah sebut yer.. PITO bukan Tukar Opsyen, tapi Tambah Opsyen..
 
 
Permohonan Mengikuti Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) 2013
       
1. Nama Program : PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO) GURU SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH
       
2. Mod Kursus : Kursus Dalam Perkhidmatan
       
3. Tempoh Kursus : 12 Minggu




Pelaksanaan
Tempoh
a.
Sepenuh Masa (Face to Face)
6 Minggu
b.
Luar Kampus (Off-campus)
5 Minggu
c.
Weekend of Campus
1 Minggu



Peserta akan berada di sekolah semasa sesi luar kampus (off-campus) selama 5 minggu. Manakala sesi sepenuh masa (face to face) dan sesi weekend of campus (5 kali Sabtu), peserta akan berada di IPTA/IPGK untuk 6 minggu berikutnya. Peserta akan menduduki peperiksaan pada minggu terakhir sesi sepenuh masa (face to face).
       
4. Syarat Peserta
Kursus
: Peserta terdiri daripada guru dalam perkhidmatan seperti butiran berikut:


:
  1. Warganegara Malaysia;
  2. telah disahkan dalam jawatan pada lantikan pertama;
  3. tidak berdaftar atau mengikuti sebarang pengajian atau kursus dengan mana-mana universiti sebagai pelajar sepenuh masa/separuh masa/sambilan dengan tajaan KPM;
  4. bukan opsyen dalam bidang yang dipohon
  5. mengajar sekurang-kurangnya 3 tahun berturut-turut dalam bidang yang dipohon;
  6. mempunyai tahap kesihatan yang baik (calon wanita yang hamil enam bulan ke atas tidak digalakkan mengikuti kursus);
  7. memperoleh purata markah yang baik bagi Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT);
  8. bebas dari tindakan mahkamah dan tatatertib;
  9. tidak terlibat dengan pengawasan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau penandaan kertas peperiksaan


:
Peserta perlu mengisi Borang Permohonan (dalam talian) dan disokong sepenuhnya oleh pengetua/guru besar sekolah tempat bertugas.




5. Bidang/Mata Pelajaran Yang Ditawarkan : Sejarah (SEJ) – Teori
Kemahiran Hidup (KH) – Teori & Praktikal
Bahasa Melayu (BM) – Teori
Pendidikan Khas (PKhas) – Teori




6. Tempat Kursus dan Subjek Yang Ditawarkan :
Subjek
Pusat Pengajian
SEJARAH
USM, UTM, UPSI
BAHASA MELAYU
UKM
KEMAHIRAN HIDUP
UPM
PENDIDIKAN KHAS (MENENGAH)
USM & UKM
PENDIDIKAN KHAS (RENDAH)
IPG KAMPUS




7. Pensijilan :
Sijil Tambah Opsyen (Sijil Kursus Dalam Perkhidmatan) dikeluarkan oleh BPG dengan disahkan bersama oleh pihak Majlis Dekan IPTA dan Rektor IPG. Transkrip peperiksaan dikeluarkan oleh IPTA dan IPGK yang berkenaan. Sijil ini melayakkan peserta untuk pindah kredit sekiranya melanjutkan pelajaran dalam bidang berkaitan.




8. Pembiayaan Kursus :
Perbelanjaan kursus ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.




9. Kemudahan Peserta :
Peserta disediakan penginapan berserta makan/minum oleh IPTA/IPGK yang melaksanakan kursus. Tuntutan perjalanan adalah di bawah tanggungan JPN masing-masing menggunakan  peruntukan NKRA Kualiti Guru mengikut Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa.
10. Jadual Proses Permohonan :
Bil. Perkara Tarikh Catatan
1.
Edaran surat siaran PITO 2013 ke semua Jabatan Pelajaran Negeri
17 Julai 2013

2.
Permohonan PITO 2013 secara dalam talian (online)
29 Julai 2013 hingga 9 Ogos 2013

3.
Sokongan Pengetua/Guru Besar secara dalam talian
12 Ogos 2013 hingga 23 Ogos 2013

4.
Semakan Keputusan Tawaran/Surat Tawaran secara dalam talian
7 Oktober 2013 hingga 17 Oktober 2013

5.
Pendaftaran Kursus
19 Oktober 2013
di IPTA/IPGK yang berkenaan
*Sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan dari semasa ke semasa 


Catat Ulasan

72 Ulasan

  1. boleh x saya nk g lg skali?huhu kasihanilah daku yg sudah dipitokan tp xngajar gak subjek pito...

