About Me

Selalu Keluar Sekolah Pun Result Boleh Meletop Ek?

Alhamdulillah bila keputusan SPM 2019 diumumkan pada hari ini, semua boleh bergembira.
Gred Purata Sekolah meningkat lagi pada tahun ini daripada 5.11 kepada 4.98, untuk 4 tahun berturut sejak sekolah ditubuhkan. Menjadikan juga SMK Jerlun dalam kalangan Top 10 pencapaian terbaik SPM di daerah Kubang Pasu pada tahun nih. 5 sekolah yang atas tu semua SBP dan SABK tau. So bangga weyh.. 😍
Gred Purata Matapelajaran bagi Sains jugak naik dari 4.66 kepada 4.17, sekali pun GP bagi negeri katanya turun sedikit.
Peratus murid dapat A+, A, A- juga naik dari 20.99% kepada 31.17%.
Peratus LULUS naik dari 96.34% kepada 98.68%. Target cuba pecah rekod dengan 100%, tapi miss plak seorang yang tak jangka-jangka. Yang dok bimbang, lulus plak. Adeih..
Dua murid yang GAGAL semua matapelajaran masa Percubaan tahun lepas, juga LULUS untuk Sains bagi Keputusan SPM 2019 ini.
Terima kasih tak terhingga untuk Ketua Panitia saya, Cg Zakiah gandingan saya setiap tahun bagi Sains SPM di sekolah.

Selalu Keluar Sekolah Pun Result Boleh Meletop Ek?

Selalu Keluar Sekolah Pun Result Boleh Meletop Ek?

Selalu Keluar Sekolah Pun Result Boleh Meletop Ek?

Selalu Keluar Sekolah Pun Result Boleh Meletop Ek?

Selalu Keluar Sekolah Pun Result Boleh Meletop Ek?

Selalu Keluar Sekolah Pun Result Boleh Meletop Ek?


GP naik, Peratus LULUS naik dan Peratus A pun naik. Jadi apa signifikasinya dengan apa yang kami buat di SMK Jerlun?
Banyak! Nih lah bukti jelas lagi nyata yang boleh jawab kepada banyak persoalan sebelum nih.
1. Buat banyak aktiviti HANDS-ON tak halang murid dapat pencapaian baik dalam akademik.
2. Buat PAK21 memang bantu murid dapat keputusan lebih cemerlang.
3. Kerjasama antara guru menerusi PLC, akan bawa kejayaan untuk semua. Tak rugi kerja bersama-sama.
4. Pentingnya pentadbir yang berkualiti dalam merancang halatuju sekolah dan kemenjadian murid.
5. Sederap dalam tindakan akan memberikan hasil yang luar biasa.
Saya juga bersyukur direzekikan 'bekerja' dengan pentadbir, guru, murid dan ibubapa yang sentiasa mendorong saya untuk sentiasa buat yang terbaik. Semoga Allah terus permudahkan segala urusan kita lepas nih. Amin!
P/s: Ada cikgu kata, banyak 'keluar' pun result boleh meletop. Depa taktau camana bersungguh kita 'cover' pastu... Hehehhe @ Smk Jerlun

Catat Ulasan

0 Ulasan