About Me

5 Perkara Menakjubkan Dari Sistem Solar Kita

Ruang angkasa lepas memang penuh dengan perkara yang menakjubkan ciptaan Tuhan. Setiap kejadian ada kepentingan dan sejarah masing-masing. Di sini saya kongsikan 5 perkara yang menakjubkan dari sistem solar kita.


#1 - Zuhal Mempunyai Ribut Berbentuk Heksagon
Para saintis menemui ribut yang terdapat di kutub utara pada planet Zuhal (Saturn) adalah berbentuk heksagon. Saintis masih belum mengetahui kenapa boleh berlaku keadaan sedemikian. Dan bertambah pelik kerana putarannya akan bertukar setiap 10 jam sekali.
 


#2 - Bulan di Zuhal berbentuk kacang walnut
Terdapat tiga bulan di planet Zuhal namun satu yang paling menarik perhatian adalah bulan yang diberi nama Iapetus, yang berbentuk seperti kacang walnut. Bersaiz 10 kali lebih kecil dari bumi, bonjolan pada bulan tersebut adalah barisan pergunungan yang terhasil daripada pergerakan bulan tersebut pada planet Zuhal.



 
#3 - Planet Musytari (Jupiter) yang berubah warna
Planet yang terkenal dengan warnanya yang cantik ini rupa-rupanya boleh berubah warna. Sebenarnya gegelang warna yang lebih gelap itu boleh bertukar kedudukan. Ini saintis menjangkakan ini adalah disebabkan oleh keadaan planet tersebut yang selalu dilanda oleh hyperstorm (ribut hiper).




 
#4 - Triton yang mengatasi logik akal
Terdapat sebutir bulan yang bernama Triton pada planet Neptun. Bulan ini sebenarnya masih aktif secara geologi dengan dipercayai bahawa terdapat lapisan nitrogen yang tebal di permukaan nya.



 
#5 - Bukti kewujudan benda hidup di Marikh
Gas metana berjaya dikesan dengan banyaknya di planet Marikh yang membuktikan bahawa ada kewujudan benda hidup di sana. Aktiviti geologi mampu membebaskan gas metana. Namun tiada kesan aktivti geologi yang terkini diperolehi dari planet tersebut. Namun, benda hidup juga merupakan salah satu daripada perkara yang boleh menghasilkan gas metana.





Catat Ulasan

2 Ulasan