    BalasPadam
  2. hu3.. kesian nya.. tahu saya.. kawan pun sama.. ikut PITO, tapi balik mengajar pun masih bukan subjek PITO atau subjek major.. mungkin boleh pegik tambah subjek lain plak kot... ;)

    BalasPadam
  3. Saya da ajar bi 5 tshun. Marking pmr masuk tshun ni da 3 tahun. Option math.n pengajian am. Camne ek

    BalasPadam
  4. Saya da ajar bi 5 tshun. Marking pmr masuk tshun ni da 3 tahun. Option math.n pengajian am. Camne ek

    BalasPadam
  5. PITO nih kalau tak salah saya program untuk TAMBAH opsyen cikgu. Itupun subjek yang ditawarkan terhad dan tertentu sahaja.. Jika diperhatikan, tiada untuk opsyen English.. Mungkin cikgu boleh rujuk juga dengan orang yang lebih arif..

    BalasPadam
  6. Semalam saya dimaklumkan oleh PK saya kena menyertai program ni. Saya tak mohon pun sebab saya memang tak boleh sertai. sekarang saya mengandung 4 bulan lebih. anak kecil lagi 2 orang. suami pulak kena tukar kerja kat labuan bulan 6 hari tu. macam mana yek saya nak menolak. saya tak tahu nak hubungi siapa.huuuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. siti yusnida.. boleh Tanya,,subjek apa yg diarahkan?

      Padam
  7. opsyen yang saya kena sertai tu Sejarah. tak tahu kat USM ke, UPSI ke, UTM ke. saya tinggal kat serdang. jauh tu..tak ada orang nak jaga anak ni..ada tak sesiapa tahu saya boleh hubungi siapa

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh bg no phone. Ada kawan bminat

      Padam
  8. bincang baik2 dgn pentadbir sek. mereka sepatutnya boleh back up kita sbg anak buahnya.mungkin mereka boleh tunjukkan jalan/caranya.

    BalasPadam
  9. Proses pelaksanaan mcmaner?face2face dulu atau out off campus?klu ofc bgaimana progran nie bergerak?sape ade pglman blh kongsi?

    BalasPadam
  10. off campus konfem kene berada di sekolah kn..

    BalasPadam
  11. Esok nk bincang dengan pengetua.. dia mcm x beri saya pergi kursus nie.. :(

    BalasPadam
  12. sye baru taw ader program ni... dh tutup plak...leh apply lg x

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum... saya dulu ambik pendidikan teknik dan vokasional. Lepas tu saya dipostingkan ke SABK dengan opsyen khb...sy betul berminat untuk ceburi pendidikan khas...masalahnya permohonan ditutup, bagaimana ye

    BalasPadam
  14. saya pun dah terlepas peluang ni...cm mana?

    BalasPadam
  15. Ada kekosongan utk subjek bm tak... Berminat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada.. tapi rasanya dah tamat tempoh untuk memohon rasanya..
      cuba lagi tahun depan k!

      Padam
    2. assalamualaikum cikgu hailmi, boleh bagi link nak ambil pito opsyen bm tak, link yang cikgu bagi tu dah tak boleh masuk,.... kalau tak keberatan,cikgu boleh wassap saya di no ni 0175678714

      Padam
  16. Alahai... Kalau Tetiba nk isi kekosongan serta merta bgtau la.. Wiling to go.. Huhuhu

    BalasPadam
  17. Saya ingin menimba ilmu dalam pendidikan khas. Bila agaknya permohonan baru akan dibuka?

    BalasPadam
  18. Buat sementara waktu blom ada info lagi
    Kalau ada nanti saya kongsikan di sini yer.. ;)

    BalasPadam
  19. boleh saya tau dak bila n dimana ada buat kursus pend khas? nak ikut part time course ada ka?

    BalasPadam
  20. saya dh 5 tahun pengalaman mengajar math.. macam mana cara untuk memohon dan join PITO ni ye..???

