.

.

Khamis, 9 Ogos 2018

Bengkel Tenaga Pengajar Utama IBSE untuk Pusat STEM Negara

Alhamdulillah sebab terpilih untuk mengikuti satu bengkel Inquiry Based Science Education (IBSE) bagi Tenaga Pengajar Utama di Kelantan pada 8 sehingga 10 Ogos 2018. Bengkel IBSE ini juga merupakan bengkel pertama anjuran Pusat STEM Negara yang sudah memulakan banyak inisiatif menggalakkan STEM di seluruh negara. Pendekatan IBSE ini merupakan salah satu daripadanya.


Bengkel Tenaga Pengajar Utama IBSE untuk Pusat STEM Negara
Bengkel Tenaga Pengajar Utama IBSE untuk Pusat STEM Negara

Ini adalah kali kedua saya turut serta dalam bengkel IBSE. Kali pertama adalah bersama Akademik Sains Malaysia di Langkawi pada tahun 2016 untuk program Duta Sains MOSTI. Pemilihan Tenaga Pengajar Utama (TPU) juga adalah berdasarkan kepada rekod guru-guru atau pensyarah IPGM yang pernah terlibat dengan bengkel IBSE. Maka peluang kali nih banyak membantu saya dalam mengukuhkan kefahaman terhadap pendekatan IBSE. 

Antara yang kami jalankan semasa bengkel ini adalah menjalankan sendiri banyak aktiviti inkuiri yang menarik, supaya dapat disampaikan dengan baik oleh para TPU pada peringkat negeri kelak. Selain itu kami juga memilih aktiviti inkuiri yang sesuai dan senang dijalankan bagi mengurangkan kekeliruan tentang pendekatan Inkuiri ini.


Bengkel Tenaga Pengajar Utama IBSE untuk Pusat STEM Negara

Bengkel Tenaga Pengajar Utama IBSE untuk Pusat STEM Negara

Bengkel Tenaga Pengajar Utama IBSE untuk Pusat STEM Negara
Turut diberi slot untuk perkongsian amalan STEM dalam bilik darjah

Bengkel Tenaga Pengajar Utama IBSE untuk Pusat STEM Negara

Bengkel Tenaga Pengajar Utama IBSE untuk Pusat STEM Negara
Contoh buku catatan jurnal sains oleh anak murid Cg Alice

Bengkel Tenaga Pengajar Utama IBSE untuk Pusat STEM Negara

Bengkel Tenaga Pengajar Utama IBSE untuk Pusat STEM Negara
Bahan yang digunakan untuk Bengkel IBSE

Bengkel Tenaga Pengajar Utama IBSE untuk Pusat STEM Negara
Mengenalpasti soalan yang berpotensi untuk disiasat

Bengkel Tenaga Pengajar Utama IBSE untuk Pusat STEM Negara

Bengkel Tenaga Pengajar Utama IBSE untuk Pusat STEM Negara
Posing sket depan BTPN Kelantan

Bengkel Tenaga Pengajar Utama IBSE untuk Pusat STEM Negara


Saya sendiri secara tak langsung banyak memperolehi banyak ilmu baharu berkaitan inkuiri sepanjang mengikuti bengkel IBSE nih. Malah beberapa aktiviti sangat menarik untuk diaplikasikan sendiri dengan anak murid saya nanti, terutamanya bagi tajuk bintang dan matahari. 

Paling best juga sebab peserta Bengkel IBSE ini adalah merupakan kumpulan pertama yang menerima sijil yang dikeluarkan daripada Pusat STEM Negara. Bangga weyh!


Bengkel Tenaga Pengajar Utama IBSE untuk Pusat STEM Negara
Yeay.. kamilah Tenaga Pengajar Utama IBSE

Bengkel Tenaga Pengajar Utama IBSE untuk Pusat STEM Negara


Yang pastinya, selepas ini tak sabar nak mencurahkan ilmu kepada lebih ramai pendidik di negeri Kedah dalam misi melatih lebih ramai guru supaya mahir dengan pendekatan IBSE. Kumpulan guru yang dilatih ini pula akan menyebarkan kepada rakan guru di sekolah. Maka, lebih ramai yang akan menerima manfaat.

Malah saya percaya, sekiranya perkara ini dijalankan dengan baik, di samping pemantauan yang berterusan, inshaAllah corak pembelajaran Sains kita akan berubah 360 darjah, berbanding dulu yang sentiasa mengutamakan peperiksaan.


Bengkel Tenaga Pengajar Utama IBSE untuk Pusat STEM Negara

Bengkel Tenaga Pengajar Utama IBSE untuk Pusat STEM Negara

Bengkel Tenaga Pengajar Utama IBSE untuk Pusat STEM Negara
Bersama Dr Pajuzi Awang, teman sebilik sepanjang 4 hari bengkel di sini

Sama-sama kita bergerak ke arah membangunkan bidang STEM di negara kita. Jom kita berIBSE!




0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan