About Me

Pope Baru Francis Tidak Menepati Ramalan Malaichi

Cardinal dari Argentina, Jorge Mario Bergoglio telah diangkat sebagai Pope baru dengan mengambil nama Francis I. Berusia 76 tahun, beliau juga merupakan Pope pertama yang bukan berasal dari Eropah sejak 1 300 tahun dahulu.



Sebelum ini jawatan Pope banyak dikuasai oleh Cardinal yang datang dari benua Eropah, terutamanya dari Itali. Namun pemilihan Bergoglio juga dilihat sebagai usaha untuk menarik minat golongan yang berasal dari benua Amerika Latin yang menunjukkan peningkatan yang besar dari segi kenaikan bilangan penganut.

Bergoglio mengambil nama Francis I bersempena dengan St Francis of Asissi yang terkenal dengan sifat gaya sederhana. Maka secara rasminya juga beliau kini merupakan Pope yang ke-266 dalam sejarah panjang Vatican City. Pemilihan Pope Francis ini juga dilihat sebagai mengejutkan kerana beliau tidak termasuk dalam senarai calon-calon popular bakal Pope.



Apatah lagi dengan ramalan Malaichi yang mengatakan Pope yang sepatutnya mengisi kekosongan ini adalah Pope yang terakhir iaitu Peter Romanus. Bersama-sama dengan kemunculan Peter Romanus juga, akan mula keluar kejahatan dan juga Dajjal atau Antichrist.

Nampaknya kini ramalan Malaichi hanya tinggal sebagai cebisan satu lagi ramalan "palsu" seperti mana ramalan-ramalan kiamat sebelum ini.



Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Cuba baca dalam artikel ni pula.

    http://malai-ur.blogspot.com/2013/03/pope-roman-peter-ii-sudah-dilantik.html

    Dalam link url ni dia tulis : Pope-roman-peter-ii-sudah-dilantik.

    BalasPadam