Cikgu Hailmi | 100 Hari Berblogging, Apa Saya Dapat? cikguhailmi.com

Alhamdulillah, hari ini genaplah 100 hari saya 'terjebak' dalam dunia blogging nih. Blog tahap baby lagi kan? Sepanjang tempoh ini, saya masih lagi berusaha untuk tetap dan maintain dengan tujuan utama saya menyertai dunia blogging nih, iaitu bagi mengkongsikan ilmu dalam dunia pendidikan dengan cara yang lebih santai dan mudah difahami.

Follower baru 103 orang, LIKE kat Facebook baru 170. View pun baru 22,439. Dan sepanjang tempoh ini juga, dah 3 kali bertukar rupa design blog saya!

Jadi, dah cukup 100 hari berblogging, apa yang saya dah dapat?


1. Sokongan rakan-rakan guru yang cukup best
Saya ambil kesempatan ini juga untuk ucapkan terima kasih kepada rakan guru yang mula-mula bagi perangsang untuk meyakinkan saya melibatkan diri dalam dunia blogging ini, iaitu 2 kawan baik saya, iaitu Cikgu Wan Naliza dan Cikgu Ivy Chan! Terima kasih banyak-banyak! Juga kepada Cikgu Wilma yang banyak berkongsi tips-tips blogging nih dengan saya.

Untuk guru blogger lak, contohnya macam Cikgu Khairol, guru sofbol dari Terengganu yang hebat. Masa mula-mula buka blog ni, dialah antara salah seorang yang selalu bertandang ke blog saya dan bagi komen-komen kat entri. Tak dilupakan juga Cikgu Jikkam Yong, guru Bahasa Inggeris di Song, Sarawak yang memang talented dalam mengajar budak dengan kreatif. Lepas nih mintak Guru Cemerlang k!


2. Ilmu blogging dari blogger taiko
Yang ini Acik dari AkuPenghibur yang banyak tolong. Walaupun dia dah lama terlibat dalam dunia camnih, tapi langsung dia tak lokek ilmu nak kongsi. Selalu saya melawat sana, belajar dan sedut ilmu pe yang patut. Dia pun selalu jugak bertandang ke blog buruk saya nih. He3. Kalau bab-bab widget ke tips SEO ke, selalu saya ke HasrulHassan. Banyak tips berguna kat sana untuk orang yang baru nak berblogging nih.


3. Ranking Alexa 1,350 dalam Malaysia!
 Ranking Alexa nih lebih kurang semacam ukuran lah untuk tahap keglameran website/blog yang ada kat seluruh dunia. Walaupun ada jugak kelebihan dan kekurangan pada ranking Alexa ni, saya gembira bila ranking blog saya dah mencecah 1,350 dalam ranking di Malaysia pada 3 bulan sahaja setelah terhasilnya blog ini. Bagi saya ini pencapaian peribadi saya lah. Ramai lagi yang hebat-hebat, tapi untuk saya, saya dah kira boleh bersyukur.


Alexa ranking untuk blog Cikgu Hailmi di cikguhailmi.com

Tapi sedihnya, masa tukar ke domain dotcom baru-baru ini, semua ranking tuh kena start zero balik.. hmm, mula balik lah jawab nya! OK lah kan? Sekurang-kurangnya saya ada faktor pendorong untuk saya berusaha dengan lebih gigih lagi dalam bidang blogging nih.

Sasaran ranking? Penasihat blog, Abau dah setkan Blog Tun M sebagai sasaran ranking terbaru..


4. Dari blogspot ke dotcom
Dalam tempoh 100 hari ini jugak, saya ambil keputusan untuk beli domain dotcom. Sebab apa? Sebab saya nak mengembangkan lagi blog ini ke tahap yang lebih baik lagi, juga dengan harapan supaya blog ini boleh jadik bahan rujukan yang bermanfaat kepada dunia pendidikan (akademik, ko-kurikulum dan lain-lain)

Sekaligus bertukarlah dari zaman ".blogspot.com" ke zaman ".com". Hati rasa gembira gilerr, sebab tercapai jugak cita-cita masa belajar kat universiti suatu ketika dahulu, nak ada website nama sendiri.


5. Duit Nuffnang yang banyak
Terima kasih jugak saya ucapkan kepada Nuffnang untuk bagi duit yang banyak kepada saya. Hu3.. Poyo! Kisah sebenarnya, akaun Nuffnang saya baru ada RM0.75 sahaja, walaupun jumlah orang view dah mencecah 20k. Ada rakan yang pelik, sebab dia ingat bila kita letak iklan nuffnang ja, dah boleh masuk duit ribu riban. Salah faham..

Duit kecik ke, duit banyak ke, saya tak kisah pun. Sebab tujuan saya nak join blogging nih sebab nak kongsi ilmu. Takper, lepas nih kalau nak sumbang duit banyak-banyak jugak kat saya, sila lah klik iklan-iklan Nuffnang tuh banyak-banyak kali supaya duit boleh masuk banyak lagi!


Kesimpulannya, teruskan menyokong blog ini! TQ!


LUV,
Cikgu Hailmi