About Me

Bagaimana Nak Jadikan Book Review [PPB] Sebagai Aktiviti Book Club [PLC] Jugak?

Sementara 'cuti' COVID-19 nih yang katanya ramai taktau nak buat apa, maka bolehlah isi masa lapang yang terluang tu dengan banyak aktiviti berfaedah. Salah satunya adalah melalui Pembacaan Buku (Book Review) yang boleh dijadikan sebagai mata PPB (Pembangunan Profesionalisme Berterusan) untuk tambah mata kredit anda. So saya kongsikan kat sini cara pelaksanaan, contoh format pelaporan Pembacaan Buku dan bagaimana nak jadikan dia jugak kepada Book Club (PLC).


Bagaimana nak jadikan Book Review [PPB] sebagai Book Club [PLC] jugak?

So yang pertama kena fahamkan dulu yang anda nak buat nih Book Review yer, bukan Book Club. Apa beza dia? Book Review nih adalah Pembacaan Buku untuk anda tingkatkan profesionalisme anda secara individu dan boleh dikumpulkan sebagai mata PPB.

Manakala Book Club [Kelab Buku] pula adalah alat kolaboratif yang anda boleh gunakan untuk meningkatkan profesionalisme komuniti sekolah anda secara berkumpulan dan boleh dijadikan sebagai PLC. OK, dah faham tak?


Pembacaan Buku [Book Review]
So, untuk Book Review atau Pembacaan Buku ini anda boleh lah mulakan dengan memilih buku yang sesuai dengan keperluan anda sebagai guru. Tak kisah lah keperluan umum atau khusus untuk matapelajaran, janji melalui pembacaan buku tu boleh memberi peningkatan ilmu kepada anda. Jangan buku memasak jer!

Selesai anda baca, maka anda boleh lah mendaftar untuk Pembelajaran Kendiri dalam SPLKPM. Yer lah, baca habis satu buku, sekurang nya adalah manfaat lain juga untuk perekodan anda kan.. So caranya nak daftar mudah saja.

Boleh bukak laman web rasmi SPLKPM kat sini ya https://splkpm.moe.gov.my/i_splg/

Kemudian klik ikut arahan, SPLKPM > Pembelajaran Kendiri > Senarai > Pembacaan Buku >

Baca buku pun boleh masuk dalam SPLKPM - Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia
Baca buku pun boleh masuk dalam SPLKPM - Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia


Nih maklumat lanjut yang dia nak, seperti,

Tajuk buku
Penulis buku
Bahasa buku
Bilangan mukasurat
Sinopsis buku
Tarikh pembacaan
Pembentangan
Jangan lupa juga isi Borang Sinopsis Individu di Sekolah sebagai bukti pembacaan anda. Borang dia nih macam ala-ala sinopsis lah kepada apa yang kita baca dan dapat daripada buku tersebut.


Sains-lah 2: novel inspirasi kisah benar 20 saintis muda di Malaysia
Sains-lah 2: novel inspirasi kisah benar 20 saintis muda di Malaysia

Step ketiga adalah anda kena dapatkan pengesahan daripada Pengetua melalui pembentangan. Actually kalau tak bentang pun takpe, tapi kalau dapat bentangkan apa yang anda dapat daripada pembacaan tu, lagi best kan? Silap haribulan punya bagus, boleh juga dikongsikan dengan rakan guru lain juga.

Selepas selesai pengesahan oleh Pengetua, maka anda dapatlah 6 mata kredit bagi 1 buah buku dalam PPB anda. Best kan? Ok Selesai!


Kredit: Ustaz Mohd Asrulnizam bin Yusuf, Pegawai Pendidikan Islam di JPN Kedah



Kelab Buku [Book Club]
Bagi yang rajin lebih dan nak jadikan Book Review ini sesuatu yang lebih bermanfaat kepada rakan-rakan guru komuniti di sekolah, maka boleh lah sambung pulak dengan aktiviti PLC (Professional Learning Communities) dengan menggunakan alat kolaboratif Kelab Buku (Book Club). Berikut adalah objektif dan perkara yang patut diberi perhatian oleh guru.


aktiviti PLC (Professional Learning Communities) dengan menggunakan alat kolaboratif Kelab Buku (Book Club)

aktiviti PLC (Professional Learning Communities) dengan menggunakan alat kolaboratif Kelab Buku (Book Club)

Sebagai pendokumentasian dan evidens melaksanakan PLC ini maka jangan lupa juga sediakan surat jemputan serta dokumentasi ringkas sebagai bukti.

Senang kerja kan?. Buat satu perkara, akhirnya ada dua perkara yang kita dapat. Semoga dengan perkongsian ini memudahkan urusan cikgu meningkatkan lagi profesionalisme dalam keguruan. Selamat maju jaya!


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Appreciating your hard work, these books are so amazing and remembered because of their unique design, words, and stories. If everyone follows these book writing services, every book will be fascinating.

    BalasPadam
  2. Transform your book club meetings with a dynamic activity - crafting book reviews. Learn how to make book reviews a captivating book club activity with practical tips and engaging discussions. Plus, discover how to return Audible book hassle-free, adding convenience to your literary journey. Enhance your reading experience with these insightful practices!

    BalasPadam