Kelab Sofbol SMK Bukit Assek baru-baru ini, dengan kerjasama Persatuan Sofbol Amatur Sibu telah berjaya mengadakan Karnival Sofbol Sibu 2013 pada 2 dan 3 Mac yang lalu. Sebanyak 6 pasukan Bawah 21 tahun telah menyertai karnival tersebut di atas tiket sekolah masing-masing.


karnival sofbol 1 malaysia sibu 2013

Penganjuran ini adalah bagi tujuan memberi peluang kepada pemain sofbol di seluruh Sibu, untuk melibatkan diri dengan lebih banyak lagi kejohanan. Apatah lagi, kegiatan sofbol di Sibu sebelum ini hanyalah terhad kepada musim MSS sahaja.

Jadi dengan penganjuran karnival 2 hari ini juga diharapkan dapat mencungkil lebih banyak lagi bakat baru, serta dalam masa yang sama mempertingkatkan lagi kualiti dan mutu permainan sofbol di Sibu. Insha Allah, sekiranya tiada apa-apa halangan, mungkin Sibu juga sudah boleh mengorak langkah bagi menubuhkan kelab sofbol yang aktif bermain di kejohanan terbuka Sarawak suatu masa nanti!



karnival sofbol 1 malaysia sibu 2013

Kehadiran beberapa orang bekas pemain wakil Sibu juga, seperti Mohd Ikmal dan Salnoralwie juga banyak membantu pasukan yang terlibat karnival ini dalam memberikan persembahan yang terbaik. Ternyata pengalaman bertahun-tahun dapat dikongsi dengan baik oleh semua pemain.


Keputusan akhir kejohanan adalah seperti berikut:


JOHAN
SMK Luar Bandar Sibu

NAIB JOHAN 
SMK Bukit Lima

KETIGA
SMK Chung Hua


Tahniah juga buat semua guru yang bertungkus lumus dalam membantu menjayakan karnival ini, terutamanya buat Cikgu Mohd Adam (SMK Bukit Assek), Cikgu Achmaed Ckhalifh (SMK Bukit Lima), Cikgu Joshua Tingom (KV Sibu), Cikgu Peter Coelho (SMK Chung Hua), Cikgu Jerry Morris Unong (SMK Sibu Jaya), Cikgu Mohd Azam (SMK Sibu Jaya) dan Cikgu Hailmi (SMK Luar Bandar Sibu).

Kerjasama yang erat antara guru-guru, selain berkongsi minat yang sama, telah memungkinkan karnival ini dilangsungkan dengan jayanya sekali. Sekali lagi TAHNIAH diucapkan kepada semua peserta dan guru-guru yang terlibat.



pasukan sofbol SMK Luar Bandar Sibu (Wesli, Selanjat, Pressly Palong, Gebbson Belawan, Jicky Joseph, Chan Wan Ho, Paul, Sylvester Jetik, Stevenson Minggu, Jackson, Sylvester Bagok, Terry Jeffry, Esther Maxcuell dan Christopher Klin)

p/s: Ucapan sekalung TAHNIAH buat anak didik ku dari pasukan SMK Luar Bandar Sibu (Wesli, Selanjat, Pressly Palong, Gebbson Belawan, Jicky Joseph, Chan Wan Ho, Paul, Sylvester Jetik, Stevenson Minggu, Jackson, Sylvester Bagok, Terry Jeffry, Esther Maxcuell dan Christopher Klin) yang berjaya menjadi Johan pertama Karnival Sofbol Sibu. Semoga terus mencipta lebih banyak kejayaan di masa akan datang..