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang saya faham PITO nih dibuat khas untuk guru Sains dan Matematik yang tidak dapat mengajar Sains dan Math, serta mahu buat tambahan opsyen.. selalunya iklan akan keluar di KPM.. selalu2 lah rujuk yer.. ;)

      Padam
  21. bila bleh mohon PITO..n PITO ada tarikh tutup ke

    BalasPadam
  22. selalunya ada keluar iklan.. buat sementara waktu nih blom ada khabar dan makluman.. kalau ada nanti saya maklumkan dalam blog nih yer.. ;)

    BalasPadam
  23. ASKUM. tuk thun 2014 ni dh kuar lom permohonan PITO NI? Saya berminat la. kalau ada tlg makum kn erk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. untuk tahun 2014 nih macam blom keluar lagi.. kalau ada nanti saya kongsikan yer.. ;)

      Padam
  24. Salam. Saya berminat dengan PITO ni untuk opsyen English. PPD saya kata kursus di Nilai. Tapi tak banyak info saya dapat. Bole bantu bagi maklumat tentang PITO 2014?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya iklan akan keluar dekat hujung tahun. Surat makluman jg akan diberikan ke sekolah2.

      Padam
  25. Salam, saya opsyen kaunseling sek men, kalau nk mohon PITO pend. khas sek ren blh ke..dan saya x ada pengalaman mengajar pend khas tp berminat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. saya rasa tak ada masalah jika tak ada pengalaman mengajar. Sebab ada kawan saya yang mengikuti PITO juga tak pernah ajar subjek yang dipohonnya.. Selamat mencuba ye cikgu

      Padam
  26. salam..saya dah pernah apply kursus pito ni..bl sy call kpm dia kata sy x layak sbb syarat nya guru2 yg subjek kritikal shj,sy pohon utk kh.tp sy skarang mengajar subjek teknikal di kolej vokasional..macamana yer...sy tringin sgt nk pegi kursus tu.tq

    BalasPadam
  27. salam cikgu...saya nak tanya...sy berminat nak tambah kursus pendidikan seni dan dah lama mengajar subjek ni dan opsyen sains...ada tak ditawarkan kursus ni oleh pito

    BalasPadam
  28. kursus PITO ni ade ditawarkan lg x tahun ni..berminat untuk mengajar sej / pendidikan khas..opsyen sekarang MPV..ape kelebihan dan tawaran berikutnya sekiranya calon itu selesai mengikuti kursus ini..hmmm

    BalasPadam
  29. Saya dh apply jun hari tu...pend khas menengah..Tp skang sy sdang sakit...mcm mana ye nk tolak...kena marah ke kalau tolak

    BalasPadam
    Balasan
    1. adakah puan dah diterima untuk mengikuti kursus nih?
      kalau dah, saya cadangkan puan telefon pegawai yang berkenaan dan mohon untuk ditangguhkan sehingga kesihatan puan kembali pulih..

      Padam
    2. salam....saya dah mohon bulan jun 2014 pend khas menengah tetapi gagal......bagaimanakah membuat rayuan? terima kasih tuan

      Padam
  30. salam....saya dah mohon bulan jun 2014 pend khas menengah tetapi gagal......bagaimanakah membuat rayuan? terima kasih tuan

    BalasPadam
  31. sy telah mengajar geografi selama 17 tahun. Teringin nak buat pito tahun 2015. Ada x subjek geo ditawarkan. Bulan berapa iklannya.

    BalasPadam
  32. Permohonan saya utk pendidikan khas pun tak berjaya. Ingin juga merayu. Bagaimana?

    BalasPadam
  33. boleh tolong maklumkan sesiapa yg tau bila tawaran PITO 2015 keluar? Nak tau juga apa opsyen yang ditawarkan. Teringin nak tambah opsyen bi. t.kasih.

    BalasPadam
  34. sy pon nk tny ble pito akn di iklankan thn ni ye?klu de mohon syer di sini..tq

    BalasPadam
  35. btol ke klu kite amek pito ni kite leh mhon sek yg de kursus yg kite amek tu?

