.

.

Sabtu, 17 November 2018

Sembang Santai Guru Cemerlang di Keriang Hill Resort

Baru-baru nih saya mendapat jemputan daripada Majlis Guru Cemerlang SBPI Kubang Pasu bagi sesi perkongsian untuk sesi retreat mereka. Hebat! Sesi retreat mereka berlangsung di Keriang Hill Resort, dengan misi 'bekerja' dengan konsep santai sambil bercuti. Best kan?


Sembang Santai Majlis Guru Cemerlang SBPI Kubang Pasu di Keriang Hill Resort
Sembang Santai Majlis Guru Cemerlang SBPI Kubang Pasu di Keriang Hill Resort

Dah lah Keriang Hill Resort nih, tengah viral sebab drama "Lelaki Kiriman Tuhan", maka saya ambil peluang juga untuk meninjau kawasan sekitar. Memang lawa weyh! Suasana kampung sangat, dengan kawasan sekeliling penuh sawah padi, dan berlatarbelakangkan Gunung Keriang yang cantik! Perfect weyh.. 


Sebab Majlis GC SBPI Kubang Pasu nih hanya terdiri daripada 7 orang ahli sahaja, maka perkongsian berlaku di sebuah rumah. Saya kongsikan apa yang saya dah buat dan capai sepanjang bergelar guru 12 tahun ini. Saya kongsikan juga bagaimana saya uruskan masa dan dalam masa yang sama terbitkan buku sendiri. Termasuk juga bagaimana saya dokumentasikan semua benda yang saya buat supaya lebih teratur dan senang nak cari nanti.


Sembang Santai Majlis Guru Cemerlang SBPI Kubang Pasu di Keriang Hill Resort
Sembang Santai Majlis Guru Cemerlang SBPI Kubang Pasu di Keriang Hill Resort

Sesi dua jam tersebut berlangsung macam sembang santai saja. Cukup rileks, dan semuanya lebih selesa dan terbuka. Syok betul bila kita bercakap dengan orang yang sama-sama cara berfikir nih. 

Harapan saya semoga juga perkongsian ini memberikan input berguna buat sesi retreat mereka, bagi mendapatkan idea yang lebih segar dalam menjalankan aktiviti / program peningkatan akademik di sekolah nanti. Selamat maju jaya!





1 ulasan: