COCA
COLA : SEJARAH
Seorang ahli Farmasi John Smith Pemberton dari Columbus,
Georgia telah mereka wain koka dengan
gelaran Wain Koka Perancis Pemberton
(Pemberton’s French Wine Coca) pada tahun 1884. Apabila undang-undang di
tempatnya, melarang penjualan minuman keras, Pemberton mula mencipta versi baru
yang diberi nama, Coca-Cola, kerana ia mengandungi perangsang daun koka dari
Amerika Selatan yang mengandungi kaffeina.
Pada mula-mulanya Coca Cola dijual
sebagai ubat paten untuk lima sen
segelas. Tetapi tidak mendapat sambutan ramai. Coca-cola mula menjadi terkenal
apabila bermulanya Perang Dunia II, di mana Syarikat Coca-Cola memberikan minuman percuma kepada Tentera Amerika
Syarikat. Coca-Cola mula membina kilang
di luar negeri untuk memastikan minumannya dapat dibekalkan kepada askar-askar,
sekaligus mewujudkan asas untuk perkembangan syarikat di luar negeri selepas
peperangan. Kepopularan Coca-Cola
tercetus sewaktu askar-askar Amerika pulang ke negara selepas peperangan dengan
rasa untuk minuman itu. Minuman itu terus menjadi sinonim kepada cara hidup
Amerika.
Sebelum Amerika Syarikat memasuki
Perang Dunia II, kesulitan menghantar sari Coca-Cola ke Negara Jerman dan
kawasan-kawasan pendudukannya menyebabkan
penciptaan FANTA, sejenis minuman baru oleh seorang kakitangan Coca-Cola.
COCA
COLA : KANDUNGAN BAHAN KIMIA
1. Air berkarbonat
2. Zat Pewarna (Karamel dan/atau
Sulfit Ammonia Karamel)
3. Kaffein
4. Asid Fosforik
5. Asid Sitrik
6. Kalium Benzoat
7. Kalium Sitrat
8. Natrium Benzoat
9. Natrium Sitrat
10. Natrium Siklamat
11. Perasa
COCA
COLA : KEGUNAAN
1. Untuk menghancurkan
tulang : Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur
atau hilang sama sekali dalam masa 2 – 10 hari.
2. Untuk mencuci
tandas : Tuang setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan
kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'asid sitrik'
yang berada dalam Coke.
3. Untuk
menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper
dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!
4. Untuk
menghilangkan kesan hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin
Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
5. Untuk melonggarkan
skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut
pasti longgar dan boleh dibuka.
6. Untuk
menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam
mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti
hilang.
7. Untuk mencuci cermin
kereta yang berdebu/kotor/melekit : Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti
bersih.
COCA COLA : FAKTA MENARIK
Kandungan gula bagi satu tin Coke adalah bersamaan dengan 18 SUDU cawan teh!
Asid Sitrik dalam Coca-cola akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal
kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis.
Bahan aktif Coke adalah ASID FOSFORIK, dengan pH 2.8, ia boleh meleburkan sebatang paku dalam
masa 4 hari. Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang
lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit OSTEOPOROSIS, reput tulang!
Lori yang membawa air sirap Coke dalam lori
tangki,[bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan
tanda amaran "Bahan Kimia
Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga
diselaputi bahan anti-hakisan untuk mengelak lori tu dihakis.
Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya
akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk MENGHILANGKAN
KESAN DARAH di jalanraya apabila berlaku kemalangan.
DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara
spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai RACUN PEROSAK yang disembur untuk membunuh serangga perosak dalam
ladang kapas dan cili mereka.
Coca Cola juga didakwa mengandungi ALKOHOL seperti yang didakwa dalam Everett Beal’s Recipe Book (Feb
28, 1979) dan juga Pemberton’s Notebook
(1992) yang disiarkan dalam History: For God, Country Coca-cola
#
Fakta seperti yang tersenarai di atas adalah kajian santifik yang dibuat oleh
ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia
mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.
11 Ulasan
Tq 4 d info..
BalasPadamohh..ada alkohol? wahh..patut ramai yang minum..
BalasPadamhu3.. tu pasal la kot ramai yang ketagih.. ;)
BalasPadamyaaa ..totally its help me for my presentation <3 . tq cikgu. :)
BalasPadamyeay!!!.. ;)
BalasPadamCikgu, kalau saya nak ceritakan tentang Aktiviti Coca-Cola, yang mana satu lebih sesuai untuk dihuraikan?
BalasPadamboleh tengok dalam Youtube.. ada banyak aktiviti yang melibatkan Coca cola
Padamcoca cola , memang kandungan gula tinggi , dah lama tak minum ni
BalasPadamYa.. saya pun dah lama tinggalkan Coca Cola
BalasPadamgula yang digunakan dalam coca cola bukannya gula pasir tetapi sirap jagung...ye sirap yang dihadilkan dari jagung...bukan sirap mapel...
BalasPadamkau ada sirap jagung kat rumah??
Mak aii 18 sudu gula kot?? ngeri..
BalasPadam