About Me

5 Bahan Mudah Untuk Bersihkan Toksin Dalam Hati

Bahagian hati mempunyai sangat banyak fungsinya kepada kesihatan kita. Hati akan membersihkan semua toksin yang ada dalam badan, sekaligus membolehkan semua sistem dalam badan kita berjalan dengan baiknya. Bahan-bahan dalam pemakanan kita, pencemaran dari luar serta kebergantungan yang tinggi terhadap ubat-ubatan juga sebenarnya hanya menyumbangkan lebih banyak kandungan toksin dalam badan.

5 Bahan Mudah Untuk Bersihkan Toksin Dalam Hati

Jadi, jom kita cuci semula hati kita dengan bahan-bahan mudah yang boleh diperolehi di dapur atau pun di pasar.

1. Air Lemon Suam
Air lemon suam merupakan bahan terbaik untuk nyahtoksin daripada badan, terutamanya di waktu pagi. Ini bukan jus lemon, jadi jangan tambahkan gula atau bahan-bahan lain. Pakar pemakanan mengakui bahawa hati menghasilkan lebih banyak enzim jika bertindakbalas dengan air lemon suam.

2. Bawang Putih
Banyakkan bawang putih dalam masakan dan makanan anda lepas ini. Ini kerana bawang putih mengandungi sebatian sulfur yang boleh membantu mengaktifkan enzim dalam hati. Ianya juga mengandungi allicin dan selenium yang diakui baik untuk melindungi hati.

3. Avokado
Buah ini memang banyak fungsinya. Satu kajian di Jepun mendapati avokado mengandungi sebatian yang dapat melindungi hati daripada kerosakan. Jika dibandingkan dengan 21 jenis buah yang lain, avokado merupakan buah yang paling berpotensi tinggi untuk melindungi hati daripada "galactosamine", iaitu bahan toksin paling kuat dalam merosakkan fungsi hati. 

4. Cilantro / Coriander
Cilantro ataupun Coriander juga dikenali sebagai Chinese Parssley, dhania. Herba ini boleh ditambahkan dalam diet pemakanan seharian kerana ianya dapat menyingkirkan logam berat dalam badan, sekaligus meringankan tugas hati semasa kerja pembersihan hati.

5. Kunyit
Satu lagi bahan penambah rasa dalam makanan yang mempunyai banyak khasiat. Kunyit bukan sekadar melindungi hati daripada rosak, tetapi juga menggalakkan penghasilan sel-sel baru hati. Ianya juga dapat meningkatkan penghasilan hempedu semulajadi, dan membantu dalam memastikan badan sentiasa berada dalam keadaan bebas dari toksin.


Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. sila beri kredit kepada sumber asal: http://truththeory.com/2013/05/23/how-to-clean-your-liver-with-5-natural-liver-cleansing-tips/

    BalasPadam
  2. hoho..baru tahu nih. thanks.

    BalasPadam
  3. semoga sama-sama beroleh manfaat..

    BalasPadam
  4. Ramai yang baru tahu... Tomasuk la den...~ :)

    BalasPadam
  5. takper3.. jom cuci hati ramai2.. ;)

    BalasPadam
  6. uhukuhuk, yup2,, kena slalu maan smua ni.. '

    http://www.nurfuzie.com/2013/05/header-tiba-tiba-tak-boleh-jadi.html

    BalasPadam
  7. Hati antara organ yang paling penting dalam badan, teringat arwah abah yang pergi sbb kanser hati..

    BalasPadam
  8. insaf dengar kisah sufi MS.. semoga tabah yer..

    BalasPadam
  9. Hati memang selalu kena cuci.
    Sebab organ pertama skali sebelum masuk ke dalam lagi.
    Macam penapis la.

    BalasPadam