Makanan yang kita makan sebenarnya dapat dikategorikan kepada kelas makanan yang tersendiri. Setiap kelas makanan ini mempunyai kebaikan dan  fungsi yang tertentu kepada tubuh badan kita. Ada 7 semuanya kelas makanan, iaitu Karbohidrat, Protein, Lemak, Vitamin, Mineral, Serat dan Air. Jom kita lihat satu persatu kelas makanan tersebut dan juga fungsi beserta contoh makanan. Semoga bermanfaat!


KARBOHIDRAT
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen
Fungsi : Membekalkan tenaga
Contoh : nasi, roti, coklat, ubi


 Kelas makanan : protein 
PROTEIN
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen dan kadangkala sulfur serta fosforus
Fungsi : membina sel baharu, baiki tisu rosak
Contoh : Daging, Ikan, Putih Telur, Susu dan Kacang Soya
  

Kelas makanan : lemak
LEMAK
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen, oksigen, tetapi dalam nisbah berlainan
Fungsi : Memanaskan badan, mengekalkan suhu badan, membekalkan tenaga, melindungi organ dalaman daripada gegaran
Contoh : Mentega, Kuning Telur, Minyak Ikan, Lemak Daging

   
 VITAMIN
Sebatian organik yang penting untuk badan
Terbahagi kepada Vitamin Larut Lemak (A,D,E,K) dan Vitamin Larut Air (B,C)
Fungsi : Penting untuk kesihatan badan
Contoh : Tomato, Susu, Limau, Telur, Ikan Kod


Kelas makanan : garam mineral
GARAM MINERAL
Sebatian organik yang penting untuk memelihara kesihatan badan
Diperlukan dalam kuantiti yang sedikit sahaja
Fungsi : Penting untuk kesihatan badan
Contoh : Ikan Bilis, Garam, Tomato, Limau, Telur, Ikan Kod


Kelas makanan : pelawas
 PELAWAS
Bahan bergentian yang tidak dapat dicernakan badan
Merangsang pengecutan otot di sepanjang salur pencernaan
Fungsi : Mencegah sembelit
Contoh : Nangka, Nenas, Betik, Jagung

Kelas makanan : Air
 AIR
67% daripada badan manusia terdiri daripada air

Fungsi : Mengangkut bahan terlarut ke seluruh badan, mengawal suhu badan dan kepekatan darah
Contoh : Air minuman


Tengok Video Ujian Makanan