    BalasPadam
  36. boleh ke kalau mohon pito subjek sek rendah, sedangkan sy mengajar di sek menengah

    BalasPadam
  37. Boleh x saya mohon PITO utk subjek sejarah?Skg ni sy ngajar pend khas menengah.tambah pengalaman.

    BalasPadam
  38. bila agknye pito 2015 akn keluar?klu ada,mhon syer link d cni..tq..

    BalasPadam
  39. Salam..bila agaknya pito 2016 akan keluar

    BalasPadam
  40. ble ye pito 2016 akn keluar??

    BalasPadam
  41. Untuk tahun 2017.. dijangkakan bila ya

    BalasPadam
  42. Assalamualaikum Cikgu Hailmi,saya amat berminat untuk memohon Program PITO untuk Pendidikan Khas Sekolah Rendah,jadi saya nak tahu bila agaknya Program PITO untuk tahun 2017 ini akan dibuka ye..sekiranya Cikgu Hailmi ada sebarang maklumat bolehlah dikongsikan disini. Segala jasa baik Cikgu Hailmi terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.

    BalasPadam
  43. Assalamualaikum,
    Saya juga berminat untuk mengetahuinya.. untuk tahun 2017 bila yea.

    BalasPadam
  44. As salam.. cgu halimi bila agak2 pito pend khas 2017 akn kluo.. kongsikan nnt ye.. t kasih

    BalasPadam
  45. ble_ye_PITO_2017_dibuka??

    BalasPadam
  46. assalamualaikium... minta jasa baik cg hailmi update untuk 2017 bila kluo nanti.terima kasih

    BalasPadam
  47. Saya pun berminat. Mohon maklumkan permohonan sekiranya telah disiarkan....Terima kasih.

    BalasPadam
  48. bagaimana pula kes sekiranya pengajian sosial sekolah rendah tetapi ingin menukar opsyen ke sekolah menengah...

    BalasPadam
  49. maaf nak tanya...kursus ni utk tahun 2018 ada x..jika tuan empunya blog masih aktif....

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya berminat..kursus utk tahun 2018 ada x..

      Padam
  50. Saya pun berminat, boleh assist kami? Tapi tuan blog ni macam dah tak aktif je.

    BalasPadam
  51. Sehingga tarikh yang saya tulis nih, 29.05.2018, sebenarnya iklan PITO nih dah tak dek untuk beberapa tahun. Tak pasti pulak kenapa dihentikan.. tapi mana tahu kan, kot2 lepas nih ada lagi dikeluarkan iklan. Yang penting, cikgu2 kena alert dengan iklan pasal pendidikan, terutamanya yang dikeluarkan daripada laman web rasmi KPM. Selamat maju jaya ya cikgu!

    BalasPadam
  52. Alhamdulillah saya ditawarkan PITO di kampus Dato Razali KT.. saya opsyen prasek ttpi diwrkn PITO BIng... Sy tdk memohon ttpi setahu sy Unit Bahasa di JPN yg mngisi kekosongan ini brdasarkn syarat klyakn seseorong.. Juga ats dasar subjek kritikal

    BalasPadam
  53. saya dah hampir 17 tahun mengajar bm...tapi bkn opsyen bm...kalua ada PITO bm...saya nak sangat2

    BalasPadam
  54. Ada iklan PITO pend khas. Cara mohon dia memang isi borang atas kertas je ke?

    BalasPadam
  55. Salam..saya baru dapat tawaran PITO pend khas.. berbelah bagi nak terima ke tak sebab tempoh kursus tu.. kena face to face di IPG 5 minggu lagi .. boleh bagi cadangan?

    BalasPadam
  56. Masih ada lagi kursus PITO tak????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya guru bimbingan dan kaunseling. Blh tak saya apply kursus PITO ni memang x blh tahan dgn opsyen kaunseling

      Padam
  57. Are you wanting tutoring services or private lessons within the Greater Jakarta area and its particular surroundings? Do you need private tutoring services... visit https://privatmurah.vercel.app/les-privat-makasar-murah.html for more information

    BalasPadam
  58. Executive-Education.id is an educational institution providing you with tutoring services where tutors come to the property, to ensure students can study ... visit https://kursus-jerman.vercel.app/kursus-bahasa-jerman-bangka.html for more details

    BalasPadam