About Me

Pertemuan Istimewa ke Kedutaan Amerika Syarikat

Sekembalinya saya daripada program HESA 2018, saya telah dihubungi oleh pihak Kedutaan Amerika Syarikat. Mula-mula tu agak skeptikal dan curiga, tapi lepas tu datang perasaan nervous takut pun ada. Ye lah daripada Kedutaan Amerika kot. Entah-entah saya ada buat silap ke bocor maklumat ke apa.


Jemputan Istimewa ke Kedutaan Amerika Syarikat
Pertemuan Istimewa ke Kedutaan Amerika Syarikat

Tapi setelah pegawai tersebut memperkenalkan dirinya dan juga menceritakan bagaimana semuanya bermula, maka saya lebih bersedia untuk lebih terbuka. Rupanya maklumat kepergian saya ke Amerika Syarikat bagi HESA 2018 diketahui melalui artikel yang dikeluarkan oleh suratkhabar SInar Harian. Maka dari sana, pihak Kedutaan Amerika Syarikat berminat menjemput saya bagi membuat perkongsian dengan mereka. Teruja saya!

Maka pada 13 Julai, selepas solat Jumaat di Masjid Tabung Haji, terus saya bergerak ke Kedutaan Amerika Syarikat yang terletak berhampiran. Proses kali ini lebih mudah berbanding kunjungan saya masa kali pertama dulu bagi memproses visa ke US. Maklumlah, ada pegawai kedutaan, Encik Hisham bersama saya. 

Kalau dulu rasa berdebar saja, kali nih rasa best pulak. Sebabnya saya dibawa ke sekitar pejabat kedutaan. Bukan senang kan? Kalau datang untuk buat visa, dah tentu tak dibawa berjalan-jalan sekitar bangunan nih.Cumanya tak boleh tangkap gambar, sebab fon semua dah diambil masa kat pagar utama. 


Cikgu Hailmi gah berdiri depan Kedutaan Amerika Syarikat
Gambar gah berdiri depan Kedutaan Amerika Syarikat

Saya kemudiannya dibawa berjumpa dengan Ketua bahagian Media, iaitu Mr Morgan. Beliau seorang yang sangat peramah, dan sopan. Saya diminta untuk menceritakan pengalaman saya di Amerika Syarikat dan apa yang saya dah buat sepanjang saya balik dari sana. 

Bagusnya, Mr Morgan juga membantu memberikan beberapa idea kepada saya, dan seboleh mungkin cuba membantu. Beliau turut berkongsikan beberapa inisiatif yang berkaitan dengan Amerika Syarikat seperti program Fullbright, dan AFS (Pertukaran Pelajar). 


Mr Morgan, Cikgu Hailmi, Mdm Sarah, Mr Hisham
Mr Morgan, Cikgu Hailmi, Mdm Sarah, Mr Hisham

Sebelum keluar dari bilik beliau, sempat Mr Morgan menghadiahkan saya satu lencana yang terdiri daripada bendera Amerika Syarikat dan Malaysia yang berkibaran. Hadiah ekslusif saya anggap daripada Kedutaan Amerika Syarikat.

Sebagai rekod dan kenangan, maka kami merakamkan gambar kenangan di hadapan  bangunan utama Kedutaan, dengan logo negara Amerika Syarikat. Gambar tersebut kemudiannya digunakan sebagai bahan sebaran untuk media sosial Kedutaan Amerika Syarikat.

Bagi yang berminat dengan info seperti biasiswa Fullbright dan program pertukaran pelajar AFS, maka boleh follow media sosial rasmi Kedutaan Amerika Syarikat seperti berikut:






Facebook : https://www.facebook.com/usembassykl/
Twitter : https://twitter.com/usembassykl?lang=en
Instagram : https://www.instagram.com/usembassykl/


Bagi saya pula, kenangan dijemput ke Kedutaan Amerika Syarikat ini merupakan satu pengalaman yang sangat bermakna buat saya. Saya yakin, tak semua orang berpeluang untuk merasa pengalaman berharga ini. Tak pernah termimpi, tapi tak mustahil untuk kita capai!





Catat Ulasan

0 Ulasan