About Me

Adab Makan Masyarakat Malaysia

Secara amnya, adab makan masyarakat Malaysia; Melayu, Cina, India dan pelbagai kaum lagi tidak jauh berbeza. Kita perlu mengamalkan adab makan yang bersopan. Masyarakat Malaysia mempunyai adab makan yang tersendiri. Antara adab makan tiga kaum utama di Malaysia adalah seperti yang berikut:


a) Adab Makan Masyarakat Melayu
Orang Melayu pada zaman dahulu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa makan sama ada di rumah ataupun di majlis-majlis keramaian. Ia bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga untuk menjaga sopan santun orang Melayu. Sebagai contoh seseorang itu dilarang tidur selepas makan. Maksud di sebalik larangan ini ialah untuk pendidikan dan kesihatan. Kalau tidur semasa perut kenyang, makanan yang dimakan masih belum hadam. Ia akan melalaikan seseorang daripada melakukan pekerjaan lain seperti bersolat dan sebagainya.

Adab makan masyarakat Malaysia
Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:
1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.
2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
8. Makan tidak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
10. Makan pinggan bertindih nanti beristeri dua.
11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.



Selain pantang larang terdapat pula adab dan tatatertib yang berkaitan dengan makan. Antara adab dan tatatertib tersebut adalah seperti berikut:

  • Ketika berkunjung ke rumah orang, apabila tuan menghidangkan makanan atau minuman, janganlah menolaknya. Jika kenyang sekalipun kita hendaklah setidak-tidaknya menjamah sedikit hidangan yang disajikan itu.

  • Setelah makanan dihidangkan, pastikan orang yang lebih tua duduk dahulu kemudian baharulah diikuti oleh orang muda pula mengambil tempat masing-masing.

  • Anak gadis pula dikehendaki menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang lebih tua.

  • Biarkan orang yang lebih tua mengambil makanan dahulu kemudian barulah diikuti oleh orang muda. Adalah tidak sopan jika membiarkan orang yang lebih tua makan sisa orang muda. Oleh itu, sesetengah orang membuat peraturan supaya orang muda makan berasingan daripada orang yang lebih tua atau orang tua makan dahulu daripada orang muda. Bagaimanapun, amalan ini tidak begitu sesuai jika hendak menanamkan kemesraan dan semangat kekeluargaan dalam kalangan anak-anak.

  • Ketika makan seelok-eloknya ambillah makanan yang berhampiran dengan kita. Janganlah menjangkau makanan yang sukar dicapai. Mintalah bantuan orang lain yang berdekatan jika kita mahukan makanan itu.

  • Ketika menghulur atau menyambut makanan, sebaik-baiknya gunakan tangan kanan, tetapi jika tangan kanan kotor, bolehlah kita menggunakan tangan kiri.

  • Semasa menghulur dan menyambut makanan, seelok-eloknya siku atau pergelangan tangan ditampung sedikit dengan tangan yang sebelah lagi.

  • Semasa mengambil kuah atau nasi, gunakan tangan kiri supaya sudu atau senduk tidak kotor.

  • Pastikan sudu, piring atau mangkuk tidak berlaga dan berbunyi ketika menyenduk. Ini dianggap kurang sopan dan kasar jika berlaku pergeseran antara sudu, piring atau mangkuk sehingga berbunyi.

  • Ketika makan pula janganlah bercakap-cakap. Lebih-lebih lagi jika mulut penuh dengan makanan.

  • Jika bercakap pun pastikan tidak menimbulkan perkara yang kurang menyenangkan sehingga boleh mengganggu selera makan orang lain.

  • Jangan makan berbunyi, umpamanya menghirup minuman atau mengunyah makanan.

  • Ketika orang lain sedang makan janganlah menghembus hingus, berkahak atau berludah dengan kuat.

  • Jangan makan terlalu kenyang.  Makanlah setakat mengenyangkan atau mengalas perut sahaja.

  • Jika selesai makan terlebih dahulu jangan sekali-kali mengangkat pinggan dan meninggalkan orang yang sedang makan. Seelok-eloknya tunggu dan pastikan semua orang sudah selesai makan barulah bangun.

