About Me

Jejak Higgs Boson di CERN - Hari 02/14 (Guru Pertama Malaysia)

Yeay.. Dapat gak merasa pegang kad rasmi CERN arinih. Kad sementara nih untuk kami akses semua bilik dalam kawasan kompleks.

Paling saya suka berada di CERN nih adalah sebab diversiti dia. Huhuhu. Memang rasa International sangat bila time makan kiri kanan depan belakang, macam-macam bangsa ada, negara ada.

Jejak Higgs Boson di CERN - Hari 02/14 (Guru Pertama Malaysia)








Kuliah pertama oleh kordinator program, Jeff Wiener ceritakan pasal program HST nih. Tahu tak, program guru CERN nih dah berjalan sejak tahun 1998 lagi, dengan seramai 12, 320 cikgu seluruh dunia yang diorang dah training.

And guess what, memang tak pernah ada cikgu dari Malaysia yang pernah attend kursus nih sepanjang dah 20 tahun diorang anjur nih. Sayang betul. Huhuhu.

Harapnya lepas nih, lebih ramai cikgu Malaysia cuba cari peluang kursus rare camni. Nanti abam tolong OK! 

Kuliah kedua plak pasal asas kepada Fizik Zarah. Dia punya lecturer, Dr Claire Lee merupakan Particle Physicist yang memang kerja kat sini. Sempoi gila.

Sebab Dr Claire nih jugak jaga bahagian ATLAS Experiment, maka beliau tunjuk kan juga camna particle collider nih berfungsi dan untuk tujuan apa.

Highlight untuk hari nih kami dibawa tengok Syncho Cyclotron yang pertama dibina tahun 1953. Sebab nak tingkatkan lagi kelajuan proton tuh bergerak, maka saiz tu dibesarkan lagi dari masa ke semasa. Semuanya dibina 100 meter bawah tanah, sehingga merentas bahagian Switzerland dan France. Huhuhu.

Dahsyat, zaman tu pun dah boleh bina benda-benda canggih camni teknologi mereka. Cer bayang plak camna teknologi mereka zaman sekarang. @ CERN






Catat Ulasan

0 Ulasan