About Me

Biodata Cikgu Noorjahan Sultan

Puan Noorjahan Sultan berpengalaman selama 26 tahun dalam bidang pendidikan. Beliau telah berkhidmat sebagai guru selama 23 tahun sebelum bertugas sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan di Pusat Kegiatan Guru Teruntum, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang selama 3 1/2 tahun. Puan Noorjahan Sultan kini bertugas sebagai Guru Perpustakaan Media di SK Perempuan Methodist, Kuantan.


Cikgu Noorjahan Sultan
Cikgu Noorjahan Sultan


Beliau merupakan pengasas  ‘Let’s Rhyme’; iaitu satu modul didikhibur Bahasa Inggeris yang berasaskan nilai-nilai tempatan dan Patriotisme.

Menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa, Modul ‘Let’s Rhyme’ tersebut telah tersenarai antara 10 Produk Berimpak Tinggi bagi Anugerah Inovasi Negara anjuran MOSTI pada tahun 2014.


Modul "Lets Rhyme" oleh Cikgu Noorjahan Sultan mendapat pengiktirafan sehingga ke antarabangsa
Modul "Lets Rhyme" oleh Cikgu Noorjahan Sultan mendapat pengiktirafan sehingga ke peringkat antarabangsa

Selain Modul Let’s Rhyme, Cikgu Noorjahan juga menghasilkan Modul Jom Hebat sebagai Pendidik; satu modul yang berbicara tentang falsafah dan prinsip yang perlu menjadi amalan untuk memajukan pendidik dan pendidikan.

Cikgu Noorjahan juga merupakan advokasi DIY Teaching Aids: satu usaha membina bahan bantu belajar dari barangan terpakai.

Satu lagi modul Cikgu Noorjahan adalah Jom Puisi; modul yang mengintegrasikan nilai murni dalam puisi berirama.

Terbaharu Cikgu Noorjahan sedang giat mengenengahkan Modul Let’s Write beliau satu aktiviti lanjutan daripada program NILAM iaitu Program Membaca di bawah BSTP.


Atas kecemerlangan dan sumbangan dalam pendidikan beliau telah menerima lebih 50 penghargaan eksklusif daripada pelbagai agensi dalam dan luar negara.

Beliau dinobatkan sebagai 50 guru terbaik dunia apabila dinamakan sebagai Finalis 50 Anugerah Guru Global 2016 di Dubai, Ikon Guru Malaysia 2016 sempena Hari Guru Kebangsaan dan Ikon Pendidikan Awal Kanak-Kanak oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah pada tahun 2017.

Selaku duta pendidikan antarabangsa, Cikgu Noorjahan juga terpilih untuk menyertai Forum Qudwa 2017  - Forum Pendidikan Antarabangsa di Abu Dhabi.


Anugerah dan Kejayaan Cikgu Noorjahan Sultan
Antara anugerah dan kejayaan yang diraih oleh Cikgu Noorjahan Sultan

Tahun 2018 beliau berjaya meraih satu lagi kejayaan yang unggul buat pendidikan Malaysia apabila beliau menjuarai 2018 Pearson English Language Teacher Award bagi rantau Asia & Oceania dan dijemput untuk menerima anugerah tersebut di Chicago, Amerika Syarikat.

Tahun yang sama menyaksikan beliau dinamakan sebagai pencetus inspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia sekaligus cerita beliau dimuatkan dalam buku laporan tahunan oleh PADU.

Sumbangan luar biasa beliau dalam arena pendidikan telah mendapat perhatian OUM Malaysia di mana beliau telah dianugerahkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke bidang sarjana pendidikan sekaligus menjadi duta pembelajaran sepanjang hayat.

Beliau kini aktif membuat perkongsian pintar tentang inovasi dalam pendidikan kepada guru-guru di seluruh Malaysia.

Sebagai ibu yang mempunyai anak autisme beliau juga turut menyumbang pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam membesarkan anak autisme.

Beliau juga boleh dihubungi di Facebook menerusi https://www.facebook.com/noorjahan.sultan


Catat Ulasan

0 Ulasan