  • Jika mahu mengemaskan tempat makan atau meja makan, pastikan semua orang sudah selesai makan. Tidak sopan jika mengemas ketika orang lain masih menikmati hidangan. Jika dilakukan, seolah-olah kita menyindirya supaya berhenti makan atau melarangnya menghabis makanannya.

  • Jangan pergi ke rumah orang pada waktu makan dan waktu maghrib. Ini mengganggu tuan rumah kerana mungkin dia telah memasak makanan cukup untuk keluarganya sahaja. Waktu maghrib pula adalah waktu sembahyang yang paling singkat dan kedatangan tetamu menyebabkan tuan rumah serba salah untuk meninggalkan tetamu keseorangan. Oleh itu seelok-eloknya datanglah selepas waktu  isyak.

Pantang larang ini diadakan bukan sahaja sebagai pengajaran tetapi bertujuan untuk menjaga tatasusila supaya kita tidak melakukan perkara yang kurang sopan. Orang Melayu memang terkenal dengan sopan santun mereka sejak zaman dahulu lagi. Oleh yang demikian, beberapa pantang larang diwujudkan supaya kesopanan dapat dikekalkan hingga ke generasi yang akan datang.

 

b) Adab Makan Masyarakat Cina

  • Sungguhpun orang cina memakai penyepit ini sewaktu mereka hendak menjamu selera ,namun mereka tidak akan sesekali memukul/mengetuk, membuat bising, menarik perhatian atau membuat gerak isyarat  kayu penyepit ini dimangkuk makanan mereka sewaktu makan. Mengapa? Ini kerana perilaku tersebut biasanya dilakukan oleh orang yang bergelar pengemis sahaja. Bagi mereka bermain-main dengan kayu penyepit merupakan salah satu tingkah yang amat biadab.
  • Penyepit tidak digunakan untuk mengalihkan pinggan mangkuk.
  • Selalunya, penyepit tidak digunakan untuk tikam-menikam makanan, kecuali menyiat-nyiat makanan yang lebih besar seperti sayur dan kimchi. Adakalanya, benda yang kecil dan sukar dipegang seperti bebola ikan boleh ditikam, tetapi ini tidak diterima oleh golongan tradisional.
  • Penyepit boleh diletakkan pada atas pinggan mangkuk secara melintang agar tidak menyentuh meja. Selain itu, hashioki (alat letak penyepit) juga digunakan untuk menjauhkan hujungnya dari permukaan meja.
  • Penyepit tidak boleh diletakkan berdiri tegak dalam mangkuk berisi nasi atau makanan lain. Mana-mana benda berbentuk batang yang ditegakkan menaik sebegini menyerupai batang colok  yang digunakan sebagai sembahan kepada ahli keluarga yang mennggal dunia; sesetengah upacara pengebumian menentukan hidangan sembahan kepada si mati dengan menggunakan penyepit berdiri tegak.
  • Elakkan dari memakan dari penyepit yang kedua-dua hujungnya tidak sama rata, kerana ini ibarat peribahasa Cina “tiga panjang dua pendek” yang bererti maut.

 

c) Adab Makan Masyarakat India
* makan dengan menggunakan tangan kanan
* makan dengan tertib
* makanan diletakkan di atas daun pisang
* tidak bercakap dengan kuat semasa makan




d) Adab Makan Masyarakat Lain-lain
              tiada sumber rujukan




p/s: saya sangat mengalu-alukan perkongsian daripada pembaca-pembaca lain yang arif mengenai adab makan masyarakat lain-lain di Malaysia..  ;) 

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. hu3... adab dan kepercayaan tuh.. mana yang bagus ikut ler.. ;)

    BalasPadam
  2. adab masyarakat di sarawak dan sabah x ada ke......

    BalasPadam
  3. adab ketika makan masyarakat di sabah and sarawak pleaseeee......

    BalasPadam
  4. this informations were helpful and touhgtful.

    BalasPadam
  5. INFO INI SANGAT MEMBANTU :)

    BalasPadam
  6. Wassalam, sy nak tanya sikit, di malaysia ada tak tempat nak belajar adab makan ? Nak bawa kawan belajar kat sana, ssah la, org dah tegur makan tak bleh bbunyi, sehari dua je dah balik prangai buruk. Dah balik² tegur ,tak brubah juga.. Ade tak sape² boleh recommend tpt blajar adab makan dkt malaysia ni?

    BalasPadam